Header Ads

Kenali Perbezaan Single Overhead Cam (SOHC) dan Double Overhead Cam (DOHC)


"SOHC vs DOHC"

Jika di universiti atau sebarang teknikal institusi dahulu anda pernah belajar tentang subjek "thermodynamic" maka hal ini sonang sajo bak kata seorang mat moto di tepi kali di daerah jempol, negeri sembilan.


Single Overhead Cam vs Double Overhead Cam in Vehicle
Single Overhead Cam vs Double Overhead Cam


Di bahagian otto cycle chapter akan terdapat sumber pengetahuan mengenai DOHC dan SOHC. Ade satu subjek minor tahun akhir engineering yang bercerita tentang cam profile, rocker dan sebagainya.


SOHC adalah singkatan kepada Single Overhead Cam manakala DOHC adalah Double Overhead Cam. Single dan double menjadi taruhannya.

Dua istilah ini adalah lokasi di mana sistem camshaft berada. Dengan bahasa mat rempitnya tempat bukaan dan masuknya bahan api (petrol dan udara) ke dalam chamber pembakaran yang menggerakkan piston.

Single semestinya memberi gambaran bahawa 'forever alone' dimana hanya terdapat satu pintu kepada bahan api untuk meneruskan perjalanan menuju combustion chamber setelah injap intake terbuka. 

Bagi double pula terdapat dua pasang bukaan pada kepala enjin sbagai tempat kemasukan bahan api ke dalam combustion chamber sesebuah jentera berenjin. Tak perlu seorang mekanik untuk mengetahui konsep ini, malah mat rempit yang selalu meminta duit minyak dengan mak bapak pun boleh faham,konsepnya, semakin banyak bahan api yang masuk ke dalam ruang pembakaran enjin maka semakin banyak kuasa dihasilkan oleh piston.

Faktanya, dengan bukaan luas pada DOHC maka lebih banyak bahan api yang masuk ke ruang pembakaran berbanding sistem SOHC. Hipotesis ini juga turut menyumbang kepada penggunaan bahan api yang banyak kepada sistem DOHC berbanding SOHC.

SOHC adalah lebih menjimatkan bahan api berbanding DOHC.Ramai para cendekiawan permotoran menggunakan istilah "DOHC means power, SOHC means economic".

Opps..terlupa. Kedua sistem ini bukan hanya sistem kemasukan bahan api sahaja tetapi pengeluaran 'residue' terlarang selepas pembakaran juga berperanan disini. Pada DOHC lebih cepat keluar asap lebih senang bahan api memasuki ruang pembakaran.

anda fikir anda tahu Kenali Perbezaan Single Overhead Cam (SOHC) dan Double Overhead Cam (DOHC) ?

anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.