Cara Sebenar Jihad dan Berperang Di Dalam Islam Mengikut Sunnah

Apabila di kaji bukan diterjemah secara mengkhinzir buta dari bahasa arab kepada bahasa tertentu maka terdapat syariat di mana terdapat keadaan dimana Islam diharuskan, diwajibkan berperang. Berperang demi menjaga kesucian Islam dan mengelakkan dicabuli bukan untuk perluasan syiar Islam semata-mata.



Ramai puak kafir harbi mengambil 'quote' dalam Al-Quran tanpa mengetahui maksud tersiratnya (Lihat Artikel : Cara Terjemahan Al-Quran yang Tepat), sedangkan ayat quote tersebut adalah solusi setelah dakwah secara lisan, perbuatan masih belum diterima. Namun tidak semestinya apabila seseorang da'i ingin berdakwah maka seseorang yang didakwah itu wajib memeluk Islam dan bersyahadah.


Islam adalah agama keamanan yang mengajak kepada jalan sebenar dan keamanan. Terdapat ayat yang mengatakan bahawa tiada paksaan di dalam memeluk Islam. Jika seorang kafir belum bersedia memeluk Islam, kafir tersebut tidak akan dipaksa. Perkataan 'perangilah' di dalam Al-Quran bukan bermaksud umat Islam perlu membunuh sesiapa yang tidak sehaluan dengan Islam. Islam agama tertib, mengikut susunan, dakwah secara lisan dan perbuatan, namun apabila di ancam maka mata pedang menjadi senjata. Diulangi apabila diancam.

Oleh hal inilah, meskipun sudah sampai level untuk diperangi secara fizikal Nabi Muhammad s.a.w tetap akan patuh akan beberapa syarat untuk berperang dengan musyrikin dan mengarahkan askar Baginda dengan beberapa arahan dan syarat yang perlu dipatuhi ketika menerima ancaman dari puak kafir harbi, kafir yang wajib ditentang, kafir yang terang-terang pengkhianatannya terhadap umat Islam.

Antara larangan Baginda Nabi Muhammad s.a.w semasa berperang adalah:

1. Jangan merosakkan tumbuhan serta tanaman
2. Jangan membunuh wanita
3. Jangan membunuh kanak-kanak
4. Jangan membunuh orang sakit
5. Jangan membunuh orang tua
6. Jangan membunuh sami atau paderi
7. Jangan merosakkan gereja atau kuil
8. Jangan merosakkan dan mempersendakan mayat
9. Jangan merosakkan bangunan dan tempat tinggal
10. Jangan membunuh binatang melainkan untuk makanan
11. Jangan membunuh orang yang menyerah atau tawanan
12. Jangan menganiaya tawanan
13. Jangan membunuh musuh yang melarikan diri
14. Jangan memaksa manusia memeluk Islam

Inilah sunnah Rasulullah s.a.w apabila terpaksa berperang dengan kafir harbi. Namun puak kafir harbi seperti Amerika Syarikat dan Rusia serta Israel laknatullah serta puak kafir lain melakukan sebaliknya dengan larangan di atas, apakah mereka masih dikategorikan bukan pengganas ?

Anda fikir anda tahu Cara Sebenar Jihad dan Berperang Di Dalam Islam Mengikut Sunnah ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Ramai yang tidak tahu perkara sebenar bagai mana nak berjihad secara Islam sebenar.

    BalasPadam