Perbandingan Specs Suzuki Belang R150, Yamaha LC150FI dan Yamaha FZ150I


"Perbandingan"


Dari motogp hingga di atas tar jalan biasa, persaingan antara pengeluar motosikal tidak pernah reda. Apabila satu pengeluar mengeluarkan model dan varian motosikal tertentu maka yang lain akan mengeluarkan model hampir sama dengan perbezaan varian.

Artikel ini akan memberi perbandingan antara tiga motosikal berkapasiti Cubic Centimetre (CC) yang sama 150CC antara Suzuki Belang R150, Yamaha LC 150 FI (Y15ZR) dan Yamaha FZ150I.


Gambar: google search


1.Kuasa Enjin :


Suzuki Belang : 12.65kW @ 9500 rpm , Bore x Stroke : 62.0 x 48.8mm
Yamaha Y15ZR  : 11.3kW  @ 8500 rpm , Bore x Stroke : 57.0 x 58.7mm
Yamaha FZ150I : 11.10kW @ 8500 rpm , Bore x Stroke : 57.0 x 58.7mm

Mengikut pada perbezaan kuasa, belang menewaskan pencabar lain kerana luas lubang dan lejangnya. 
Belang memiliki kuasa yang lebih sebagai contoh mampu menaiki bukit bercerunan menggunakan gear paling tinggi dengan cepat berbanding pencabarnya.
Terdapat suatu ayat dari mat saleh berbunyi "If you have a big horsepower, faster you can reach the finish line".

2.Torque :

Suzuki Belang : 12.76Nm @ 8500 rpm 
Yamaha Y15ZR  : 13.80Nm @ 7000 rpm 
Yamaha FZ150I : 14.50Nm @ 7500 rpm 

Torque apa yang pernah dipelajari dahulu dalam subjek thermodynamic, bermaksud kebolehan sesuatu objek (motosikal) untuk bergerak, daya yang diperlukan untuk sampai ke sesuatu tahap benda tersebut bergerak.
Sebagaimana ayat inggeris "If you have a big torque value, you're slower to the finish line".
Bermaksud semakin besar nilai torque, maka banyak daya yang diperlukan (dalam Nm) untuk menggerakkan motosikal tersebut pada suatu rpm. Torque memang berkait dengan rpm, dimana apabila torque maksimun dicapai pada rpm rendah maka
lebih efisien sistem enjinnya.

3. Berat (jisim x graviti bumi) :

Suzuki Belang : 108 kg 
Yamaha Y15ZR  : 116 kg
Yamaha FZ150I : 114 kg

Berat juga memainkan peranan sesebuah jentera. Semakin berat sesebuah jentera memerlukan kuasa kuda yang tinggi dan torque yang besar untuk menggerakkannya pada suatu rpm dan sesuatu jarak yang telah dimalarkan 'variable'nya.

4. Susunan Camshaft (DOHC vs SOHC) :

Suzuki Belang : DOHC 
Yamaha Y15ZR  : SOHC
Yamaha FZ150I : SOHC

Pada artike: Kenali Perbezaan Single Overhead Cam (SOHC) dan Double Overhead Cam (DOHC), ada menerangkan perbezaan antara SOHC dan DOHC. 
Secara kasarnya, DOHC menggunakan bahan api yang banyak maka pergerakkan piston di dalam enjin lebih berkuasa dan efisien. Meskipun Y15ZR menggunakan SOHC yang kurang kadar kemasukan dan pembuangan dalam enjin jentera ini menggunakan 'fuel injection system' untuk mengimbangi kelebihan belang yang menggunakan karbretor sebagai injap inlet.

5. Sistem percikan Bahan Api :

Suzuki Belang : Carburator Mikuni 
Yamaha Y15ZR  : Fuel Injection
Yamaha FZ150I : Fuel Injection

Secara mudahnya, carburator sistem manual dan electric fuel injection adalah penambahbaikannya iaitu secara automatik. FI, mencampurkan bahan api dan udara secara automatik mengikut kehendak sesebuah enjin jentera itu, namun carburator akan mencampurkan bahan api dan udara dengan campuran yang tidak sama setiap masa mungkin ada ketikanya pembaziran bahan api berlaku.

Senang cerita fuel injection tiada semput dan tidak memerlukan 'choke' seperti carburator.

Kepelbagaian bio dan ekosistem jentera 150cc dengan pelbagai specs yang berbeza seumpama eksperimen pengeluar mencari model yang menepati kehendak peminat moped dan underbone tempatan. Ingat, perbandingan di atas merupakan perbandingan standard, motor kilang, tidak tertakluk kepada modifikasi tambahan seperti penukaran sprocket, CDI dan juga bakul motor.

Semua ini perbandingan di atas 'sheet' (kertas). Pelbagai faktor yang membezakan ketiga-tiga model ini. Berat penunggang, setting sprocket, permukaan jalan, dan cara tunggangan menjadi faktor jika ingin membandingkan 'kesedapan' model-model ini di jalan raya.

Laju-laju nak ke mana ? Ke bawah tayar treler ? Bak kata Syahrul Yuzy #RaceKatTrack

Anda fikir anda tahu Perbandingan Specs Suzuki Belang R150, Yamaha LC150FI dan Yamaha FZ150I ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

10 ada idea nak komen:

Catat Ulasan

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...