Pistol Buluh atau Capelom Aplikasi Pascal Law Budak Kampung Berperang


"Capelom"

Hidup sebagai budak kampung ni memang seronok.Tak macam sekarang, terperap dalam bilik layan PS,PSP dan Xbox.Sekarang ni pulak budak-budak dah maju lagipun ramai mak bapak yang kaya.

Jika zaman kegemilangan dulu di kampung, yakni zaman 90-an kehidupan budak kampung memerlukan kreativiti dan inovasi dengan benda sekeliling.Nak kata senakal lagenda budak setan tu tidak la, cuma nakal sikit saja setakat kacau anak dara orang dengan 'bedil pena' a.k.a bedil buluh tu rajin la.Siap kena kejar ngan mak bapak diorang lagi.Zaman dulu begitu je cara sakat awek kampung haha.Sekarang kene ada duit baru leh kawan.


Capelom atau Bedil Buluh

Cerita pasal 'bedil buluh' ni mesti ada yang tidak tahu, maklum la semua bukan asal dari kampung.Kat negeri lain aku tak tahu, rasa-rasanya dipanggil 'capelom' tetapi di kampung aku (aku tinggal di pengkalan chepa, kota bharu), kami panggil 'bedil penar',penar tu nama buah yang kami jadikan peluru.maaf, dah gugel tapi tiada gambar dah pupus gamaknya, cuma peluru alternatif jer ada buah nera (cenerai).


Semua makhluk Tuhan tak kira paling seksi atau tidak, jadi korban kami.Ayam, lembu, itik, serati, angsa (yang ni sukar sebab kene kejar balik), dan manusia tidak terkecuali menjadi mangsa tembakkan kami.

Capelom Permainan Tradisional Kanak Kanak Dahulu

Anda tidak tahu ke apa itu 'bedil penar' a.k.a bedil buluh? Oh lupa anda semua bukan budak miskin dan budak kampung macam budak kampung zaman 90-an .Mari kita berkenalan dan menghayati cara membuatnya sekali..

Ia diperbuat dari buluh kecil seperti gambar di atas, kami panggil 'buluh peleting', peleting tu straw a.k.a penyedut minuman, sebab ia kecil.Jangna guna buluh lain lak nak buat meriam buluh boleh.

Dan ini pelurunya...
Buah Cenderai | Google Image

Buah Mata Itik (Buah Penar)

Prinsip Fizik (Pascal Law) Pada Aplikasi Capelom


..dan sekarang anda boleh sambung berperang atau seperti sesetengah budak kampung menolong bapa mereka halau tebuan yang selalu kacau mereka sedang membuat nise (gula melaka).

Anda fikir anda tahu Pistol Buluh atau Capelom Aplikasi Pascal Law Budak Kampung Berperang ? 

Anda fikir sekali lagi..

Assalamualaikum..  

Catat Ulasan

0 Ulasan