Perbezaan Maksud Blue Ray, WEBDL, DVDRips dan HDTV


Bagi penggemar movie atau filem dan downloader tegar dari internet beberapa istilah seperti Blue Ray, Web Dl, HDTV dan DVDRips sudah agak biasa dilihat melalui kornea terus ke otak.

Geng downloader tegar sudah biasa dengan istilah-istilah tersebut melalui pengalaman. Dari aspek kapasiti fail, kualiti gambar serta kualiti bunyi. Namun secara teorinya ramai yang tidak mengetahuinya.



Blue Ray (BRRIP & BDRIPs)
Sistem file yang agak universal dalam kesesuaian dalam membacanya seperti DVD (dengan sokongan Divx/Xvid), XBOX 360, PS3 serta peranti yang lain. 
Jenis file ini boleh dikatakan adalah yang terbaik setakat ini dalam membaca file atau 'burn' dari DVD. Amat direkomen jika ingin mendapatkan kualiti gambar dan bunyi yang baik.

Penerbangan Terakhir dan Penamatan Malaysia Airlines Boeing 777-200ER

Pengurusan baharu Malaysia Airlines tidak menjamin kelangsungan hayat sesebuah fleet di Malaysia Airlines. Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines turut terkesan dari hal ini.



Malah dua insiden penerbangan Malaysia Airlines melibatkan pesawat b777 ini iaitu MH370 dan MH17.

Setelah menghampiri 20 tahun perkhimatan B777 dengan Malaysia Airlines dimana mula-mula diperkenal pada 1997, fleet Extended Range (ER) ini akan ditamatkan operasinya selewatnya Mac 2016.



Air Pasang Besar, Bulan Mengambang dan El-Nino


Air melimpah ke jalan, ombak besar menghempas pantai, bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan ditepi pantai.

Jika takut dilambung ombak jalan berumah ditepi pantai. Air pasang besar adalah suatu fenomena alam yang bukan sesuatu yang pelik untuk dialami.


Bagi manusia yang sedang berada di bumi yang memiliki laut, bulan dan matahari, air pasang besar bukan sesuatu yang perlu dipelikkan seumpama tsunami yang datang sekali sekala dua kali dua kala.

Secara lahiriahnya, air pasang berlaku setiap bulan. Mengikut kalendar Islam akan berlaku pada 1hb dan juga 15hb.

Resepi untuk berlakunya air pasang adalah, adanya laut, bulan dan matahari. Pada 1hb iaitu anak bulan, pada 15hb bulan penuh sudah mengambang. Jika kita melihat pada kitaran bulan terhadap cahaya matahari, pada ketika anak bulan terbentuk dan bulan penuh matahari, bulan dan bumi berada dalam kedudukan hampir selari.

Bukan sebaris tetapi selari pada perbezaan sudut tertentu. Jika sebaris nescaya gerhana berlaku.

Maksud Warna Bendera dan Lampu Dalam MotoGP

Beza mat rempit dan penunggang professional adalah guidlines semasa perlumbaan. Setiap peraturan dalam motoGP diseliakan oleh pengarah perlumbaan, Race Director.

Salah satu daripada peraturan yang terdapat di dalam skema jawapan untuk peraturan perlumbaan motoGP adalah pematuhan terhadap warna bendera yang dikibarkan setiap marshal di pos mereka serta pematuhan terhadap warna lampu perlumbaan.



Kegagalan dalam mematuhi arahan dari race director mengikut bendera yang dikibarkan boleh mengubah nasib penunggang dan pelumba motoGP yang sedang bertanding. Dikenakan penalti, dibatalkan, digantung mahupun penolakan jumlah mata perlumbaan.

Kronologi Design dan Sejarah Stadium Baru The Red Warriors Kelantan FA

Kebangkitan pasukan The Red Warriors pada tahun 2008 merupakan permulaan nadi baru untuk sukan bolasepak di Malaysia setelah zaman semi pro sekitar 90-an terkubur bersama periklanan Dunhill.

Setiap pasukan dan kelab mempunyai kubu mereka dengan istilah lebih mudah, stadium. Stadium Sultan Muhammad ke-IV merupakan stadium rasmi untuk pasukan TRW. Mula dirasmikan pada 1967 sudah menjangkau usia 50-an.



Jika manusia, stadium ini sudah boleh dikategorikan sebagai seorang pesara yang sedang berwirid di masjid dan memakan pencen setiap bulan.

Selfie Breastfeeding Tidak Salah....


....apabila memiliki beberapa kriteria di bawah.

1. Tidak di'publish'kan atau di share secara mengkhinzir buta untuk tatapn masyarakat tanpa sebarang darurat. Harus apabila meskipun gambar di upload tetapi mengubah tetapan privacy gambar kepada 'only me', serta kebarangkalian untuk di hack gambar adalah rendah serendah lemak dalam susu UHT.

2. Ibu tersebut diacukan pisau serta diugut untuk dihancurkan menggunakan C4 jika tidak mengupload gambarnya sedang menetek anak kandung, anak susuan ataupun anak tekak suami.




3. Ibu yang sedang berselfie itu bukan manusia, sama ada ibu yang dimaksudkan itu adalah ibu lembu, ibu kambing, ibu kucing dan juga mungkin ibu roti.

Pemilihan Setting Saiz Sprocket Depan dan Sprocket Belakang Motosikal


"Setting Sprocket"

Kejuruteraaan motor dan automotif merupakan medium terbaik untuk kita belajar dengan lebih dekat akan dunia sains lebih-lebih lagi dalam aspek fizik.
Boleh ditakrifkan bahawa seorang pomen berpengalaman dan seorang lepasan graduan bidang automotif adalah sama, bezanya adalah susunan perkataan dalam teori. Kedua-dua mereka adalah sama.

Kita mengambil contoh pemilihan ratio gear sprocket pada sesebuah motosikal, tidak kira honda cub mahupun yamaha R1 dan Suzuki Hayabusa. Gear atau sprocket juga penting dalam setting sesebuah jentera bermotor.


Set Sprocket dan Rantai : Google Images
Sprocket adalah output tenaga yang terhasil pada akhiran kitaran tenaga dalam sebuah jentera bermotor.

Highbury Square Apartments : Dari Stadium ke Penempatan Elit London


Arsenal FC sebuah kelab bola sepak yang cukup dikenali di dunia. Meskipun dibayangi Manchester United dan Chelsea FC dalam memiliki penyokong lalang seluruh dunia, 

Arsenal FC dikenali kerana ideologi permainan short pass with mobile midfielder.

Suatu ideology fluid flow dalam kecantikan bola sepak itu sendiri. Setelah bertapak di utara London, England sejak tahun 1886 Arsenal boleh dikatakan sebuah kelab bola sepak ternama dunia dimana pernah dikalahkan pada peringkat akhir Uefa champions league pada 2006.



Setiap pasukan bola sepak semestinya memiliki 'home' atau rumah masing-masing. Dari awal penubuhan kelab ternama ini, stadium higbury yang siap dibina pada 6 september 1913 telah menjadi 'Home of Football' bagi pemain dan penyokong The Gunners.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...