Header Ads

Kisah Benar Crayon Shin Chan dan Kemalangan Keluarga Nohara


Shinosuke Nohara atau lebih dikenali sebagai shin chan merupakan salah satu dari ribuan animasi yang berasal dari negara Jepun. Sebuah animasi santai idea Yoshito Usui yang mempamerkan kehidupan sebuah keluarga Nohara yang menetap di Saitama, Jepun.




Shin Chan yang berusia 5 tahun merupakan seorang yang popular dengan 'penukaran bahasa' apabila dituturkan oleh orang lain atau dirinya sendiri. Seorang budak yang tidak mengenal erti malu dan penuh dengan sifat ingin tahu dan memiliki sifat gatal seorang dewasa tipikal di Jepun.

Bermula dengan manga akhirnya animasi ini diterbitkan di TV Asahi sebagai anime.


Kisah Benar Shin Chan

Crayon shin chan merupakan kisah benar yang berlaku kepada keluarga nohara di bandar kasukabe. Pada suatu hari ketika shin chan sedang bermain dengan adiknya telah berlaku kemalangan dirempuh sebuah kereta yang melalui jalan dihadapan rumah mereka. Demi menyelamatkan himawari yang mungkin dilanggar kereta tersebut shin chan terus pergi ke arah himawari untuk menyelamatkannya.

Namun kedua-kedua mereka terkorban. Krayon yang disayangi oleh shin chan dan himawari telah dijumpai di dalam kereta kedua ibu bapa shin chan. Dari kisah sedih tersebut kerana terlalu merindui dan meratapi pemergian kedua-dua anak mereka, Misae dan Hiroshi telah melukis kembali kenangan bersama mereka berempat dengan menggunakan krayon tersebut sehingga lahirnya sebuah kisah animasi "The Crayon Shin Chan", hasil pelukis manga Jepun bernama Yoshito Usui.

Mitos ?

Kisah yang kurang jelas kesahihannya ini sungguh mengundang misteri. Apalagi dengan kematian pelukis manga Yoshito Usui pelukis manga Crayon Shin Chan pada 11 September 2009 di Gunung Arafune. Kematiannya juga masih menjadi tanda tanya kerana adakah dia terjatuh ketika 'hiking' atau memang berniat membunuh diri.

Bagi merungkai kisah kebenaran wujudnya shinnosuke nohara yang sebenar, pelukis asal, mendiang Yoshito Usui mempunyai buktinya, namun sumber tersebut sudah terkubur bersama mayat Yoshito Usui.

Carian Google juga gagal memberi kesahihan kebenaran cerita dua orang kanak-kanak mati dilanggar kereta di bandar kasukabe atau saitama. Cuma penuh dengan cerita kematian pelukis crayon shin chan itu sendiri.

Satu lagi method bagi mengetahui kesahihan cerita himawari dan shinnousuke dilanggar adalah kawasan penempatan keluarga nohara itu sendiri, jika memang terbukti wujud, maka kisah ini benar atau mungkin mendiang Yoshito hanya mengimaginasikan kawasan berkenaan.

Apa yang sahihnya adalah pelukis asal crayon shin chan adalah seorang penduduk bandar Kasukabe, Saitama, Jepun.

Yoshito Usui dikatakan seorang kaki botol dan mempunyai kehidupan yang 'kurang' normal.


adakah yoshito usui adalah papa shin chan hiroshi nohara


Persoalan Kebenaran Kisah Shin Chan dan Himawari Dilanggar Kereta

- Dimanakan sketch asal lukisan crayon dari Misae atau Hiroshi
- Transkrip penjelasan mendiang Yoshito Usui mengenai kisah benar.
- Gambar asal rumah, taman permainan, dan tadika shin chan gagal ditemui.
- Watak Misae dan Hiroshi gagal dibuktikan kewujudannya di dunia sebenar.
- Yoshito Usui mengimaginasikan 'kesedihan' dalam sebuah keluarga mengenai hidupnya.
- Hoax bagi melariskan jualan crayon shin chan ke seluruh dunia

Anda fikir anda tahu Kisah Benar Crayon Shin Chan dan Kemalangan Keluarga Nohara ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.