Harga Organ Dalaman Manusia Untuk Pasaran Haram

Penculikan kanak-kanak dan remaja semakin berleluasa di Malaysia. Jika dahulu kanak-kanak dan remaja diculik untuk dijadikan sebagai 'agen' meminta sedekah. Namun dengan perkembangan teknologi dan informasi modus operandi para penculik setelah menculik target mereka, kanak-kanak dan remaja ini sudah menjadi sebahagian eksperimen pembedahan katak semasa di sekolah dahulu, pengambilan organ dalaman.

Kenapa kanak-kanak selalunya menjadi mangsa penculikan seterusnya menjadi sumber mendapatkan organ untuk pasaran haram amat nyata. Mereka ini secara logiknya tanpa menggunakan sebarang kaedah pembuktian memang terbukti secara logiknya memiliki organ yang masih baik jika terdapat 'defect' atau kecacatan pada organ adalah kecil.



Jika penculik mengambil organ seorang dewasa kemungkinan besar pelbagai jenis organ dengan variasi kecacatan yang jelas seperti paru-paru hitam, jantung yang lemah, serta hati yang hampir rosak. Kanak-kanak dan golongan remaja belum lagi mengenal rokok, alkohol serta sentiasa dijaga rapi pemakanan oleh penjaga. Amat jelas bahawa kerajaan juga lebih mementingkan kesihatan dan organ remaja sebagai contoh di musim jerebu, pelajar sekolah perlu bercuti kerana dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan.

Punca Penjualan Organ Secara Gelap

Mari kita telusuri punca penjualan organ ini adalah suatu bisnes yang agak menguntungkan selepas mengedar dadah. Kita lihat pada puncanya, puncanya tidak lain dan tidak bukan kerana permintaan yang tinggi. Permintaan yang tinggi terhadap organ dalam seperti paru-paru, hati, limpa, dan pelbagai organ dalaman lain sebenarnya berpunca dari masyarakat kita sendiri. 

Di zaman ini kesihatan sudah tidak lagi penting meskipun wujudnya #harisukannegara. Pemakanan yang tidak sihat dan aktiviti seumpama ayam pedaging belaan mengundang permintaan tinggi terhadap organ dalaman kerana organ yang sedia ada sudah rosak dan perlu diganti.

Bila kita tahu puncanya maka boleh diambil penyelesaiannya. Jika kita sihat dan jika disahkan mati pun kerana kemalangan atau sakit tua, bukan kerana penyakit kronik, maka permintaan terhadap organ dalaman yang baru berkurang dan akan terus hilang. Bisnes penjualan organ dalaman secara pula akan terkubur, tiada lagi berlaku penculikan terhadap sumber organ yang baik iaitu kanak-kanak dan remaja.

Sukee-Sukii Stimbot & BBQ Sungai Buloh Syurga Penggemar Daging Kambing Bakar


Kewujudan restoren dan tempat makan berasaskan steamboat and grill sukar dibendung lagi. Tempat popular seperti Flaming Steamboat, D'Manggis serta D'Island Steamboat sudah dikenali di sekitar Selangor. 

Terdapat satu lagi tarikan penggemar steamboat di sekitar selangor, lebih tepat lagi sekitar sungai buloh. Suasana romantik dan berasaskan pengcahayaan oren dan merah menambahkan lagi warna tom yam dan sup sebagai asas steamboatnya.

Menghidangkan pelbagai jenis hidangan mentah dan sedia masak, pelanggan tidak akan rasa kekurangan. Ditambah lagi dengan tempatnya yang agak tersorok dan tidak begitu 'crowded' sesuai bagi mereka yang meninginkan suasana tenang dan hanya kedengaran jus daging dan makanan laut yang terbakar dipanaskan kerajang aluminium.



Tempatnya agak tersorok, berada di bahagian belakang deretan rumah kedai di Pusat Komersil TSB Sungai Buloh berhadapan dengan pasaraya syed dan sebaris dengan bank Rakyat.

Kemunculan Dua Matahari Di Kanada Tanda Kiamat ?

Kemungkinan Dua Matahari Muncul Dalam Realiti

Sun Dogs (Parhelion)

Fenomena sun dog berlaku apabila dilangit kita akan dapat melihat dua buah matahari. Juga dikenali sebagai 'mock sun'. Wujud bersebelahan dengan matahari sebenar dengan jarak 22 darjah perbezaan antara satu sama lain.




Apa itu Qarin (Qareen) Si Pendamping Manusia ?


"Pendamping"

Ketika Amran Ramsey sedang menjamah dengan lahapnya makanan yang terhidang di depannya. Maka terdengar sergahan seseorang.

"Kau ni meran makan tak baca bismillah, ko makan dengan jin ke ape ?"

Sergah mak tiri jiran sebelah umah Amran tanpa sebarang amaran.

Kita seringkali di katakan makan bersama jin atau syaitan bila makan cepat dan dengan lahapnya. Kita juga ada disogokkan di dalam filem tidak kira melayu atau bukan melayu dengan pendamping yang sering bersama kita. 

Jika anda pernah melihat ritual 'bageh' yang biasanya wujud di kalangan masyarakat pantai timur di mana seseorang seumpama dirasuk seseorang/sesuatu makhluk lain sebagaimana Jessica di dalam badan nicole di dalam cerita Heroes.

Semua ini menunjukkan bahawa wujud pendamping bagi setiap manusia.Benarkah terdapat pendamping ?



Bumi Akan Bergelap Selama 15 Hari. Apa kata NASA ?

Dalam arus kemodenan zaman viral ini, pelbagai benda yang lebih cepat daripada dakwat laserjet untuk menaip. Whatsapp, Facebook, Twitter, dan Instagram merupakan medium viral yang sudah sinonim. Terdapat yang baik, alhamdulillah, ada juga yang palsu atau kata pujangga inggeris hoax. 



Namun kebanyakkan info adalah hoax semata-mata kerana orang pertama yang menemuinya mahu popular menjadi orang pertama yang mengongsikannya sehingga mereka ini tidak lagi takut akan balasan memakan daging saudara sendiri yang sudah mati.

#Bajet2016 : Teks Penuh Pembentangan Bajet 2016

KUALA LUMPUR - Berikut ialah intipati Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat, hari ini.


 
 Bajet 2015 bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat".
 
 Bajet 2015 menggariskan tujuh strategi utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.
 

WONDERGIRLS memang FEMININ tetapi GIRLS GENERATION (SNSD) lebih ELITE



WONDERGIRLS
siapa yang tidak kenal akan 5 orang gadis dari negara asal aku..ek?wahaha.Lebih popular dengan lagu nobody nobody but you.Aku mula mengenali mereka semua ketika melawat korea selatan musim sejuk lepas, oke aku tipu, aku melawat mereka ketika sedang mengenali seseorang yang begitu teruja dengan group ini sehingga mereka menggelarkan mereka 'wondergirls malaysia'.

Sekumpulan gadis-gadis yang terbentuk dari sun-ye, yu-bin, ye-eun, hye-rin dan so-hee (ni aku punya haha).Mula di'mainstream'kan pada 2007 dibawah naungan jyp entertainment record.Pernah memasuki billboard top 10 di amerika syarikat sehingga dilamar syarikat rakaman jonas group di sana.




FEMININ
Sekitar 15-17 tahun terdahulu iaitu ketika aku masih lagi pikul beg kartun otromen dibelakang wujud satu fenomena baru di malaysia.1992,tertubuhnya kumpulan perempuan malaysia yang ngetop mungkin, iaitu feminin.


Terdiri dari asfarina, atie, watie, deq nor dan along.Mula dijumpai oleh kru brothers (masa zaman macam jonas brothers, mungkin).pencapaian terbesar adalah berjaya di'banned' kerana berjaya meniru lagu 'rentak disco 123' dari twillight zone.

..mereka sekarang sekadar kenangan



GIRLS GENERATION (SNSD)
Dianggotai 9 anak muda kebanyakkan lahir pada tahun 1989, tae-yeon, yoona (kami pernah kapel haha), yuri, tiffany (mi-young), soo-young, jessica (soo-yeon), sunny (soo-kyeo), hyo-yeon, dan seo-hyon (tiada seo tips) maka terbentuklah girls generation dari korea selatan.

Selain menyanyikan lagu dari korea mereka juga boleh mendendangkan lagu jepun.Mula dikenali dengan lagu gee dan terus popular dengan lagu hoot yang sedang didengar sambil menghasilkan entry ini kwakkwakwak.Group yang seangkatan dengan wondergirls ini iaitu diasaskan pada 2007 pernah melewati tangga kedua dan ketiga carta jepun begitu lama.



 "jangan tenung lama-lama nanti berdarah hidung"

Bukti Yahudi Adalah Beruk dan Kera Sangkal Teori Charles Darwin

Kisah ini Allah Ta’ala firmankan dalam kitabNya yang mulia. Allah Jalla Jalaaluh berfirman :

وَاسْأَلْهُمْ عَنِ الْقَرْيَةِ الَّتِي كَانَتْ حَاضِرَةَ الْبَحْرِ إِذْ يَعْدُونَ فِي السَّبْتِ إِذْ تَأْتِيهِمْ حِيتَانُهُمْ يَوْمَ سَبْتِهِمْ شُرَّعًا وَيَوْمَ لا يَسْبِتُونَ لا تَأْتِيهِمْ كَذَلِكَ نَبْلُوهُمْ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ. وَإِذْ قَالَتْ أُمَّةٌ مِنْهُمْ لِمَ تَعِظُونَ قَوْمًا اللَّهُ مُهْلِكُهُمْ أَوْ مُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا قَالُوا مَعْذِرَةً إِلَى رَبِّكُمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ. فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ أَنْجَيْنَا الَّذِينَ يَنْهَوْنَ عَنِ السُّوءِ وَأَخَذْنَا الَّذِينَ ظَلَمُوا بِعَذَابٍ بَئِيسٍ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ. فَلَمَّا عَتَوْا عَنْ مَا نُهُوا عَنْهُ قُلْنَا لَهُمْ كُونُوا قِرَدَةً خَاسِئِينَ

“Dan tanyakanlah kepada bani Israa’iil tentang negeri yang terletak di dekat laut ketika mereka melanggar aturan pada hari Sabtu, di waktu datang kepada mereka ikan-ikan (yang berada di sekitar) mereka terapung-apung di permukaan air, dan di hari-hari yang bukan Sabtu, ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka disebabkan mereka berlaku fasiq. Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, “Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengadzab mereka dengan adzab yang amat keras?” Mereka menjawab, “Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertaqwa.” Maka tatkala mereka melupakan apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang lalim siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasiq. Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepadanya, “Jadilah kamu kera yang hina!” [QS Al-A’raaf : 163-166]

FirmanNya :

Seperti Dulu Exist adalah Cover atau Ciplak Lagu Rialto Monday Morning 5:19


Kebanjiran cerita berdasarkan novel dari para pengarah drama masa sekarang seperti menghancurkan harapan seorang ibu yang selalu menyusukan anak mereka dengan susu dumex yang dikatakan kaya dengan DHA dan pelbagai khasiat yang mampu menghubungkan sel-sel otak.

Malas berfikir secara kreatif dan kritis telah menyemarakkan lagi kemasukan drama berasaskan novel yang isinya hanya sesuai dijadikan sebagai bacaan ketika patah kaki dengan kata lain tiada sebarang isi penting yang mampu di jadikan iktibar dalam dunia sebenar.

Secara sarkastiknya dari huraian dari tetamu rancangan fiqh wanita, bahawa banyak meminum susu lembu menjadikan seseorang itu berperangai seperti lembu.
Ambillah dari aspek 'sarcasm' dalam frasa tersebut, dimana genetik lembu lebih banyak dari genetik manusia yang ada pada pengkarya-pengkarya 'kreatif' katanya di Malaysia.

Ingin mendapatkan keuntungan namun diceduk hasil karya novel yang sebenarnya hanya fiksyen semata-mata meskipun dari jalan cerita dan tajuknya seakan-akan kehidupan harian.

Ingatlah bahawa 10% akal dan 90% adalah nafsu. Majoriti penulis novel di Malaysia adalah dari gender berstatistik dari ayat sebelum ini.

Akan tetapi kebanyakkan mereka yang merealitikan cerita fiksyen tersebut adalah mereka yang memiliki 90% akal tetapi memiliki 10% nafsu. Adakah salah ibu mengandung atau bapa yang tak pakai 'sarung' ?

Cuba hayati lagu ini....

Sultan Beli Trak Mack Termahal Di Dunia, Duit Siapa ?

Elaun Sultan dan kerabat Diraja (Contoh Sultan Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat diraja di setiap negeri adalah di bawah peruntukkan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Jumlah yang elaun Sultan Kedah ada sebanyak RM68,080 sebulan
1. Elaun Sultan – RM52,600 sebulan
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

Manakala jumlah yang diterima oleh Sultanah adalah sebanyak RM14,600 sebulan
1. Elaun Sultanah – RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah – RM2,600 sebulan
Elaun-elaun lain yang diterima kerabat Diraja di Malaysia setiap bulan adalah seperti berikut :
Raja Muda – RM13,000
Raja Puan Muda – RM5,200
Tunku Bendahara – RM4,000
Bini Tunku Bendahara – RM1,250
Tunku Temenggung – RM3,500
Isteri Tunku Temenggung – RM900
Tunku Laksamana – RM3,000
Isteri Tunku Laksamana – RM600
anak-anak Sultan – RM1,000



Penyataan di atas merupakan elaun yang diterima oleh sultan di setiap negeri yang mempunyai sultan. Penyataan di atas merupakan contoh dari pembahagian elaun untuk keluarga dan kerabat sultan Kedah di Malaysia.

Penentuan Waktu Solat Tanpa Menggunakan Taqwim dan Pengiraan

Sepanjang hayat kita di'suap'kan dengan taqwim solat. Cuba bayangkan kita tersesat di hutan atau berada dimana tiada sebarang teknologi yang mampu menolong kita dalam menunaikan perintah agama yang penting iaitu solat.

Memandangkan kita berada di dunia yang berteknologi, googling sahaja waktu solat, paling kurang pun dengar melalui pembesar suara masjid atau surau terdekat jika malu untuk sms/whatsapp kawan-kawan bertanya waktu solat.

Jika kita mampu mengkaji sendiri bagaimana waktu solat ditentukan bukan menggunakan khidmat pengetahuan kiraan falak, kita boleh melihat sendiri waktu solat tersebut, bepandukan alam lebih tepat lagi matahari atau bintang untuk sistem solar kita.
Bayangkan anda tiada sebarang akses untuk mengetahui waktu solat, adakah anda akan meninggalakn kewajiban tersebut ? 




Harapnya tidak. Matahari merupakan platform bagi umat islam mengukur waktu solat. Ada hikmah di sebaliknya kerana cahaya matahari yang diselerakkan menjadi 7 warna mempunyai frekuensi-frekuensi yang tertentu.

Pistol Buluh atau Capelom Aplikasi Pascal Law Budak Kampung Berperang


"Capelom"

Hidup sebagai budak kampung ni memang seronok.Tak macam sekarang, terperap dalam bilik layan PS,PSP dan Xbox.Sekarang ni pulak budak-budak dah maju lagipun ramai mak bapak yang kaya.

Jika zaman kegemilangan dulu di kampung, yakni zaman 90-an kehidupan budak kampung memerlukan kreativiti dan inovasi dengan benda sekeliling.Nak kata senakal lagenda budak setan tu tidak la, cuma nakal sikit saja setakat kacau anak dara orang dengan 'bedil pena' a.k.a bedil buluh tu rajin la.Siap kena kejar ngan mak bapak diorang lagi.Zaman dulu begitu je cara sakat awek kampung haha.Sekarang kene ada duit baru leh kawan.

Capelom atau Bedil Buluh

Cerita pasal 'bedil buluh' ni mesti ada yang tidak tahu, maklum la semua bukan asal dari kampung.Kat negeri lain aku tak tahu, rasa-rasanya dipanggil 'capelom' tetapi di kampung aku (aku tinggal di pengkalan chepa, kota bharu), kami panggil 'bedil penar',penar tu nama buah yang kami jadikan peluru.maaf, dah gugel tapi tiada gambar dah pupus gamaknya, cuma peluru alternatif jer ada buah nera (cenerai).

Cara Solat di Angkasa lepas

Alam semesta Allah ini luas, solat bukan hanya wajib dilakukan di muka bumi sahaja. Kejayaan Dr. Sheikh Muzafar Shukor menjadi rakyat Malaysia pertama ke angkasa lepas merupakan suatu titik tolak bagi masyarakat islam dan muslim untuk beribadat bukan hanya di muka bumi tetapi di angkasa lepas. 

Untuk bersolat kita wajib menghala ke arah kiblat, kiblat bagi umat islam adalah ka'abah, ka'abah merupakan 'reference' arah mana umah islam untuk bersolat. 

Jangan ada yang berkata kita menyembah ka'abah tetapi kita menggunakan ka'abah sebagai 'reference' arah jika di dalam penerbangan VHF Omni Directional Radio Range (VOR) digunakan sebagai 'guide' kepada navigator untuk menjumpai lapangan terbang.
Sukar untuk angkasawan menjadikan ka'abah sebagai kiblat.



Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim), Anan C Mohd berkata, ibadah adalah satu ketetapan ke atas setiap umat Islam yang
merentasi keadaan, masa dan tempat di mana Islam memberi keutamaan kepada lima prinsip asas iaitu penjagaan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta benda dalam menjamin kemakmuran hidup umatnya.

Benci Masjid Laung Azan Solat Terlalu Kuat Tanda Manusia Berpenyakit

1. Kafir Harbi dalam Malaysia sendiri sudah ingin mengubah sunnatullah itu sendiri. Mengubah sesuatu yang telah di syariatkan oleh Allah.

2. Setiap aturan dan kejadian yang diciptakan Allah untuk manusia mempunyai hikmah dan nikmat walaupun bakteria yang terbentuk dari unisel, satu sel seperti amoeba. Inikan pula sesuatu yang menjadi ikutan dan panduan di muka bumi bagi mereka yang ingin berfikir.

3. Azan dan solat merupakan syariat yang diturunkan dari Allah kepada manusia. Tidak akan ada kelemahan atau keburukan sesuatu yang disyariatkan oleh Allah kepada manusia sejagatnya.




4. Azan mula ditentang oleh kaum jahiliyah yang mengatakan bahawa pencemaran bunyi dari azan. Namun mereka tidak pula cuba menentang bunyian mantera dan loceng-loceng pada agama lain.

Perubahan Spektrum Warna Alam dan Waktu Solat

Setiap kejadian ada faedahnya, Allah yang maha bijaksana telah menjadikan waktu solat yang lima dalam sehari bukan semata-mata mengikut waktu biasa. Terdapat waktu-waktu yang berguna dan baik untuk manusia. 

Setiap gerakan dalam solat juga mungkin menjadi gerakan 'intercept' dari frekuensi cahaya matahari yang dikeluarkan pada waktu solat yang telah ditetapkan.



Waktu Subuh

Jika kita sering memperhatikan waktu selepas subuh, apalagi menjelang siang, langit seringkali berwarna biru yang diselangi dengan merah (oren) yang dihasilkan oleh sinar mentari yang akan terbit.

Punca, Anatomi dan Teori Nahas Malaysia Airlines MH17 Ditembak Jatuh Rusia atau Ukraine


Secara kasarnya konflik Crimea di Ukraine yang menjadi dalang. Pertempuran antara puak pemisah Rusia dan tentera Ukraine yang merebut wilayah Crimea. Sudah tentu dua pihak bertelagah ini adalah dalangnya iaitu pemisah Rusia dan Tentera Ukraine. 

Namun setiap insiden membabitkan nahas pesawat komersil bukan hanya berdasarkan satu punca tetapi gabungan beberapa situasi yang membawa kepada nahas.

Pertempuran ini telah menjadikan kawasan sekitar Crimea termasuk ruang udara Crimea menjadi kawasan panas peperangan.


9M-MRD B777 Malaysia Airlines MH17
MH17 Terbang dalam Zon Selamatkah ?

Siapakah Abang JKK Kikiki Dalam Ceramah Ustaz Azhar Idrus ?

Bagi peminat setia ceramah Ustaz Azhar Idrus pasti akan mengetahui akan hal ini. Fenomena bagi setiap video ceramah dari UAI. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan ceramah UAI maka perkataan 'JKK' seumpama 'nganjingan' dari UAI terhadap golongan yang tunduk di bawah kekuasan rejim liberal di Malaysia. Tanggapan anda salah sebenarnya.

Bagi penulis juga begitu, penulis beranggapan yang UAI menggunakan kiasan untuk memerli puak liberal yang sedang memerintah negara, namun setelah berpuluh buah ceramah di dengar maka fahamlah bahawa perkataan 'JKK' dalam setiap ceramah UAI ada rahsianya.

Selain dari perli kepada Jawatan Kuasa Kampung (JKK) yang wujud di setiap kampung, dengan menyebut perkataan 'JKK' UAI akan mendapat maklum balas dari seorang peminat setia ceramah UAI, di mana UAI pergi majoritinya dia ada.

Ustaz Azhar Idrus : .....JKK....

(kikikiki)

Begitulah selalunya jika tuan punya badan datang mendengar kuliah UAI, setiap kali UAI mengeluarkan perkataan 'JKK' maka si empunya badan akan secara automatik akan mengeluarkan bunyi 'kikiki'. Maha Suci Allah yang mencipta manusia dengan pelbagai variasi. 

Pernah sekali UAI mencuba dengan 'Jawatan Kuasa Kampung' dan 'JKR' namun tiada sebarang 'kikiki' kedengaran. Apabila UAI ingin mengetahui wujudnya dia di sesuatu majlis ilmu UAI, maka UAI akan memancing dengan 'JKK' jika kedengaran 'kikiki' yang nyaring bermakna tuan punya badan datang ke majlis tersebut.

Siapakah JKK Kikiki Tersebut ?

Tanda Tangan Gabenor Aishah Bank Negara Malaysia

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan, semakin berusia semakin berharga. Hal ini terjadi kerana apabila sudah lama maka kuantitinya merosot dan untuk mendapatkannya agak sukar. Kesukaran itulah merupakan bayarannya. Banyak aktiviti hobi sudah menjadi perniagaan. Contohnya hobi mengumpul wang/duit lama. 

Semakin sukar ditemui semakin mahal harganya. Ironinya duit dibeli dengan duit.Dengan berbilangnya edisi wang kertas atau syiling dikeluarkan Bank Negara Malaysia, maka permintaan terhadap wang dan syiling pada zaman lampau meningkat. Begitu juga nilai harganya.

Bagi pengumpul dan pedagang wang lama nama gabenor menjadi kriteria dalam menetapkan nilai harga. Gabenor bank negara Malaysia mempunyai penggal perkhidmatan tertentu. Dari penggal inilah para numenistik wang lama atau wang 'limited edition' menjadikan rujukan tahun, berapa lama atau betapa 'rare' wang tersebut.