Bikini Bottom Spongebob Squarepants Memang Wujud ?


Siapa yang tidak kenal spongebob, patrick, squidward, encik crab, sandy, gary serta kedai makan 'perangkap ketam' krusty krab.

Jangan dilupa plankton yang mewarisi chum bucket bersama isteri komputernya. Karakter-karakter ini tidak asing lagi bagi penggemar kartun tempatan apalagi luar negara.


Bikini Bottom Memang Wujud

Tidak mengira usia, idea animator Stephen Hillenburg ini asalnya untuk siaran Nickelodeon ini menjadi kegilaan seluruh dunia.Pelbagai spesis aneh yang terdapat di bikini bottom (tempat tinggal spongebob dan rakan-rakan). 

Seumpama terkena gen mutasi serta sinar gamma yang berbahaya sehinggakan sponge boleh bercakap, tapak sulaiman mampu melawak, nenas yang tidak rosak, serta pelbagai lagi keanehan. Biasanya benda-benda aneh ala-ala mutasi kerana nuklear ini berlaku di tempat-tempat seperti Hiroshima Nagasaki, fukushima serta wilayah Chernobyl.



Tetapi bikini bottom juga seumpama tempat-tempat tersebut. Hampir tiada pulau melainkan satu pulau berpasir yang memiliki tiga pohon kelapa yang mampu hidup.

Bikini Bottom Memang Wujud ?


Ya. Memang wujud.Namun namanya sedikit berbeza, namun tetap Bikini, iaitu Bikini Atoll. Sebuah kawasan terumbu karang nun jauh di lautan pasifik. Berasal dari perkataan "Pikini" yang bermaksud "coconut place", bahasa masyarakat Kepulauan Marshal,kerana ini mungkin pulau dalam spongebob squarepants terdapat tiga pokok kelapa. 





Terciptanya Bikini

Berada dalam jajahan Kepulauan Marshal yang pernah dijadikan kawasan ujian bom atom oleh tentera Amerika Syarikat. Antara tahun 1946 hingga 1958 lebih 23 bom nuklear di uji di sini.Mungkin dari sinilah kita boleh tahu bagaimana 'seekor' sponge boleh bercakap.
Sebenarnya perkataan 'bikini' belum lagi tercipta. 

Bersempena 'pikini' maka seorang pereka pakaian mandi, Louis Reard dari Jerman menggunakan nama "pikini" kepada "Bikini" sebagai nama pakaian mandi ciptaannyakerana pakaian mandi itu boleh "explosive commercial and cultural reaction" sebagaimana bom nuklear yang diuji di Bikini Atoll atau dahulunya Pikini Atoll.

anda fikir anda tahu Bikini Bottom Spongebob Squarepants Memang Wujud ?

anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Catat Ulasan

0 Ulasan