Air Mengalir Di Marikh Sumber Pembentukan Oksigen dan Atmosfera Marikh


"Air Di Marikh"

Beberapa minggu sebelum ini pihak National Aeronautic and Space Administration (NASA) telah bermain-main dengan pengkaji dan peminat astronomi yang akan membuat sebaran rasmi penemuan yang penting tentang kajian di Marikh.




Mungkin ada yang mengaitkan mengenai penemuan flight navgation oleh pihak decepticon dalam mengambilalih bumi menjadi cybertron, mungkin juga terdapat rumor yang mengatakan ultraman sudah lama menetap di marikh sebelum robot curiousity NASA merayau-rayau di Marikh. Kajian betul-betul dari Marikh bukan tapak bauksit di Kuantan. 



Penemuan terbaru oleh NASA Mars Reconnaissance Orbiter (MRO) telah disiarkan secara rasmi dalam NASATV Channel pada 28 September 2015 tepat jam 1130 waktu Amerika atau 2330 waktu Malaysia. MRO telah menghantar isyarat dan gambar terperinci tentang wujudnya sumber air di Marikh. 

Kewujudan Air Di Marikh

Dengan menggunakan 'Imaging spectrometer' dari MRO, para pengkaji telah mengesan tanda-tanda kewujudan 'hydrated mineral', iaitu batuan mengandungi sebatian H20. Batuan tersebut ditemui dilereng sebuah lereng bukit yang misteri pada planet Marikh. 

Apa yang menariknya terdapat pergerakan pada batuan tersebut sehingga sekarang. Ketika permukaan tersebut menghadap matahari batuan akan mengalir menuruni lereng dan akan membeku semula apabila membelakangi matahari. MRO telah mengesan terdapat lebih dari satu kawasan yang mempunyai kehadiran 'hydrated mineral' tersebut. Menurut pengkaji NASA mineral yang berupa batuan garam itu akan wujud apabila suhu persekitaran berada di atas 23 darjah celsius dan menghilangkan keadaan yang diklasifikasikan sebagai sumber air apabila suhu sejuk.

Pembentukan Oksigen Di Marikh

Air merupakan suatu ciptaan Allah yang biasa namun kompleks. Setiap kehidupan dan kitaran ekosistem dibumi memang dimanipulasi oleh air. Kewujudan sumber air di Marikh merupakan suatu sinar baru bagi kita melarikan diri dari GST dan kerajaan Malaysia dan dunia yang sedang bergolak, iaitu pindah ke sana. Pihak NASA ada merencanakan untuk membentuk sistem atmosfera di Marikh sebagaimana di bumi dengan menggunakan bakteria baik atau jahat serta alga sebagai sumber oksigen di Marikh. 



Martial Soil iaitu sebatian halus seumpama tanah di Marikh akan dijanakan oleh bakteria atau alga bagi membebaskan sebatian oksigen ke persekitaran Marikh. Dengan kewujudan sumber air tidak mustahil bahawa oksigen dapat di bentuk (Allah yang mencipta). Bakteria atau alga akan diletakkan bersama di dalam 'martial soil' dengan kehadiran air dari 'hydrated mineral' pembentukan gas oksigen tidak mustahil berlaku apabila berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida.

Pembentukan Atmosfera Marikh Seperti Di Bumi

Telah terdapat beberapa perancangan misi untuk membentuk atmosfera marikh seperti di bumi kerana kondisi atmosfera yang sedia ada di marikh tidak sangat berbeza dengan yang terdapat di bumi. Namun dengan kehadiran sumber air dari Marikh sendiri mampu membantu untuk membentuk klon atmosfera bumi di marikh. Nitrogen, oksigen, dan karbon dioksida merupakan persamaan gas-gas yang hadir di dalam kedua-dua atmosfera cuma atmosfera bumi sudah kompleks berbanding dengan atmosfera marikh yang nipis dan tidak sesuai bagi mereka yang ingin berjemur di Marikh meskipun telah menemui air masin seumpama air laut di bumi. 

Dengan kehadiran air maka ia mampu mempercepatkan proses membentuk atmosfera marikh dengan lebih baik dan cepat berbanding dikhabarkan bahawa ribuan tahun lagi marikh mampu menjadi kawasan inapan manusia jika proses 'rumah hijau' dimulakan bagi membentuk atmosfera marikh untuk hidupan.




Anda fikir anda tahu Air Mengalir Di Marikh Sumber Pembentukan Oksigen dan Atmosfera Marikh ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Catat Ulasan

0 Ulasan