Penentuan Waktu Solat Tanpa Menggunakan Taqwim dan Pengiraan

Sepanjang hayat kita di'suap'kan dengan taqwim solat. Cuba bayangkan kita tersesat di hutan atau berada dimana tiada sebarang teknologi yang mampu menolong kita dalam menunaikan perintah agama yang penting iaitu solat.

Memandangkan kita berada di dunia yang berteknologi, googling sahaja waktu solat, paling kurang pun dengar melalui pembesar suara masjid atau surau terdekat jika malu untuk sms/whatsapp kawan-kawan bertanya waktu solat.

Jika kita mampu mengkaji sendiri bagaimana waktu solat ditentukan bukan menggunakan khidmat pengetahuan kiraan falak, kita boleh melihat sendiri waktu solat tersebut, bepandukan alam lebih tepat lagi matahari atau bintang untuk sistem solar kita.
Bayangkan anda tiada sebarang akses untuk mengetahui waktu solat, adakah anda akan meninggalakn kewajiban tersebut ? 




Harapnya tidak. Matahari merupakan platform bagi umat islam mengukur waktu solat. Ada hikmah di sebaliknya kerana cahaya matahari yang diselerakkan menjadi 7 warna mempunyai frekuensi-frekuensi yang tertentu.


Subuh (Fajar)

Bermula apabila cahaya putih mula keluar disepanjang garisan melintang bumi. Dengan kata lain akan wujud cahaya putih dari langit yang menjadi sempadan antara paras ufuk nun disana dengan kegelapan malam dibahagian atas.Pada ketika ini hanya cahaya matahari yang kelihatan. Semua cahaya memenuhi ufuk (horizon) dengan fajar shadiq, bukan fajar khadzib jenis cahaya yang meninggi tidak memenuhi ufuk.



Syuruk

Syuruk merupakan waktu dimana solat subuh sudah tidak boleh dilakukan lebih tepat waktu habisnya solat subuh. Syuruk berlaku apa bila fizikal matahari sudah mula menampakkan bentuknya di permukaan ufuk bumi pandangan seseorang.Cahaya kuning keperangan matahari mula kelihatan.

Zuhur

Dalam bahasa kitab lama waktu zuhur akan bermula apabila 'tergelincirnya matahari'. Bahasa mudahnya, kedudukan matahari mula jatuh ke arah barat selepas berada tegak (paling jauh jaraknya) dengan objek dibawahnya.Situasi ini boleh diperhati apabila meletakkan kayu pancang di tanah ketika matahari tegak di atas ukur panjang bayang-bayang paling pendek dan apabila bayang-bayang tersebut mula memanjang maka bermulalah waktu zuhur.

Asar

Merupakan penamat waktu zuhur. Waktu asar boleh diketahui dengan menggunakan kaedah mengukur bayang-bayang seperti mengetahui waktu zuhur. Sebagaimana yang disepakati oleh Imam Maliki, Imam Shafii dan Imam Hanbali, waktu asar atau tamatnya waktu zuhur berlaku apabila panjang bayang-bayang sesuatu objek sama atau lebih dengan panjang objek itu sendiri. Jika di pacakkan 30cm kayu pancang, waktu asar dan penamat waktu zuhur akan berlaku jika bayang pancang tersebut berukuran 30cm dan lebih.

Maghrib

Waktu maghrib boleh dikatakan reverse kepada waktu syuruk. Waktu solat maghrib secara rasminya bermula apabila saat di mana keseluruhannya matahri sudah terbenam, saat matahari itu hilang dari muka bumi ufuk pandangan pemerhati.




Isyak

Waktu Isyak boleh dikategorikan kepada reverse kepada waktu subuh atau fajar. Secara rasminya waktu solat isyak apabila cahaya matahari sudah tidak kelihatan. Cahaya matahari yang terpantul pada bulan tidak diambil kira di dalam hal ini. Saat hilangnya partikel cahaya terakhir dari matahari maka berakhirlah waktu maghrib maka azan isyak boleh di azankan. Kitaran yang sempurna ini akan berterusan dengan bermulanya waktu solat subuh keesokkan hari.

Permerhatian dan cerapan cahaya matahari ini hanya sesuai di muka bumi. Cerapan ini tidak boleh lagi digunakan jika anda bekerja di International Space Station (ISS) di angkasa lepas sedikit melepasi thermosphere bumi.

anda fikir anda tahu Penentuan Waktu Solat Tanpa Menggunakan Taqwim dan Pengiraan ?

anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Catat Ulasan

0 Ulasan