Dalil Mengapa Arsene Wenger Perlu Berundur dari Arsenal FC

"Wenger Out"

Usah gah dengan memiliki sebuah trofi English Premier League yang bersalut emas kerana berjaya menjuarai liga inggeris tanpa kalah pada 2003/04. Permainan fakta sejarah hanya sesuai bagi penyokong pasukan Leeds United, Manchester United dan Liverpool. Season 2015/16 merupakan peluang terbaik bagi Arsene Wenger membawa Arsenal FC mencapai treble, namun natijahnya hambar.

Semua itu berakhir seumpama melepaskan angry bird menggunakan lastik. Jaochim Leow mungkin mampu diharapkan membawa Arsenal kembali digeruni apabila Pep gurdiola sudah bukan lagi harapan membawa semula Arsenal ke arah yang boleh dibanggakan.



1. Taktikal Berulang

Bagi kelab yang baharu sahaja menaiki takhta barisan dari Championship League ke Premier league mampu membaca rentak permainanan strategi dari Arsene Wenger.

Mungkin jika dilihat pada ketebalan buku taktikal perlawanan Arsene wenger untuk arsenal tiada perubahan semenjak mula menerajui Arsenal FC pada 1996.


Malahan Bournemouth atau Sheffield Wednessday mampu membaca cara Wenger berfikir. Sesiapa pun mampu mengagak cara taktikal Wenger meskipun melihatnya dari Youtube atau Footyroom.

2. Pengolahan Strategi

Strategi yang diterapkan oleh Wenger untuk pasukan Arsenal terlalu retorik dan stereotaip yang membawa kepada pandangan pertama di atas. Strategi 'jalan shoot selagi dalam petak' adalah kegemaran Wenger.

Seumpama bermain hoki, dimana hanya memukul ala-ala golf dalam petak 'D'. Bermain/menentang dengan Arsenal merupakan apa yang diimpiakan setiap centre-back atau lebih sesuai digelar 'serangan opponent back-four friendly'.
Jika anda bukan memiliki attribute shoot-on-sight ala-ala sanchez, pires, henry ataupun bergkamp, peratusan anda untuk melakukan rembatan padu dari luar kotak adalah tersangat 'rare'. Bermain short passing dalam kotak adalah sesuatu yang agak mencabar dalam liga inggeris.

Mentaliti defender dalam liga inggeris tidak seperti mentaliti liga belgium mahupun Itali. Kecepatan tackle adalah nadi utama dalam minda para defender di liga inggeris. Berolek-olek dalam kotak, akhirnya terkepung, mulalah hilang punca.

3. Penukaran Tempo Perlawanan

Boleh dilihat apabila Arsenal mula leading dengan satu gol berbalas kosong. Mentaliti menyerang mula luntur ibarat kain lap kaki direndam klorox. Sudah merasa lega dengan defisit satu gol. Meskipun agak jauh lagi perjalanan yang berbaki.

Perjalanan tempo perlawanan Arsenal seiring dengan kadar pecutan Arsene Wenger dalam acara marathon. Apabila leading perlawanan, maka mulalah Arsene Wenger menerapkan mentaliti 'jom berehat di bawah pokok, kita dan menang ni', pada ketika inilah pihak lawan memulakan misi merapatkan defisit gol kepada kosong.

Jika dilihat pada tempo permainan oleh pasukan kecil seperti West United, Chelsea dan juga Sunderland, meskipun memiliki ahli pasukan yang bukan lah terdiri dari yang memiliki attributes dalam football manager stats yang tinggi, tetapi mentaliti 'trailing back' yang kuat.

4. Faktor Usia Nyanyuk dan Uzur

Dalam usia yang serba emas, Arsene Wenger bukan lagi seorang remaja ataupun belia yang memiliki attribute decision making seperti Pep Guardila lagi. Faktor usia juga boleh menjadikan seseorang mula pudar bakatnya jika dahulu diberi jolokan 'the professor' maka akhirnya akan menjadi 'the unprofessor' juga akhirnya.

Kebolehan Wenger dalam mentafsir perlawanan mula pudar, seumpama seorang director filem yang gagal memasukan jalan cerita atau plot selari dengan skrip, atau lebih senang diceritakan menonton perlawanan Arsenal umpama menonton peserta maharajalawak mega yang tiada punchline nya, minggu lepas on form, minggu ini off form.

Mentaliti Arsene Wenger terhadap perlawanan bukan untuk menang tetapi sekadar berpuas hati jika menang.

5. Mentaliti Kedekut

Tujuan sebenar bola sepak adalah hiburan, hiburan digambarkan sebagai gembira dan ceria serta gelak getawa seperti membaca lawak lambok atau mendengar lawak Jep sepahtu atau Johan raja lawak. Di mana serinya perlawanan bola sepak jika tiada kegembiraan.

Cuba tanya peminat bola atau sukan apa-apa pun, antara kekalahan dan kemenangan mana lagi yang mampu membuahkan rasa gembira dan terhibur ? mestilah kemenangan. Maka konsep Arsene Wenger yang dibantu Kroenke serta board yang hanya mementingkan perniagaan, bukan berpandukan kemenangan dan hiburan dalam bola sepak itu sendiri.

Bagi board room members, bagi mereka lantaklah dengan juara serta piala-piala kerana kemenangan bagi mereka adalah wang dan keuntungan finance, maka si badut tua a.k.a Wenger lebih cenderung memilih 'personaliti' board room member berbanding apa yang diharapkan peminat Arsenal sendiri.

Maka demi menjaga periuk nasi pengarah-pengarah dalam board Arsenal maka dibelinya budak-budak baru lepas bersunat menyertai Arsenal dengan nama entah apa-apa entah.

6. Pemerdagangan Pemain

Sebagaimana pandangan di atas, Arsene Wenger gemar membeli 'kanak-kanak' baru sahaja keluar akademi untuk bersama Arsenal. Memang patut Arsenal di gelar 'Pasukan Tadika London'. Cuba lihat kronologi pembelian pemain yang dilakukan Arsene Wenger, mula membeli berduyun-duyun, pemain berusia 17 tahun (kontrak professional), di masukkan ke dalam skuad,ditunggu sehingga masak ranum dan dijual.

 Jika dibuat sebagai matlamat jangka panjang boleh lah lagi diterima, namun apabila tidak mencapai kriteria yang ditentukan olehnya maka di'release' atau di'loan' atau dijual terus kepada kelab-kelab lain. Wenger bukan hidup untuk masa sekarang tetapi dengan angan-angan. Jika dilihat pada pasukan berjaya, mereka membeli pemain baharu untuk digunakan sekarang bukan untuk masa hadapan yang tidak diketahui lagi.

Kelebihan mendapatkan pemain untuk bermain pada waktu sekarang banyak, salah satunya pengalaman yang sedia ada, adaptation, di mana menyukarkan pasukan lawan untuk membaca corak permainan pemain tersebut. Namun natijahnya, apabila menjangkau usia 5 tahun, tetapi lines-up masih sama, pasukan lawan tidak perlu membuat edisi baharu dalam 'opponent player instructions' apabila berdepan dengan Arsenal kerana edisi 5 tahun lepas buku tersebut masih boleh diguna.

Selagi Arsene Wenger masih menjaga pengurusan taktikal dan strategi Arsenal FC yang mula ditubuhkan pada 1886 ini maka skrip dan punchline sama akan dihirup saban musim oleh peminat Arsenal. Topping carta liga, pemain cedera, dan akhirnya kembali menghuni tangga ke-4 liga setelah tersingkir dari Uefa champions league pada pusingan 16 kalah mati.

Anda fikir anda tahu Dalil Mengapa Arsene Wenger Perlu Berundur dari Arsenal FC ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Catat Ulasan

0 Ulasan