Header Ads

Apa itu Qarin (Qareen) Si Pendamping Manusia ?


"Pendamping"

Ketika Amran Ramsey sedang menjamah dengan lahapnya makanan yang terhidang di depannya. Maka terdengar sergahan seseorang.

"Kau ni meran makan tak baca bismillah, ko makan dengan jin ke ape ?"

Sergah mak tiri jiran sebelah umah Amran tanpa sebarang amaran.

Kita seringkali di katakan makan bersama jin atau syaitan bila makan cepat dan dengan lahapnya. Kita juga ada disogokkan di dalam filem tidak kira melayu atau bukan melayu dengan pendamping yang sering bersama kita. 

Jika anda pernah melihat ritual 'bageh' yang biasanya wujud di kalangan masyarakat pantai timur di mana seseorang seumpama dirasuk seseorang/sesuatu makhluk lain sebagaimana Jessica di dalam badan nicole di dalam cerita Heroes.

Semua ini menunjukkan bahawa wujud pendamping bagi setiap manusia.Benarkah terdapat pendamping ?




Hadis Mengenai Kewujudan Qarin

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." 
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." 
(Riwayat Muslim)

Daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." 
(Riwayat Baihaqi)

Apa itu Qarin ?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Qarin ditugaskan untuk membisikkan segala kejahatan dan keburukkan kepada orang yang didampinginya. Manusia akan merasai bisikkan qarin melalui rasa was-was dan detik hati. Kita pernah akan terdetik untuk melakukan kemaksiatan, rasa terdetik itulah adalah bisikkan dari qarin. Semakin kita menggalakkan qarin dengan melakukan segala bisikkan kejahatannya maka semakin 'gemuk'lah qarin si pendamping manusia ini. 

Qarin bersifat negatif, bagi meneutralkan sifat dan sikap manusia terdapat malaikat yang bersifat positif yang akan menyeimbangkan unsur negatif dari qarin. Maka kita diberikan senjata akal, akal inilah yang akan menjadi 'platform' memilih kejahatan qarin atau kebaikkan dari malaikat.

Kita pernah diperlihatkan melalui kartun dan cerita di mana terdapat dua makhluk di bahu seseorang apabila ingin melakukan sesuatu yang agak sukar diputuskan. Satu berwatak malaikat bewarna putih dan satu lagi syaitan bertanduk bewarna merah. Begitulah gambarannya.

Cara Menghilangkan Qarin ?

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

anda fikir anda tahu Apa itu Qarin (Qareen) Si Pendamping Manusia ?

anda fikir sekali lagi.....

Assalamualaikum....

Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.