Seperti Dulu Exist adalah Cover atau Ciplak Lagu Rialto Monday Morning 5:19


Kebanjiran cerita berdasarkan novel dari para pengarah drama masa sekarang seperti menghancurkan harapan seorang ibu yang selalu menyusukan anak mereka dengan susu dumex yang dikatakan kaya dengan DHA dan pelbagai khasiat yang mampu menghubungkan sel-sel otak.

Malas berfikir secara kreatif dan kritis telah menyemarakkan lagi kemasukan drama berasaskan novel yang isinya hanya sesuai dijadikan sebagai bacaan ketika patah kaki dengan kata lain tiada sebarang isi penting yang mampu di jadikan iktibar dalam dunia sebenar.

Secara sarkastiknya dari huraian dari tetamu rancangan fiqh wanita, bahawa banyak meminum susu lembu menjadikan seseorang itu berperangai seperti lembu.
Ambillah dari aspek 'sarcasm' dalam frasa tersebut, dimana genetik lembu lebih banyak dari genetik manusia yang ada pada pengkarya-pengkarya 'kreatif' katanya di Malaysia.

Ingin mendapatkan keuntungan namun diceduk hasil karya novel yang sebenarnya hanya fiksyen semata-mata meskipun dari jalan cerita dan tajuknya seakan-akan kehidupan harian.

Ingatlah bahawa 10% akal dan 90% adalah nafsu. Majoriti penulis novel di Malaysia adalah dari gender berstatistik dari ayat sebelum ini.

Akan tetapi kebanyakkan mereka yang merealitikan cerita fiksyen tersebut adalah mereka yang memiliki 90% akal tetapi memiliki 10% nafsu. Adakah salah ibu mengandung atau bapa yang tak pakai 'sarung' ?

Cuba hayati lagu ini....





dan hayati pula lagu buatan Malaysia ini....




Jika kita mendengar lagu di atas untuk pertama kali, maka hipotesisnya kita akan berkata lagu tersebut 'meniru' lagu buatan Malaysia.
Sungguh bangga dengan pencapaian tersebut, sehinggakan kumpulan Rialto dari British mampu membuat cover.

Siapa yang dahulu ?

lagu rialto - monday morning 5:19 dikeluarkan 'single' pada tahun 1997
lagu Exist - seperti dulu dikeluarkan bersama album 'seperti dulu' pada 2003

Maka terjawablah siapa yang menciplak 90% dari lagu asal. Jika sampai tahap tersebut pihak Exist sepatutnya meletakkan 'cover' dibelakang lagu seperti dulu.
Apa yang ditukar hanyalah lirik, tempo sama dan berbeza sedikit pada riff sebelum chorus.

anda fikir anda tahu Seperti Dulu Exist adalah Cover atau Ciplak Lagu Rialto Monday Morning 5:19 ?

anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Catat Ulasan

0 Ulasan