Boat Noodles Soup Restaurant Halal Gamuda Walk Kota Kemuning

Nasi merupakan makanan ruji masyarakat asia dan Malaysia khususnya. Apabila makan nasi yang berbentuk bijirin sudah menjadi terlalu mainstream, maka beras iaitu asal usul nasi telah di 'indie'kan ke arah rambut bob marley iaitu menjadi mi. 

Apabila berbicara mengenai masakan thailand, unsur pedas menyengat dan kari berapi mula terbayang di minda setiap pencinta makanan. Variasi makanan thailand yang sudah lama menjajah semenanjung Malaysia bukan sahaja menarik minat para pencinta rasa, namun pencinta instagram dan foodporn mungkin akan lembik lutut jadinya.

Akhir-akhir ini kehadiran kedai makan dan restoren berasaskan mi mula menjajah setiap ceruk Malaysia. Diambil dari perkataan 'Mi' itu sendiri dalam bahasa kantonis yang bermaksud beras, mi sudah popular bagi masyarakat cina. 

Kini bukan sahaja bangsa cina yang mampu senamankan mulut mereka dengan masakan mi. Dengan kehadiran restoren seperti Mohd Chan Restaurant, Mee Tarik Warisan Asli masyarakat berbilang kaum di Malaysia mampu duduk sama rendah dengan bangsa cina dalam menghirup kuah bersama aneka menu berasaskan mi meskipun masih kekok menggunakan 'chopstick' ataupun penyepit makanan.


Penjajahan menu berasaskan mi bukan sahaja menjadi sumber rezeki pengusaha restoren cina muslim namun pengusaha Thai muslim juga sudah mula memperkenalkan tradisi mi mereka yang berasaskan beras.

Boat Noodle Restaurant

Sebuah nama yang kian popular meniti titan bibir penggemar mi dan makanan thai. Jika sebelum ini maggie tom yam adalah sumber membasahkan pipi dengan peluh, kini masyarakat Malaysia boleh membasahkan keringat mereka dengan mencuba menu dari Boat Noodles yang amat popular di Thailand yang telah ditubuhkan pada tahun 1942.



Nama boat noodles diambil dari penyediaan hidangan berasaskan mi yang dijual di atas bot disekitar terusan Bangkok, Thailand. Kini anda tidak perlu menaiki bot seperti program river monsters untuk mencuba mi dari zaman perang ini.

Halal atau Tidak Halal


Hidangan boat noodles pernah menjadi kontroversi dan isu apabila terdapat khabar angin mengatakan boat noodles tidak halal. Maka demi mencari kepastian, salah satu restoren boat noodles yang baru dibuka di Gamuda Walk, Kota Kemuning telah diterjah untuk melihat dengan mata kepala sendiri. 


Sijil Halal

Daripada pengesahan itu, agak sukar jika mereka menipu dengan sijil halal jakim lagipun premis ini berada di dalam mall. Jika mereka menciplak sijil berkenaan smestinya mereka telah membuka premis di tempat tersorok. Oleh hal yang demikian, dengan berbekalkan bukti memiliki sijil halal dari jakim maka mari kita mencuba mi beras di sini.

Lokasi Di Kota Kemuning

Berada pada aras L2-00 (aras atas sekali Gamuda Walk).



Konsep Makan Sedikit

Berkonsepkan. Anda masuk.Anda akan ditegur menggunakan istilah Sawadikrap (biasanya penulis membalas dengan sawah tiada ikan kakap. Cari meja yang dingini. Duduk. Cari borang makanan dan pensel yang disediakan di atas meja. Isikan tempat kosong dengan menggunakan sekeping menu yang terdapat di atas meja. Selesai isi borang maka beri kepada waiter/waitress terlibat yang mundar-mandir.Tunggu sehingga makanan sampai.

Hidangan Dalam Mangkuk Kecil

Seperti kebiasaan mi akan dicelup dengan kuah yang berperisa. Namun, mangkuknya bukanlah besar sangat, maka anda digalakkan memesan hidangan mi lebih dari 2 mangkuk, kerana setiap satu mangkuk RM 1.90 bagi mi biasa. Maka paling kurang 3 mangkuk sudah mencukupi jika tangki perut anda bersaiz M.





Kepedasan dan variasi rasa amat istimewa. Memang betul-betul datang dari Thai, amat berbeza dengan restoren mi cina muslim yang ada. Jika diukur kegarangan kuahnya, kuah boat noodle adalah UAE manakala mi cina muslim adalah Malaysia ketika dibelasah 10-0.

anda fikir anda tahu Boat Noodle Halal Gamuda Walk Kota Kemuning ?

anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Catat Ulasan

0 Ulasan