Malindo Air Bakal Rebranding Sebagai Batik Air Malaysia


Malindo Air merupakan sebuah airlines regional dan international yang agak popular di Malaysia yang dikategorikan sebagai hibrid airlines. Persaingan merebut gelaran the low-cost carrier menjadi sengit dengan kedatangan Malindo Air yang mula beroperasi pada Mei 2013.

Malindo air yang dimiliki sahamnya oleh dua entiti besar iaitu Malaysia National Aerospace and Defence Industries (NADI) dari Malaysia dan Lion Air Group dari Indonesia. Perkataan Malindo ini menjelaskan dua entiti besar ini iaitu antara MALaysia dan INDOnesia.



Perkhabaran terbaru dunia aviasi mencadangkan bahawa pihak Lion Air akan mengambil alih majoriti saham Malindo Air. Pada ketika ini NADI masih lagi memegang jumlah saham majoriti, iaitu 51 saham berbanding 49 oleh Lion Air.


Lion Air sebuah airline dari Indonesia yang memiliki subsidiary Batik Air di Indonesia. Dimiliki oleh Rusdi Kirana President Director kepada Lions Group.

 Malindo Air ketika ini boleh diklasifikasikan sebagai sebuah entiti yang kian berkembang apabila memiliki lebih kurang 27 buah pesawat diantaranya ATR 72-600, Boeing 737-800, Boeing 737-900ER serta beberapa buah pesawat Airbus A330-300 sedang dalam tempahan.

Menjadikan eropah sebagai pelan jangka panjang route mereka menjelang 2020.

Apabila majoriti saham diperoleh Lion Air, Lion Air akan membuat rebranding terhadap Malindo Air yang berpengkalan di Subang dan KLIA2 sebagai 'Batik Air Malaysia'.

Maka tiada lagi kelibat 'Malindo Air' dan lahirnya sebuah hasil rebranding baharu dalam dunia aviasi Malaysia iaitu Batik Air Malaysia.

Sumber : Flightglobal

Anda fikir anda tahu Malindo Air Bakal Rebranding Sebagai Batik Air Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...