Panduan Menjadi Seorang #Planespotter di Malaysia


Di zaman berteknologi tinggi dan bermultimedia super corridor ini, untuk memiliki sebuah kamera bukannya susah. 
Pic Courtesy of Instagram @c4d3t
Jika kita kembali ke zaman paleolitik, mesolitik, mahupun neolitik, paling dekatnya zaman 90-an. Pada zaman-zaman tersebut sesiapa yang memiliki kamera merupakan pekerja stesen television atau seorang astornaut.

Namun kini dengan kebangkitan teknologi di mana jika dahulu untuk menjadi seorang photographer adalah seorang yang mempunyai ayah berpangkah Tan Sri
tapi kini anak petani moden juga boleh menjadikan photographing sebagai hobi di mana dahulu photographing adalah satu pekerjaan.

Pelbagai skop dalam fotografi. Dari seorang 'nature photographer' hinggalah 'wedding photographer. Namun di Malaysia, istilah #Planespotter atau 'Aircraft Photographer'.
Beberapa kelengkapan yang perlu ada ketika ingin menjalankan aktiviti ini yang sememangnya sudah popular di luar negara namun masih seperti 'cikedis' di Malaysia.

1. Kamera
Barang wajib lagi mewajibkan ada. Jika benda pertama ini tiada maka tiadalah lagi harapan anda menjadi seorang planespotter. Tidak perlu DSLR Canon mahupun Nikon yang mahal-mahal.
handphone yang mempunyai kamera sudah cukup. Tetapi apa yang membezakannya nanti adalah kualiti dan kuantiti gambarnya nanti.


2. Pengenalan Diri
Menjadi keutamaan juga dalam planespotting. Berada disekitar lapangan terbang (tak kira dicelah pagar airport) tanpa sebarang pengenalan diri mampu menjadikan anda seorang pendatang asing sementara tambah-tambah jika anda sudah berjemur di tengah terik mentari tropika khatulistiwa.Berguna apabila ada kecemasan.

3. Bekalan Makanan/Minuman
Majoriti lapangan terbang di Malaysia terdedah kepada sumber tenaga suria yang maksima dari matahari. Bagi mengelakkan sebarang iklan 100 plus dimana anda akan terhidrat dek kepanasan, sumber air dan tenaga mampu memberi keceriaan di hati anda nanti.

4. Topi/Payung atau Tempat Berteduh
Menjadi planespotter di kawasan khatulistiwa yang panas sepanjang tahun mampu mendedahkan kulit anda kepada cahaya dan haba yang maksima di siang hari. Dari dikesan oleh pihak berkuasa sebagai pendatang tanpa izin sepatutnya anda menyediakan sesuatu yang boleh meneduhkan diri anda.

5. Media Sosial
Paling biasa pun Facebook. Paling luar biasa sikit ada akaun planespotters.net dan jetphotos.net.Namun, instagram merupakan platform paling laris bagi seorang planespotter memperlihatkan hasil karya mereka setelah berhempas pulas mengejar pesawat-pesawat.


anda fikir anda tahu Panduan Menjadi Seorang #Planespotter di Malaysia ?

anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Catat Ulasan

0 Ulasan