Header Ads

Kronologi Design dan Sejarah Stadium Baru The Red Warriors Kelantan FA

Kebangkitan pasukan The Red Warriors pada tahun 2008 merupakan permulaan nadi baru untuk sukan bolasepak di Malaysia setelah zaman semi pro sekitar 90-an terkubur bersama periklanan Dunhill.

Setiap pasukan dan kelab mempunyai kubu mereka dengan istilah lebih mudah, stadium. Stadium Sultan Muhammad ke-IV merupakan stadium rasmi untuk pasukan TRW. Mula dirasmikan pada 1967 sudah menjangkau usia 50-an.



Jika manusia, stadium ini sudah boleh dikategorikan sebagai seorang pesara yang sedang berwirid di masjid dan memakan pencen setiap bulan.


Stadium Baru Di Tunjong, Kota Bharu

Selari dengan kebangkitan liga Malaysia, maka yang lama perlu ditukar dan diganti baharu. Begitu juga dengan stadium Sultan Muhammad ke-IV. Semua bait-bait untuk pembinaan stadium untuk pasukan Kelantan FA bermula dari status Facebook Tan Sri Annuar Musa yang kecik besar kecik besar hurufnya itu lewat tahun 2012.



Tunjong, merupakan kawasan strategik yang dirancangkan pembinaannya, lebih kurang 5 km dari kedudukan stadium sekarang, dibangunkan RTC sekitarnya.Sebuah kawasan bekas sawah padi. Stadium yang dicita-citakan mampu menampung 30,000 penyokong dalam satu-satu masa itu dianggarkan menelan belanja sebanyak RM300 juta, yang akan diberi nama THE FORTRESS.

Namun usaha tersebut dikhabarkan gagal kerana perbezaan politik dengan kerajaan negeri. Satu lagi contoh politik mampu menghancurkan impian.

Lihat sini: Spesifikasi Stadium 'The Fortress"

Stadium Baru Di Bukit Merbau, Pasir Puteh

Usaha bagi memartabatkan kebangkitan TRW tidak terhenti begitu sahaja, pada tanggal 30 Mac 2013, Allahyarham Dato' Seri Bentara Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat telah merasmikan majlis perasmian pecah tanah stadium negeri kelantan.



Bukit Merbau di Pasir Puteh merupakan kawasan yang dipilih. Bukan sahaja stadium akan dibina tetapi sebuah perkampungan sukan untuk negeri Kelantan. 



Dalam angan-angan untuk memiliki stadium baharu tersebut masalah juga timbul, timbul dari pihak pemaju iaitu Mega Village yang berkolaborasi dengan Tunjong Development Corporation yang menarik diri untuk meneruskan pembinaan.

Mega Village menggunakan alasan masalah dalaman dan keadaan semasa yang tidak sesuai bagi memusnahkan harapan yang digarap oleh Husam Musa tersebut.

Setelah 3 tahun bermain tarik tali maka timbul rumor terbaharu dalam 'upgrading' venue home The Red Warriors ini.

Stadium The Red Warriors Merah Jambu

Dengan termeterainya perjanjian dengan jutawan kosmetik yang agak masyhur ketika ini iaitu Dato' Seri Hasmiza Othman (Dato' Seri Vida, pengasas vida beauty), maka suatu pencerahan baharu dalam kemunculan semula ura-ura stadium kelantan FA yang baru. 
Namun semuanya masih dalam surat tiada bukti fizikal masih boleh dilihat. Daripada stadium Muhammad ke-IV di renovate ada baiknya dibina baharu.




Stadium Sultan Muhammad Ke-IV memiliki pelbagai kenangan untuk Kelantan FA, yang menghampiri usia 50 tahun. Stadium tersebut bukan sahaja menyaksikan kehebatan anak-anak Kelantan dalam bidang sukan malah kerap juga menjadi medan keramat dalam mengabdikan diri kepada yang Maha Berkuasa.

Jika, andai, mungkin stadium akan digantikan, usah di robohkan stadium keramat ini tetapi jadikan sebuah peringatan, sebuah kebanggaan Kota Bharu sendiri.Moga-moga mampu mempunyai dokumentari sendiri di dalam History Asia Channel kelak.




Anda fikir anda tahu Kronologi Design dan Sejarah Stadium Baru The Red Warriors Kelantan FA ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.