Perubahan Spektrum Warna Alam dan Waktu Solat

Setiap kejadian ada faedahnya, Allah yang maha bijaksana telah menjadikan waktu solat yang lima dalam sehari bukan semata-mata mengikut waktu biasa. Terdapat waktu-waktu yang berguna dan baik untuk manusia. 

Setiap gerakan dalam solat juga mungkin menjadi gerakan 'intercept' dari frekuensi cahaya matahari yang dikeluarkan pada waktu solat yang telah ditetapkan.



Waktu Subuh

Jika kita sering memperhatikan waktu selepas subuh, apalagi menjelang siang, langit seringkali berwarna biru yang diselangi dengan merah (oren) yang dihasilkan oleh sinar mentari yang akan terbit.


Waktu Zuhur

Ketika ini alam berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan seterusnya warna kuning mendominasi atmosfera menandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum warna alam yang menguning pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan dan penghadaman.

Waktu Asar

Apabila masuknya waktu Asar, warna alam akan berubah kepada warna oren. Warna oren ialah rahsia kreativiti, di mana warna oren di alam boleh membawa pengaruh besar dalam kreativiti seseorang.

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, warna alam berubah menjadi kemerahan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu maghrib ini kerana warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo (biru nila) dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian yang mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

anda fikir anda tahu Perubahan Spektrum Warna Alam dan Waktu Solat ?

anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

1 ada idea nak komen:

Noriza Rahman berkata... Reply To This Comment

Ilmu baru yang MV belum.ketahui..thanks info

Catat Ulasan

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...