Senarai Nama Gabenor Bank Negara Malaysia

Artikel ini amat bersesuaian bagi mereka yan mengumpul serta menjual duit-duit berusia dan otai. Kebanyakkan harga kertas bercorak yang dipanggil wang kertas biasanya diklasifikasikan dari segi zaman pengeluarannya serta beberapa ciri yang terdapat pada wang kertas tersebut.

Perkara utama bagi para pengumpul dan penjual duit/wang lama adalah tahun wang tersebut dicetak selain nombor siri, tanda tangan dari gabenor pada zaman-zaman tertentu menjadi petunjuk.

1. Tan Sri William Howard Wilcock (1959-1962)
Mungkin ramai yang tidak tahu Gabenor pertama BNM adalah orang Australia, Tan Sri William Howard Wilcock (WH Wilcock). Pada tahun 1958, WH Wilcock datang ke Malaya sebagai penasihat perbankan kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau pada ketika itu adalah Penolong Gabenor Bank Komanwel Australia (Bank Pusat Australia).
Pada 26 Januari 1959, Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Rahman telah melantik beliau sebagai Gabenor pertama dan Pengerusi Lembaga Bank Pusat Malaya atau lebih dikenali sebagai "Bank Negara Tanah Melayu" untuk tempoh 2 tahun. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya menyambung kontrak beliau selama 6 bulan sebelum beliau bersara pada 25 Julai 1962.




2. Tun Ismail Mohamed Ali (1962-1980)
Orang Malaysia pertama yang menjadi gabenor BNM adalah Tun Ismail Mohamed Ali.  Tun Ismail dilahirkan pada 16 September 1918 di Pelabuhan Klang. Beliau adalah abang kepada isteri Mantan Perdana menteri Malaysia, Toh Puan Siti Hasmah Mohamed Ali. Tun Ismail berkahwin dengan Toh Puan Maimunah Abdul Latiff dan telah meninggal dunia pada 19 Julai 1998 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Pada tahun 1960 beliau dilantik sebagai Penolong Gabenor Bank Negara Tanah Melayu. Beliau mula menjawat jawatan Gabenor Bank Negara pada 26 Julai 1962 sehingga 26 Julai 1980. Semasa hayatnya beliau telah menetapkan tanda aras kepada nilai-nilai teras Bank Negara dengan menerapkan budaya akauntabiliti, profesionalisme, integriti dan perkhidmatan.



3.Tan Sri Abdul Aziz Taha (1980-1985)
Tan Sri Aziz Taha mula menyertai Bank Negara pada tahun 1969 sebagai Penolong Pengurus di Jabatan Pelaburan & Perakaunan. Beliau yang diketahui umum sebagai anak murid kepada Tun Ismail dilantik mengantikan mentornya pada 26 Julai 1980 dan meletakkan jawatan sebagai Gabenor BNM pada 4 Mac 1985, tempoh perjawatan beliau sepatutnya tamat pada Jun 1985. Beliau dikatakan meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan polisi kewangan & perbankan Menteri Kewangan pada ketika itu, Tun Daim Zainuddin. Bagi beliau, Objektif utama setiap bank pusat adalah untuk memastikan kestabilan ekonomi, sistem kewangan dan membantu dan menasihati kerajaan mengenai dasar kewangan dan fiskal yang kukuh.




4. Tan Sri Jaffar Hussein (1985-1994)
Sebaik Tan Sri Aziz melepaskan jawatan, kerajaan telah melantik Tan Sri Jaffar Hussien pada 7 Mac 1985. Beliau dilahirkan pada 11 Jun 1931 di Muar, Johor.  Sebelum beliau dilantik sebagai Gabenor BNM, beliau adalah CEO Maybank. Ketika beliau mentadbir Bank Negara Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 telah digubal dan penyeliaan industri insurans telah dipindahkan daripada Kementerian Kewangan kepada Bank Negara pada Mei 1988. Beliau juga adalah salah seorang yang menubuhkan Suruhanjaya Sekuriti, National Mortgage Corporation Cagamas Bhd dan Rating Agency Malaysia Bhd.

Beliau lebih terkenal sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang bertanggungjawab menyebabkan kerugian berbillion Ringgit Bank Negara didalam Pelaburan Forex. Pada tahun 1992, BNM telah rugi hampir RM10billion didalam perdagangan matawang Forex dan pada 31 Mac 1994, sekali lagi BNM mengumumkan kerugian sebanyak RM5.7billion didalam pelaburan forex pada tahun sebelumnya. Menteri kewangan pada ketika itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tan Sri Jaffar bertanggungjawab sepenuhnya dengan kerugian besar yang dialami oleh Bank Negara dan meletakkan jawatan pada 1 April 1994.




5.Tan Sri Ahmad Mohd Don (1994-1998)
Tan Sri Ahmad Mohd Don menjadi gabenor kelima Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1 Mei 1994. Pada bulan Mei 1994, beliau telah dilantik sebagai Gabenor BNM untuk tempoh tiga tahun dan pada Mei 1997, beliau telah dilantik semula untuk tempoh tiga tahun. Ketika beliau mentadbir BNM, Asia dilanda serangan spekulasi mata wang.


Tan Sri Ahmad Mohd Don kerapkali diserang oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir kerana dasar kewangannya yang ketat. Tun Mahathir kemudiannya mengenakan kawalan modal, menambat Ringgit kepada Dollar US dan juga mengurangkan kadar faedah pinjaman. Ahmad Mohd Don dan timbalannya, Fong Weng Phak, telah meletakkan jawatan pada 1 September 1998 kerana dikatakan tidak bersetuju dengan dasar kerajaan tersebut.




6. Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman (1998-2000)
Pada 7 September 1998, Tan Sri Ali Abul Hassan telah dilantik sebagai Gabenor keenam Bank Negara Malaysia (BNM). Dilahirkan di Pulau Pinang, Ali Abul Hassan berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri selama tujuh tahun sehingga 5 September 1998. Apabila beliau mengambil alih sebagai Gabenor BNM, Asia sedang mengalami krisis kewangan. Ringgit telah ditetapkan pada RM3.80 bagi setiap USD$1 pada September 1998. 

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, beliau mengamalkan dasar proaktif dan mesra perniagaan untuk memulihkan ekonomi. Fokus utama beliau adalah untuk meningkatkan ekonomi Malaysia dengan inisiatif khusus bagi merangsang pelaburan domestik dan asing.

Pada 29 Julai 1999, BNM mengumumkan program penggabungan bagi sektor perbankan domestik. Pelan asal pada ketika itu adalah untuk 55 institusi perbankan Malaysia bergabung ke dalam 6 bank utama. Keperluan untuk Bank tempatan bergabung menjadi penting apabila organisasi perdagangan dunia memberi tekanan kepada negara untuk membuka pasaran kewangan mereka kepada bank asing. Pada bulan Ogos 1999, penggabungan 6 bank utama di Malaysia bermula. Bank utama ialah Malayan Banking Bhd, Bank of Commerce (M) Bhd / Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Public Bank Bhd, Southern Bank Bhd, Perwira Affin Bank Bhd dan Multi-Purpose Bank Berhad. Pada bulan Oktober 1999 Semua 58 institusi perbankan domestik, bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan telah menandatangani satu memorandum persefahaman berkenaan dengan program penggabungan. Beberapa bulan kemudian, BNM memansuhkan pelan tindakan tersebut dan membenarkan bank untuk memilih rakan-rakan mereka sendiri dalam penggabungan dijangka selesai pada Disember 2000.

Tan Sri Ali Abul bersara sebagai Gabenor BNM pada 1 Mei 2000.




7. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.(2000-2016)
Merupakan gabenor Wanita pertama Bank Negara Malaysia sehingga sekarang. Anak perempuan kepada Prof. Diraja Ungku Aziz seorang tokoh ilmuan Malaysia. Sepanjang pembabitan beliau dalam bank negara pelbagai kontroversi yang melanda. Terbabit akan beberapa skandal 1MDB. Beliau seumpama tiada sebarang kuasa dalam menentukan segala urusniaga berkait 1MDB. Pernah mempersoalkan urusniaga 1MDB dan menyebabkan beliau kurang aktif untuk suatu jangka masa. Sehingga April 2016 beliau bersara dari Bank Negara Malaysia sebagai Gabenor BNM.




8. Datuk Muhammad Ibrahim (2016-Sekarang)


Beliau telah berkhidmat dengan Bank Negara dari tahun 1984. Dilantik menjadi timbalan gabenor BNM pada Jun 2010. Pelbagai ceruk tugasan yang dilakukan beliau selama berkhidmat dengan BNM, termasuklah, central bank, banking, insurance, payment systems dan finacial markets. 

Beliau juga menduduki kerusi ahli jawatankuasa Bank's Monetary Policy dan jawatankuasa Financial Stability. Beliau memiliki degree of accounting dari Universiti Malaya juga ahli kepada Malaysian Institute of Accountant. Turut memiliki master dari harvard dan UIA.



Mereka inilah juga golongan bertanggungjawab menyelaras bagaimana perjalanan wang imaginary dan wang kertas Malaysia.

Anda fikir anda tahu Senarai Nama Gabenor Bank Negara Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...