Header Ads

Cara dan Kaifiyyah Solat Sunat Gerhana Matahari atau Bulan


Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Matahari secara berjemaah. Ia mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah , 4 Ruku' dan 4 sujud, seperti berikut :



RAKAAT PERTAMA

Lafaz niat :
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Yang bermaksud : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari/bulan dua rakaat kerana Allah Taala




1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan (gerhana matahari), kuat (gerhana bulan)
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan (gerhana matahari), kuat (gerhana bulan)
5. Ruku'
6. I'tidal
7. Sujud dan seterusnya seperti  solat biasa

RAKAAT KEDUA

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan (gerhana matahari), kuat (gerhana bulan)
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan (gerhana matahari), kuat (gerhana bulan)
5. Ruku'
5. I'tidal
6. Sujud
7. Tahiyyat Akhir

Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.

Perbezaan Solat Sunat Gerhana Matahari dan Bulan

Bacaan dalam solat sunat gerhana matahari adalah perlahan manakala bacaan dalam solat sunat gerhana bulan adalah kuat

Anda fikir anda tahu Cara dan Kaifiyyat Solat Sunat Gerhana Matahari dan Bulan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.