Pembenihan Awan Kurangkan Jerebu dan Hapuskan Kemarau

Jerebu yang semakin menutup ruang udara asia tenggara hasil dari pembakaran terbuka oleh peladang yang tidak bertamadun dari Indonesia telah memudaratkan sebahagian asia tenggara. 

Bukan sahaja masalah kesihatan yang timbul tetapi masalah lain seumpama kegagalan pesawat untuk mendarat di lapangan terbang dan keadaan sosioekonomi juga terkesan. Salah satu cara untuk mengubati keadaan udara yang kian tenat sehingga mencapai IPU bahaya perlu diubati dengan menggunakan kaedah 'pembenihan awan' atau 'memaksa hujan turun bagi melarutkan debu dan asap jerebu'. 

Syarat Bila Pembenihan Awan Sesuai Dilakukan

(a) Keadaan atmosfera yang tidak stabil (angin yang lemah di paras atmosfera rendah antara 5,000 kaki dan 15,000 kaki serta berlakunya daya tujahan angin secara menegak) adalah merupakan faktor utama bagi menjamin kejayaan operasi pembenihan awan
(b) Perlu dilakukan pada awan yang sesuai, biasanya awan jenis Towering Cumulus
(c) Udara yang lembab – kandungan wap air yang tinggi

Air Mengalir Di Marikh Sumber Pembentukan Oksigen dan Atmosfera Marikh

Beberapa minggu sebelum ini pihak National Aeronautic and Space Administration (NASA) telah bermain-main dengan pengkaji dan peminat astronomi yang akan membuat sebaran rasmi penemuan yang penting tentang kajian di Marikh.

Mungkin ada yang mengaitkan mengenai penemuan flight navgation oleh pihak decepticon dalam mengambilalih bumi menjadi cybertron, mungkin juga terdapat rumor yang mengatakan ultraman sudah lama menetap di marikh sebelum robot curiousity NASA merayau-rayau di Marikh. Kajian betul-betul dari Marikh bukan tapak bauksit di Kuantan. 

Penemuan terbaru oleh NASA Mars Reconnaissance Orbiter (MRO) telah disiarkan secara rasmi dalam NASATV Channel pada 28 September 2015 tepat jam 1130 waktu Amerika atau 2330 waktu Malaysia. MRO telah menghantar isyarat dan gambar terperinci tentang wujudnya sumber air di Marikh. 



Senarai Nama Gabenor Bank Negara Malaysia

Artikel ini amat bersesuaian bagi mereka yan mengumpul serta menjual duit-duit berusia dan otai. Kebanyakkan harga kertas bercorak yang dipanggil wang kertas biasanya diklasifikasikan dari segi zaman pengeluarannya serta beberapa ciri yang terdapat pada wang kertas tersebut.

Perkara utama bagi para pengumpul dan penjual duit/wang lama adalah tahun wang tersebut dicetak selain nombor siri, tanda tangan dari gabenor pada zaman-zaman tertentu menjadi petunjuk.

1. Tan Sri William Howard Wilcock (1959-1962)
Mungkin ramai yang tidak tahu Gabenor pertama BNM adalah orang Australia, Tan Sri William Howard Wilcock (WH Wilcock). Pada tahun 1958, WH Wilcock datang ke Malaya sebagai penasihat perbankan kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau pada ketika itu adalah Penolong Gabenor Bank Komanwel Australia (Bank Pusat Australia).
Pada 26 Januari 1959, Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Rahman telah melantik beliau sebagai Gabenor pertama dan Pengerusi Lembaga Bank Pusat Malaya atau lebih dikenali sebagai "Bank Negara Tanah Melayu" untuk tempoh 2 tahun. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya menyambung kontrak beliau selama 6 bulan sebelum beliau bersara pada 25 Julai 1962.



Hukum dan Larangan Dalam Ibadah Korban (Qurban)



1. Qurban Sunat : 
Bagi daging korban sunat, adalah SUNAT bagi orang yang itu hanya mengambil sedikit daripada daging korban berkenaan manakala sebahagian besar daripadanya disedekahkan. Daging yang disedekahkan akan menjadi milik penerima sepenuhnya di mana dia boleh menjual, melelong atau menghadiahkan daging tersebut kepada orang lain dan sebagainya.




2. Qurban Wajib dan Qurban Nazar : 
Bagi daging korban kerana sembelihan wajib seperti nazar maka hukumnya Wajib disedekahkan kesemuanya. HARAM ke atas orang yang berkorban itu memakan daging tersebut. Jika telah dimakan daging itu maka Wajib diganti kadar yang dimakan itu tetapi tidak wajib dia menyembelih semula yang lain.

3. HARAM 
menyedekah atau menghadiahkan daging korban kepada orang kafir walaupun sedikit. 

4. HARAM
 ke atas orang yang melaksanakan korban atau warisnya menjual daging korban itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada binatang korban itu. HARAM juga menjadikan kulit dan daging binatang korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah atau hadiah.

Cara Membuat Mercun Roket Spark Plug Aplikasi Shuttle Space NASA



AMARAN: penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda menginap di hospital mahupun di tanah perkuburan.Ini hanya sekadar bacaan semata-mata.


Dah dua hari aku duk kat kampung tercinta setelah betapa peritnya mencari onde-onde serta akok kedut di negeri 'beijing',malaysia a.k.a ipoh.

Keadaan kampung aku sekarang sudah tak semeriah masa aku kecil-kecil dulu,bila semua dah berjanggut dan sudah dewasa masing-masing invisible.Ada yang dah bekerja ada yang dah berkahwin,boleh dikatakan aku sorang je teruna yang belum kawen kat kampung ni haha.

Mercun Spark Plug
  Semalam sambil termenung nun jauh di sebelah 327 degree dari arah utara anjung rumah aku,aku melihat jalan tar yang sunyi sepi,jika masa aku sekolah menengah dulu kena pula pada waktu ramadan macam sekarang,jalan tar itu memang sibuk,bukan dengan kereta mahupun motor tetapi aku dan kawan-kawan bermain roket.

Jangan Bunuh Ular yang Masuk ke Dalam Rumah

Di zaman berteknologi tinggi dan menuju wawasan 2020 katanya. Kepesatan tumbuhnya rumah mampu lihat kian bertambah. Maka setiap ceruk kawasan tidak kira pinggir mahupun dalam bandar pelbagai jenis rumah didirikan.

Sedang enak pemaju membuang hutan dan belukar kita tidak sedar bahawa kita telah menghalau haiwan yang pernah menetap disitu. Habitat mereka terancam.Makhluk Allah seperti ular, jengking, semut, lipan, dan pelbagai makhluk yang pernah tinggal di dalam semak belukar.



Secara statistiknya ular merupakan haiwan yang acap kali akan memasuki rumah seseorang. Hadir dalam bentuk dan penampilan yang berbeza. Kita telah dilarang oleh Rasulullah s.a.w untuk terus 'shoot on sight' terhadap ular yang , masuk, termasuk dan dimasukkan ke dalam rumah kita sebagaimana sabda baginda

Sesungguhnya kota Madinah ini dihuni oleh jin-jin yang telah masuk Islam. Jika kalian melihat ular, maka usirlah selama tiga hari. Jika masih terlihat setelah itu, maka bunuhlah karena ia adalah syaitan.” (HR. Muslim ; 2236).

Cara Menegur Imam Dalam solat

Suasana solat jumaat sebentar tadi di Masjid Negara berlaku sedikit kekecohan apabila seorang lelaki dipercayai berbangsa arab telah bertindak menampar imam ke-2 masjid tersebut ketika sedang mengimamkan solat Jumaat.




Kejadian berkenaan berlaku ketika di solat Jumaat baru di rakaat pertama, menurut saksi ketika imam berkenaan baru sahaja selesai membaca Al Fatihah tiba-tiba datang seorang lelaki berketurunan Arab terus menampar imam tersebut.

Boat Noodles Soup Restaurant Halal Gamuda Walk Kota Kemuning

Nasi merupakan makanan ruji masyarakat asia dan Malaysia khususnya. Apabila makan nasi yang berbentuk bijirin sudah menjadi terlalu mainstream, maka beras iaitu asal usul nasi telah di 'indie'kan ke arah rambut bob marley iaitu menjadi mi. 

Apabila berbicara mengenai masakan thailand, unsur pedas menyengat dan kari berapi mula terbayang di minda setiap pencinta makanan. Variasi makanan thailand yang sudah lama menjajah semenanjung Malaysia bukan sahaja menarik minat para pencinta rasa, namun pencinta instagram dan foodporn mungkin akan lembik lutut jadinya.

Akhir-akhir ini kehadiran kedai makan dan restoren berasaskan mi mula menjajah setiap ceruk Malaysia. Diambil dari perkataan 'Mi' itu sendiri dalam bahasa kantonis yang bermaksud beras, mi sudah popular bagi masyarakat cina. 

Kini bukan sahaja bangsa cina yang mampu senamankan mulut mereka dengan masakan mi. Dengan kehadiran restoren seperti Mohd Chan Restaurant, Mee Tarik Warisan Asli masyarakat berbilang kaum di Malaysia mampu duduk sama rendah dengan bangsa cina dalam menghirup kuah bersama aneka menu berasaskan mi meskipun masih kekok menggunakan 'chopstick' ataupun penyepit makanan.

Meratap dan Merintih di Wall Facebook Seperti Orang Yahudi Meratap di Tembok Ratapan Israel

Apa itu "Tembok Ratapan" ?
Tembok ini dulunya dikenal hanya sebagai Tembok Barat, tetapi kini disebut "Tembok Ratapan" karena di situ orang Yahudi berdoa dan meratapi dosa-dosa mereka dengan penuh penyesalan. Selain mengucapkan doa-doa mereka, orang Yahudi juga meletakkan doa mereka yang ditulis pada sepotong kertas yang disisipkan pada celah-celah dinding itu.

Dinding ini dibagi dua dengan sebuah pagar pemisah (mechitza) untuk memisahkan laki-laki dan perempuan. Orang Yahudi Ortodoks percaya bahwa mereka tidak boleh berdoa bersama-sama dengan kaum perempuan.

Dimanakah Tembok Ratapan Ini Berada ?
Tembok Ratapan adalah tempat yang penting dan dianggap suci oleh orang Yahudi maupun Muslim. Ini adalah sisa dinding Bait Suci di Yerusalem yang dibangun oleh Raja Salomo (Sulaiman), putra Daud. Bait Suci itu hancur ketika Israel diserbu tentara Romawi pada tahun 70 Masehi.

Kenapa Orang Yahudi ?
Orang Yahudi percaya bahwa tembok ini tidak ikut hancur sebab di situlah berdiam "Shekhinah" (kehadiran ilahi). Jadi, berdoa di situ sama artinya dengan berdoa kepada Tuhan.

Apa itu Facebook ?
Sebuah laman sosial bewarna biru air laut dan langit serta font yang menyusahkan untuk orang membezakan antara "click" nampak macam "dick".

Organisasi Akatsuki Afkar dan Ajaran Sesat Tarekat Naqsyabandiyah Indonesia

Organisasi Akatsuki Afkar pernah digembar-gemburkan sebagai sebuah ajaran sesat dibawah Tarekat Naqsyabandiah dari Indonesia. Bagi peminat anime naruto, ungkapan Akatsuki bukanlah suatu yang asing. 



Apa Itu Akatsuki ?
Akatsuki bermaksud fajar dalam bahasa Jepun. Akatsuki merupakan satu organisasi yang terdiri dari 'rogue ninja' dari pelbagai kampung dalam anime naruto. Akatsuki dianggotai oleh ninja yang melarikan diri dari kampung masing-masing untuk bergabung bagi merealisasikan untuk membina sebuah dunia baru selaras dengan nama fajar iaitu permulaan suatu hari. 

31 Dalil Kegagalan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)


1. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Sukan Olimpik. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 35 tahun yang lepas.

2. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Piala Asia secara merit. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit ialah pada 35 tahun yang lepas.

3. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia hanya menyertai pusingan akhir Piala Asia sekali sahaja iaitu pada tahun 2007. Itupun kerana Malaysia ialah tuan rumah bersama.

4. FAM membenarkan penganjuran Jelajah Asia Manchester United ketika Piala Asia 2007 sedang berlangsung, sehingga mengundang kecaman FIFA.

5. Pada Piala Asia 2007, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 12 kali, sekaligus menduduki tempat tercorot kumpulan.

6. Pada tahun 2012 ketika Kelayakan Piala Asia B-22, terdapat bukti bahawa Myanmar telah menewaskan Malaysia dengan menurunkan pemain lebih umur, namun Setiausaha Agung FAM ketika itu hanya menjawab “saya tidak dimaklumkan”.



7. Kini di Kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 17 kali, sekaligus menduduki terperosok di dasar kumpulan kelayakan di belakang Timor-Leste.

Ultras Malaya Bakar dan Baling Flare Dalam Stadium Shah Alam, Siapa Kepala Bana Sebenar ?


"FAM Bangsat"

"Ultras sudah mula menggelepar mahukan jawatankuasa baru"
"Pakcik-pakcik FAM masih menyimpan harapan yang mereka masih relevan"

Maka mulalah terbit bibit-bibit cinta yang sekian lama dipendam meskipun ultras yakni adik-adik baru saja wujud bermula 2007 masihi. Dalam 30 tahun lebih pakcik-pakcik FAM sudah bertapak memegang tampuk pentadbiran menjaga dan menyelaras hal perihal bolasepak Malaysia yang juga bapa kepada pasukan Harimau Malaya.


Ultras Malaya Bakar Flare | Google Image
Percintaan antara adik-adik dan pakcik-pakcik ini bukannya kisah baru seperti twilight yang baru menghuni tangga carta cerita seram gay malah sebelum ultras ditubuhkan terdapat pelbagai reaksi dari penyokong yang masih teguh berdiri menongkah arus perjalanan bolasepak Malaysia meskipun disogok dengan liga-liga dari eropah.

Kenapa Membaca Al-Fatihah Dalam Solat Zuhur dan Asar Perlahan Tetapi Maghrib Isyak Subuh Kuat ?


Sunat bagi Imam menyaringkan suaranya pada membaca Al-Fatihah dan surah pada dua rakaat subuh dan dua rakaat pertama pada sembahyang maghrib dan isyak dan demikian lagi sunat akan demikian kuat bagi orang yang sembahyang sendirian.

"Jadi sebagaimana hok (yang) kita maklum, kalu sembahyang maghrib, isyak dengan (dan) subuh, dua rakaat pertama baca kuat. Dua rakaat atau satu rakaat lepas tu, lepas tahiyat awal baca koho (perlahan).
yang kita tahu sokmo (selalu) dah, sembahyang zohor dengan asar, semua rakaat baca koho (perlahan), baca 'slow'. 

Jadi sebab apa koho, gi (pergi, perlakuan tanya) baca kuat ? ramai orang tanya..

Jawapan yang paling tepat sekali, SUNNAH NABI s.a.w."
-Ustaz Azhar Idrus

Bagaimana Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jerebu Ditentukan


Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan istilah sinonim bagi rakyat Malaysia. Saban tahun kebaikkan peneroka dari Indonesia amat bermurah hati. Mereka bukan sahaja memperkenalkan istilah IPU, tetapi mereka bermurah hati memeberikan 'side income' kepada para doktor, penjual ubat lelah, tidak lupa mereka yang menjual topeng muka.

Bisnes import tanpa eksport ini sudah berlangsung bertahun-tahun. Kebaikan Indonesia dalam menyumbangkan keadaan udara yang tidak sihat telah disambut baik oleh kerajaan malaysia melalui pemaju perumahan dengan menggunakan khidmat warga mereka dalam sektor pembinaan. Kesan ketara akan senang dilihat bagi mereka yang tinggal di sekitar perairan pantai barat semenanjung Malaysia.



Oleh kerana jerebu sudah sebati dengan rakyat Malaysia bukan hanya sebatinya gas monoksida di dalam bronkiol paru-paru tetapi pemerhatian terhadap betapa bahaya jerebu yang disumbangkan rakan baik kita, Indonesia.Kini anda boleh membuat observasi secara pancaindera dengan menggunakan beberapa pancaindera yang diberi Tuhan.


Rekod Bolos Terbanyak dan Terburuk Harimau Malaya Sepanjang Zaman


Bertemu United Arab Emirates (UAE) merupakan suatu rekod terburuk sejak penubuhan Harimau Malaya (National Malaysia Football Team) tahun 1963 setelah beberapa bulan wujudnya Malaysia.

Menjadikan South Korea sebagai seteru pertama antarabangsa pada 13 April 1953 dan kemanangan bergaya menundukkan Filipina 15 gol berbalas 1 pada 27 Ogos 1962.

Mari kita ikuti drama dan rekod buruk bolos Harimau Malaysia sepanjang hidupnya bersama FAM.


Rekod Kekalahan Jaringan Besar Defisit 4 gol ke atas :

Perbandingan Anggaran Harga Rumah Mampu Milik Dengan Gaji Bersih dan Bayaran Bulanan

Pemilikan rumah sudah menjadi kemestian bagi mereka yang bergelar manusia. Tempat berlindung dari cuaca serta tempat aktiviti berkemadirian spesis.
Pemilikan rumah adalah salah satu keperluan asas bagi manusia. Tidak kira di banglo gred A mahupun hanya di dalam kotak peralatan elektrik. Namun, kerana ia adalah keperluan, maka permintaannya tinggi sudah smestinya harga juga melambung

Tidak seperti kenderaan seperti motosikal dan kereta, rumah harganya akan terus melonjak naik seumpama barang antik, semakin lama kewujudannya semakin mahal harganya.

Oleh itu, pemilikan rumah memerlukan proses 'rebut dan menang' di mana yang berkemampuan boleh menginap di dalam banglo gred A dan yang kurang berkemampuan boleh mendiami kotak-kotak di tepi jalan.

Di zaman kejatuhan ringgit, ramai bumiputera akan mula menjadikan kotak sebagai tempat berlindung, kejatuhan nilai ringgit, menguntungkan warga luar yang mampu memiliki 'property' di negara ini dengan murah meskipun terdapat syarat tertentu.Sedangkan rakyat sendiri menumpang di negara sendiri.

Sebagai rujukan terdapat beberapa had bagi membuat pinjaman dengan bank bagi memiliki kediaman sendiri, tidak termasuk bayaran guaman atau beberapa dokumen lain.

Bagaimana Wang Kertas Di Buat Serta Peranan Emas dan Perak Sebagai Mata Wang


Di zaman kejatuhan nilai ringgit ini cuba kita hayati bagaimana semua ini bermula. Paling mudah, bagaimana sistem duit bermula setelah terkuburnya sistem barter (tukar barang) dahulu kala.

Greece merupakan negara pertama yang mengalami kegawatan ekonomi yang melampau sehingga mereka diiktiraf sebagai bankrap secara rasmi. Mengapa pihak Greece tidak cetak sahaja wang bagi menambah bilangan duit mereka supaya boleh membayar hutang negara ?

apakah plate cetak wang Greece sudah berkarat dan tidak boleh di guna.

Memang mudah jika perkara sebegitu berlaku iaitu mencetak wang dengan mengkhinzir buta bilangannya. Wang merupakan 'orang tengah' di antara keperluan dan barangan. Inflasi akan terjadi di mana duit atau wang sudah tidak lagi berguna apabila banyaknya seperti dedaunan yang luruh di musim luruh.

Mengapa ramai yang masih kekurangan wang ?
Mengapa ramai masih sukar menjaga wang ?
Mengapa ramai masih berhutang ?

Kan mudah jika cetak sahaja wang dengan plate pencetak baru negara akan banyak wang.

Mari kita ikuti kisah Wunan membuka penempatan baru dan ingin mewujudkan sistem ekonomi berasaskan wang.



Bagaimana Sistem Wang dan Percetakkannya Bermula ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...