Sultan Beli Trak Mack Termahal Di Dunia, Duit Siapa ?

Elaun Sultan dan kerabat Diraja (Contoh Sultan Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat diraja di setiap negeri adalah di bawah peruntukkan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Jumlah yang elaun Sultan Kedah ada sebanyak RM68,080 sebulan
1. Elaun Sultan – RM52,600 sebulan
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

Manakala jumlah yang diterima oleh Sultanah adalah sebanyak RM14,600 sebulan
1. Elaun Sultanah – RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah – RM2,600 sebulan
Elaun-elaun lain yang diterima kerabat Diraja di Malaysia setiap bulan adalah seperti berikut :
Raja Muda – RM13,000
Raja Puan Muda – RM5,200
Tunku Bendahara – RM4,000
Bini Tunku Bendahara – RM1,250
Tunku Temenggung – RM3,500
Isteri Tunku Temenggung – RM900
Tunku Laksamana – RM3,000
Isteri Tunku Laksamana – RM600
anak-anak Sultan – RM1,000



Penyataan di atas merupakan elaun yang diterima oleh sultan di setiap negeri yang mempunyai sultan. Penyataan di atas merupakan contoh dari pembahagian elaun untuk keluarga dan kerabat sultan Kedah di Malaysia.


Memang sudah terdapat di dalam perlembagaan dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982). Boleh dikatakan hasil elaun ini yang boleh mencapai puluhan ribu ringgit ini bukannya jatuh dari langit ketika hujan mahupun ribut.
Di saat semua rakyat yang 'celik hati' mempersoalkan di mana hasil gst digunakan sehingga kini, sikap boros dan membazir yang ditunjukkan amat tidak kena dengan keadaan Malaysia yang sedang menjunam ke lembah ekonomi yang hina. 

Melalui nilai elaun puluhan ribu untuk sebulan dimanakah relevannya diberikan bila rakyat marhaen tersepit sendirian meskipun bergaji bersih RM3000. Maaf jika menyinggung, tetapi sememangnya hakikat sebenar, kuasa memerintah sultan dan agong seumpama boneka semata-mata di dalam Malaysia. 

Jika diselidik balik yang dipertuan agong sendiri lebih rendah pangkatnya dalam pemerintahan Malaysia, sebagai contoh agong tidak layak untuk memecat perdana menteri tetapi mampu 'menasihati' sahaja. Lihat artikel : Yang Di Pertuan Agong Tiada Kuasa Memecat Perdana Menteri

Secara halusnya Tanah Melayu belum lagi merdeka, melalui piagam untuk kemerdekaan yang menyekat kuasa sultan dan raja sehingga sekarang. Malah undang-undang kita masih terikat dengan pemerintahan British di mana sistem ciptaan Lord Reid masih dipakai di mahkamah persekutuan. Di mana merdekanya ? Sekadar laungan semata-mata.

Setiap elaun yang diterima seumpama sogokkan oleh kerajaan boneka (masih dalam perlembagaan British) supaya sultan dan raja tidak campur tangan dalam isu pemerintahan. Seumpama 'maskot' bagi kerajaan melayu. Apa yang sedihnya, dari elaun ini, yang sememangnya datang dari kutipan pelbagai cukai termasuk GST dan kutipan tol yang sentiasa meningkat 'dimain-main'kan pula untuk kepuasan sendiri.
Jika negara sudah maju, suka hatilah mahu gunakan elaun atau sebarang bentuk dana, namun sistem kapitalis yang sedang menghampiri sistem komunis semakin sukar dibendung.

Jadilah contoh dan teladan yang elok, bukan menunjukkan sesuatu yang menjurus kepada 'pemborosan' dan 'pembaziran', rakyat marhaen sudah jelik dengan pembaziran dan ketirisan yang berleluasa oleh golongan parlimen. Di saat terhimpit maka timbul pula 'provokasi' kekayaan dari hasil titik peluh rakyat.

Ini pertanyaan, bukan menuduh, dari manakah datangnya elaun bulanan untuk agong, sultan dan kerabat diraja ? Jika bukan dari hasil pelbagai cukai, GST dan tol serta harga minyak, terima kasih.

Jika dilihat fungsi sultan/raja....

Fungsi Raja/Sultan :  
1. ketua agama Islam   
2. ketua adat istiadat Melayu   
3. melantik waris @ permaisuri, Pemangku Raja atau Jemaah          Pemangku Raja   
4. melantik orang menyandang pangkat, gelaran, kemuliaan & kebesaran di sisi adat    Melayu dan menetapkan tugas2 yang berkenaan.  

5. membuat peraturan mengenai balai diraja dan istana  

..... tiada yang melibatkan pengaliran wang kembali kepada rakyat marhaen.

Pada tahun 1984, Sultan Iskandar pernah memberikan kesemua elaun 'semasa' menjadi yang dipertuan agong Malaysia kepada yayasan johor. Tiada bukti bahawa pewaris beliau meneruskan sikap terpuji ini.

anda fikir anda tahu Sultan Beli Trak Mack Termahal Di Dunia, Duit Siapa ?

anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Catat Ulasan

2 Ulasan