Header Ads

Kenapa Air Laut Masin ?


Bagi yang pernah menonton cerita Cast Away lakonan Tom Hanks, Kon Tiki dan beberapa filem yang melibatkan lautan akan cuba memahami perkara ini.

Berita-berita mengenai nelayan, dan pekerja laut secara amnya yang hanyut atau sesat dilaut tidak dapat diselamatkan meskipun dikelilingi air.

Hanyut di lautan tanpa sebarang sumber air tulin dan bersih seumpama pergi ke kedai ingin membeli ridsect tetapi kedai tutup.

Persoalannya mengapa air laut boleh menjadi masin. Adakah pedagang di zaman vasco da gama dan Ibnu Sina telah tetumpah garam dari kapal mereka ?

Melalui kajian pakar kajian geologi, masin yang dirasai pada air laut adalah berasal dari daratan. Batuan garam yang sedia ada apabila Allah mencipta bumi. 



Kemasinan lautan terjadi melalui kitaran hujan. Karbon dioksida yang berada di dalam atmosfera akan bercampur dengan titisan air dalam awan membentuk hujan yang sedikit berasid.

Asid walaupun dengan kekuatan pH yang sedikit lama-lama mampu menghakis galian garam dalam batuan.


Dalam isitilah kimia tingkatan 4 dan 5 maka melalui beberapa konsep ion, garam-garam yang sememangnya bersifat masin ini dibawa bersama ke dalam laut melalui sungai-sungai dan hujan secara terus ke laut.

Untuk berjuta-juta tahun kejadian, maka ion garam yang sememangnya akrab dengan ion air telah menjadi pasangan yang ideal dari permulaan kitaran bumi.

Apabila kandungan garam-garam ini sudah hampir menyamai kandungan sebatian air di dalam laut, keadaan laut yang sentiasa meruwap menjadikan kandungan garam mungkin menyamai kandungan air itu sendiri sehinggakan menjadikan air menjadi masin.

Garam tidak semestinya garam yang digunakan dalam masakan yang bernama NaCl sahaja tetapi terdiri dari pelbagai bentuk sebatian. Garam mempunyai sifat masin dan bukan garam dirumah sahaja adalah garam.Kalau marah itu geram.

Anda fikir anda tahu Kenapa Air Laut Masin ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.