Header Ads

Mimaland Gombak Taman Tema Jurassic Park Pertama Di Malaysia

Ramai yang tidak tahu, kehadiran haiwan pra-sejarah di Malaysia bukan hanya di pawagam-pawagam yang menayangkan sequel filem fiksyen jurassic park. Bagi mereka yang hidup di zaman lewat 70-1n, 80-an dan awal 90-an mereka sudah mengenali jurassic park lebih awal daripada generasi sekarang. 

Terdapat sebuah taman tema yang bertemakan haiwan pra-sejarah telah dibina. Didirikan di kawasan gombak, selangor berhampiran sempadan antara pahang dan selangor di sekitar karak, jurassic park ini menempatkan pelbagai spesis haiwan pra-sejarah dengan kata lain kekawanan dinasour. 



Mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 1971 menggunakan nama Malaysia In Miniature Land (MIMALAND) yang berkeluasan hampir 300 ekar. Dimiliki oleh mimaland berhad, subsidiary magnum group of companies (sekarang dikenali sebagai Magnum Corporation). 


Lokasi (Google Maps)



Mimaland berkonsepkan safari pra sejarah dan resort dimana terdapat 24 buah motel dan 5 buah chalet serta memiliki sebuah kolam renang.



Kisah Tragik

Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. 

Penutupan Mimaland

Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak 
Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. 

Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.

Ketidakberkatan hasil untuk pembinaan mimaland mungkin salah satu punca terkuburnya mimaland, jika anda selami perihal syarikat magnum corporation anda sendiri dapat membuat andaian dari perkataan 'magnum',ingat magnum ingat 4D. Hasil judi.

Gambar Terbaru Mimaland

Namun jika dilihat gambar terbaharu kawasan yang pernah menjadi 'background' babak lakonan faizal hussein dalam gila-gila remaja ini, ia nampak lebih original dan asli.









Anda fikir anda tahu Mimaland Gombak Taman Tema Jurassic Park Pertama Di Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.