Header Ads

Harga Organ Dalaman Manusia Untuk Pasaran Haram

Penculikan kanak-kanak dan remaja semakin berleluasa di Malaysia. Jika dahulu kanak-kanak dan remaja diculik untuk dijadikan sebagai 'agen' meminta sedekah. Namun dengan perkembangan teknologi dan informasi modus operandi para penculik setelah menculik target mereka, kanak-kanak dan remaja ini sudah menjadi sebahagian eksperimen pembedahan katak semasa di sekolah dahulu, pengambilan organ dalaman.

Kenapa kanak-kanak selalunya menjadi mangsa penculikan seterusnya menjadi sumber mendapatkan organ untuk pasaran haram amat nyata. Mereka ini secara logiknya tanpa menggunakan sebarang kaedah pembuktian memang terbukti secara logiknya memiliki organ yang masih baik jika terdapat 'defect' atau kecacatan pada organ adalah kecil.



Jika penculik mengambil organ seorang dewasa kemungkinan besar pelbagai jenis organ dengan variasi kecacatan yang jelas seperti paru-paru hitam, jantung yang lemah, serta hati yang hampir rosak. Kanak-kanak dan golongan remaja belum lagi mengenal rokok, alkohol serta sentiasa dijaga rapi pemakanan oleh penjaga. Amat jelas bahawa kerajaan juga lebih mementingkan kesihatan dan organ remaja sebagai contoh di musim jerebu, pelajar sekolah perlu bercuti kerana dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan.

Punca Penjualan Organ Secara Gelap

Mari kita telusuri punca penjualan organ ini adalah suatu bisnes yang agak menguntungkan selepas mengedar dadah. Kita lihat pada puncanya, puncanya tidak lain dan tidak bukan kerana permintaan yang tinggi. Permintaan yang tinggi terhadap organ dalam seperti paru-paru, hati, limpa, dan pelbagai organ dalaman lain sebenarnya berpunca dari masyarakat kita sendiri. 

Di zaman ini kesihatan sudah tidak lagi penting meskipun wujudnya #harisukannegara. Pemakanan yang tidak sihat dan aktiviti seumpama ayam pedaging belaan mengundang permintaan tinggi terhadap organ dalaman kerana organ yang sedia ada sudah rosak dan perlu diganti.

Bila kita tahu puncanya maka boleh diambil penyelesaiannya. Jika kita sihat dan jika disahkan mati pun kerana kemalangan atau sakit tua, bukan kerana penyakit kronik, maka permintaan terhadap organ dalaman yang baru berkurang dan akan terus hilang. Bisnes penjualan organ dalaman secara pula akan terkubur, tiada lagi berlaku penculikan terhadap sumber organ yang baik iaitu kanak-kanak dan remaja.


Harga Organ Manusia dalam Pasaran Haram

Berikut disampaikan beberapa harga yang sanggup dibayar untuk mendapatkan organ baharu dengan jenis organ tertentu.

Jantung             RM800,000
Buah Pinggang   RM600,000
Hati                   RM200,000
Paru-paru          RM100,000
Mata                  RM10,000

Pencegahan

Artikel ini bukan cuba menggalakkan bisnes penculikan dan penjualam organ dalaman secara haram tetapi mengajak kita sama-sama membanteras sifat jahiliyah yang sudah dikaburi dengan wang ringgit ini. Dilampirkan harga organ supaya para penjaga kanak-kanak dan remaja akan merasakan bahawa pentingnya keselamatan yang perlu dilakukan kerana dengan harga organ sebegitu para syaitan ini mampu berbuat macam-macam. 

Para 'client' juga harus dihapuskan dengan bersama-sama menjadi seorang yang mengutamakan kesihatan diri supaya kita tidak menjadi penyumbang kepada penculikan dan kehilangan kanak-kanak kerana sindiket penjualan organ dalaman pasaran gelap dan haram

Anda fikir anda tahu Harga Organ Dalaman Manusia Untuk Pasaran Haram ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.