Kenapa Perlu Matikan Telefon dan Peralatan Elektronik Di Dalam Pesawat ?


Zaman sudah maju dunia sudah berubah. Setiap manusia di dunia ketika ini boleh dikatakan memiliki telefon bimbit atau handphone sendiri. Malahan bagi yang baru berumur sehari mampu memiliki akaun media sosial instagram atau facebook.

Berada pada ketinggian 10,000 kaki sehingga mencapai ketinggian 36,000 kaki menghampiri troposfera untuk 8 jam atau lebih merupakan sesuatu pengalaman yang agak membosankan bagi frequent flyer. Sejam pun sudah bosan apa lagi sehingga seharian di dalam fuselage pesawat.



Maka, solution terbaik menghilangkan kebosanan adalah handphone, namun, kita dilarang untuk menggunakannya, tapi mengapa ?

Dari statistik Aircrash Investigation sebelumnya, tiada sebarang insiden dan accident yang membabitkan pesawat dijatuhkan oleh telefon bimbit. Namun larangan tetap larang. Mari kita lihat beberapa precaution membabitkan penggunaan telefon bimbit dalam pesawat yang sedang beroperasi.

Gangguan Sistem Avionik (Electromagnetic Interference)

Sistem avionik pesawat atau lebih senang dipanggil sistem instrumentasi pesawat. Merupakan 'manual' untuk juruterbang untuk aviate, navigate, communicate. Dengan bahasa senang menerbangkan pesawat. Sistem avionik pesawat terdiri daripada dua kategori, satunya dari lahiriah dan lagi satu dari sumber ghaib.

Sumber fizikal untuk instrumentasi pesawat adalah seperti Altimeter, Airspeed Indicator, Vertical Speed Indicator. Ketiga-tiga instrumen ini menggunakan pitot tube pada badan pesawat sebagai sumbernya.

Bagi Magnetic compass, Attitude Indicator, Heading Indicator, dan Turn Indicator menggunakan cara ghaib, iaitu melalui sistem gyroscopic. Telefon bimbit mengeluarkan gelombang tersendiri yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar. Dikhuatiri gelombang ini akan cuba menganggu setiap instrumen yang ada terutama sistem gyrocopic di mana mungkin gelombang handphone mampu menganggu bacaan sebenar sistem gyro yang sudah ditala dengan tepat. 

Sistem gyro sememangnya sudah di setting dengan eloknya semasa dipasang pada pesawat yang akan dikeluarkan, kebimbangan terhadap gangguan talaan oleh gelombang yang dikeluarkan oleh gelombang radio dari handphone mampu mengubah bacaan sebenar sistem gyro pesawat.

Overheat Cable Wiring

Kita andaikan penggunaan telefon bimbit dalam pesawat adalah dibenarkan, maka pengubahsuaian pada pesawat diperlukan untuk keselesaan penumpang menggunakan handphone. Kerja-kerja wiring yang sedia complicated dalam pesawat akan ditambah lagi dengan pendawaian baharu seperti penyedian signal dan router gelombang untuk penerimaan isyarat radio handphone yang lebih elok memandangkan bahawa keadaan sekarang membataskan penerimaan signal yang elok. 

Pernah berlaku pada pesawat Swiss Air dimana kebakaran pesawat berpunca dari sistem pendawaian sistem audio-visualnya terlampau panas, apabila setiap penumpang di dalam pesawat menggunakan sistem audio-visual yang telah ada pada tempat duduk penumpang.

Sememangnya pendawaian elektrikal antara kabin dan cockpit adalah berasingan, namun, apabila kabel telah mencapai tahap optima penerimaan haba maka kebakaran boleh tercetus dan insiden boleh terjadi lebih teruk apabila anda di udara.

Gangguan Radio Cockpit-ATC

Terbang bersendirian dilangit umpama hanyut entah ke mana. Begitulah sistem penerbangan. Bagi seorang juruterbang atau aviator, tiga perkara penting dalam menjayakan penerbangan iaitu aviate, navigate, dan communicate. Tanpa communicate, aviate dan navigate turut membahayakan. Gangguan interferens gelombang radio antara gelombang radio pesawat dan telefon bimbit boleh menyebabkan nahas.

Head on collision dan sesat dua ancaman apabila kru pesawat gagal menghubungi air traffic controller yang ditugaskan mengawal lalu lintas di udara. Jika di darat apabila sesat ianya mudah, hanya berhenti di tepi bahu jalan dan gunakan waze, atau google maps, namun apabila diudara mampukan berhenti seketika untuk bertanyakan laluan ?

Ancaman Hackers

Kebanyakan di zaman sekarang sistem intrumentasi pesawat sudah mencapai kategori 'terbang sendiri'. Semuanya bergantung kepada sistem elektronik. Lihat pada panel instrumentasi Airbus A350-XWb dan bandingkan dengan panel instrumentasi pesawat BOAC, maka amatlah berbeza panelnya.

BOAC mempunyai panel yang agak primitif berbanding A350-XWB yang puratanya adalah elektronik semuanya. Dengan kepakaran .php dan sistem yang maju dalam programming tidak mustahil bahawa instrumentasi elektonik ini mampu di kawal atau lebih ilmiahnya di godam pengodam. 

Tidak perlu bercerita tentang kawalan pesawat oleh hackers, malahan jika seorang hacker mampu membuat instrument elektronik tersebut restart atau shut down untuk 30 saat mampu mengubat persekitaran cockpit dengan pelbagai workload, dengan bantuan situational awareness, confirmation bias, spatial, fokus, mampu menjatuhkan sesebuah pesawat.

Pernah berlaku nahas yang melibatkan kru penerbangan gagal mengaplikasikan checklist 'restart' pada instrument yang hanya memerlukan 30 saat untuk instrument elektronik kembali ke asal.

Ancaman Bom

Cuba bayangkan lagi apabila penumpang dibenarkan untuk mengaktifkan telefon bimbit ketika penerbangan. Berpandukan cerita-cerita aksi dilayar perak mahupun flat screen di rumah, pengaktifan bom menggunakan telefon bimbit kebanyakan ketika telefon sedang aktif tiada lagi kelihatan ketika telefon sudah dimatikan barulah bom diaktifkan. 

Larangan terhadap pengaktifan telefon bimbit semasa penerbangan menghindarkan sebarang kekecohan yang sebenarnya tiada apa yang berlaku.

Kajian mendapati 30% penumpang menggunakan telefon bimbit ketika pernerbangan.

*Hanya pandangan dan cadangan tiada sebarang kajian saintifik dalam artikel ini. Sekadar logik.

Anda fikir anda tahu Kenapa Perlu Matikan Telefon dan Peralatan Elektronik Di Dalam Pesawat ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...