Header Ads

Misteri Logo Malaysia Airlines Dalam Mission Impossible dan Transformers Dengan MH370 dan MH17


"illuminati Malaysia Airlines"

Bila bercakap dan berimaginasi tentang Illuminati, new world order maka akan keluar beberapa teori konspirasi yang luar pada kota dan pelbagai definisi dari pelbagai sumber. Illuminati banyak tertumpu kepada suatu pertubuhan dalam mewujudkan suatu 'world order' yang baru. Usah fikirkan sangat tentang hal ini, sebagai umat islam yang bertamadun kita semestinya perlu percaya akan munculnya dajjal, Imam Mahadi dan kemunculan nabi Isa.

Usah khuatirkan hal lain tunaikan 5 perkara dalam rukun islam, 6 perkara dalam rukun iman. In sha Allah, mengikut ahli sunnah wal jamaah maka tergolong dari satu jalan dari 73 jalan.

Jika anda pernah menghayati video 'the arrival' yang dahulu cukup popular yang menceritakan kisah Illuminati sehinggakan nasi lemak yang berbentuk segitiga menjadi ketakutan masyarakat, anda akan tahu bahawa penyebaran ideologi illuminati bermula di Hollywood, melalui nyanyian dan lakonan.

Hendak dijadikan sebuah teori konspirasi, ada terdetik untuk penulis menekan butang 'tv' pada remote control sebuah dekoder astro. Memandangkan Mission Impossible IV lakonan Tom Cruise sedang galak di pawagam-pawagam maka dua siaran tv 'AXN asia' dan 'Kix HD' juga galak menayangkan filem francais Mission Impossible terdahulu, termasuk filem Mission Impossible III.

Apa yang menarik hati penulis adalah, (semua ini berlaku dengan penghayatan pada skrin dengan jitu kerana agak lewat malam) terdapat satu babak di mana penulis 'terserempak' dengan perkataan yang biasa dilihat ketika sedang mempraktikkan hobi sebagai #planespotter di KLIA iaitu logo MALAYSIA AIRLINES.





Cuba 'pause' pada minit ke 94 atau 1 Jam 34 minit.Dengan menggunakan kepada otak berjambul, terpanggil untuk melihat sendiri. Lalu proses peng'google'an untuk dilihat telah berlaku di website 'movie streaming' megashare.



Namun kisah ini tidak habis sini, terdapat satu lagi 'jelmaan' logo MALAYSIA AIRLINES pada filem Transformers : Revenge of The Fallen hasil garapan pengarah Michael Bay di mana kelihatan pada minit ke 2 dan 14 saat. 



Tertera juga dikatakan lokasi berkenaan adalah 'Shanghai, China'. Adakah pengarah MI:3, JJ Abrams dan Michael Bay berkongsi set penggambaran kerana kegawatan ekonomi ?

Mission Impossible III diterbitkan pada tahun 2006, manakala Transformers : Revenge of the Fallen pada 2009, masing-masing lapan tahun dan lima tahun sebelum kehilangan Malaysia Airlines MH370 dan MH17 ditembak jatuh.
Oleh kerana kurang yakin maka penulis cuba melihat sendiri melalui 'megashare'.

Adakah 'transformers' melambangkan robot, mesin iaitu pesawat 777-200 ?
Adakah terdapat 'Mission Impossible' untuk 'menghilangkan'dan 'menjatuhkan' 9M-MRO dan 9M-MRD di alaf moden ini ?
Adakah Shanghai, Beijing, China atau tempat kelahiran Fong Sai Yuk ?
Adakah Paramount Pictures dan Dreamworks berkongsi set penggambaran yang sama ?
Adakah nasi lemak dan signboard pembahagi jalan bertanggungjawab dalam hal ini ?

Persoalan
Persoalannya sekarang, mengapa Malaysia Airlines, bukan Emirates, Etihad, Jet Airways, China Airways, apa lagi American Airlines ?

Setelah di kaji tiada pun pembabitan Malaysia Airlines dalam menaja dua filem francais blockbuster tersebut, hendak menaja diri sendiri pun terumbang-ambing.

Teori Konspirasi ?
Transformers adalah robot, robot dibuat dari besi, MH370 dan MH17 juga dari besi. Transformer revenge of the FALLen, fall itu jatuh, maka besi tadi ditembak jatuh.
Terdapat pula satu mission, mission yang agak impossible, nak menghilangkan pesawat bersaiz mega triple seven,

Tiba-tiba JJ Abrams dan Michael Bay pun berpandangan sesama sendiri, Michael Bay mula berkata, 

"Hey dude, apa kata kita gabung filem kita ?"

"Bila masa pulak ko reti cakap bahasa melayu ? ah sudah aku pon. Ok jugak tu save bajet" balas JJ Abrams

"Kita guna set yang sama yang ada perkataan MALAYSIA AIRLINES la dude" cadang Michael.

"Ok jugak tu, boleh la penulis belang tarung ada modal nak menaip..." reply JJ Abrams

Gedebuk!

"Oh aku bermimpi rupanya" bisik Jerry Bruickheimer.

"Ewww..minat I  (illuminati) ?" ngigau seorang mak nyah di atas katil Jerry


'Teehee'

Walaupun pelbagai adakah yang timbul kita harus percaya akan Al-Quran, Hadis, Assunnah wal-jamaah. Buat 5 perkara yang terdapat dalam rukun Islam dan 6 perkara dalam rukun Iman.

Teori konspirasi kadang-kadang terlalu membuat kita menjauhi kotak pemikiran, bukan diluar kotak lagi tetapi sudah berada jauh dari kotak pemikiran.

anda fikir anda tahu Misteri Logo Malaysia Airlines dalam Mission Impossible dan Transformers Dengan MH370 dan MH17 ?

anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum...

6 ulasan:

  1. Memang tak pernah pikir hal ini. Apa lagi utk mengaitkan antara satu sama lain...

    BalasPadam
  2. Memang tak pernah pikir hal ini. Apa lagi utk mengaitkan antara satu sama lain...

    BalasPadam
  3. payah juga nak fikir jauh di luar kotak macam ni

    BalasPadam
  4. Propaganza betul negara barat.

    BalasPadam
  5. Sangat banyak konspirasi wujud untuk menyerang negara-negara Islam..

    BalasPadam
  6. Propaganda je ni, nak naikkan rating filem masing2 ho ho tak pun diorang just gurau2 je

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.