Kesan Kejatuhan Ringgit Malaysia Terhadap Kedaulatan dan Kemerdekaan Negara

Ramai yang mampu 'countdown' bilakah ringgit malaysia (RM) akan melepasi takat USD1 = RM4.00. Namun tiada siapa yang tahu akan maksud sebenar dari perubahan nilai ini.

Jika dahulu nilai ringgit ditambah pada USD1 = RM 3.50 namun oleh kerana kelembapan ekonomi dan bilangan pelabur yang semakin mengecil di Malaysia buat julung kalinya nilai ringgit melepasi pointer CGPA Ahmad Maslan yang kita semua sayangi.

Pada masa ini memang amat sukar untuk melihat secara mata kasarnya kesan terhadap tanah tumpah darahku ini. Tetapi sekarang sudah terdapat beberapa syarikat asing seperti JVC dan Panasonic yang beroperasi di Shah Alam mula berpindah ke negara yang lebih cerah masa depannya.



Jaringan Terpantas Pemain Bola Sepak Asia Sepanjang Zaman


Bila menonton pakej sukan di televisyen jangan fikir hanya motogp dan formula one sahaja yang mampu menghiasi muka surat kepantasan, namun bolasepak juga menjadi satu lagi bidang yang mampu bersaing dari segi kepantasan dan betapa cepatnya gol terhasil selepas pengadil memulakan perlawan ataupun kick-off.

Kebanggaan juga apabila terdapat seorang anak jati Kelantan dari Pengkalan Chepa secara amnya mewakili malaysia untuk merebut takhta sape paling pantas memalukan penjaga gol dalam minit pertama.Meskipun gaya bola lambung dan 'passing' kelaut menjadi tunjang Malaysian Super League.



Bikini Bottom Spongebob Squarepants Memang Wujud ?


Siapa yang tidak kenal spongebob, patrick, squidward, encik crab, sandy, gary serta kedai makan 'perangkap ketam' krusty krab.

Jangan dilupa plankton yang mewarisi chum bucket bersama isteri komputernya. Karakter-karakter ini tidak asing lagi bagi penggemar kartun tempatan apalagi luar negara.


Bikini Bottom Memang Wujud

Tidak mengira usia, idea animator Stephen Hillenburg ini asalnya untuk siaran Nickelodeon ini menjadi kegilaan seluruh dunia.Pelbagai spesis aneh yang terdapat di bikini bottom (tempat tinggal spongebob dan rakan-rakan). 

Seumpama terkena gen mutasi serta sinar gamma yang berbahaya sehinggakan sponge boleh bercakap, tapak sulaiman mampu melawak, nenas yang tidak rosak, serta pelbagai lagi keanehan. Biasanya benda-benda aneh ala-ala mutasi kerana nuklear ini berlaku di tempat-tempat seperti Hiroshima Nagasaki, fukushima serta wilayah Chernobyl.



Tetapi bikini bottom juga seumpama tempat-tempat tersebut. Hampir tiada pulau melainkan satu pulau berpasir yang memiliki tiga pohon kelapa yang mampu hidup.

Bikini Bottom Memang Wujud ?

Perbandingan Specs Suzuki Belang R150, Yamaha LC150FI dan Yamaha FZ150I


"Perbandingan"


Dari motogp hingga di atas tar jalan biasa, persaingan antara pengeluar motosikal tidak pernah reda. Apabila satu pengeluar mengeluarkan model dan varian motosikal tertentu maka yang lain akan mengeluarkan model hampir sama dengan perbezaan varian.

Artikel ini akan memberi perbandingan antara tiga motosikal berkapasiti Cubic Centimetre (CC) yang sama 150CC antara Suzuki Belang R150, Yamaha LC 150 FI (Y15ZR) dan Yamaha FZ150I.


Gambar: google search


1.Kuasa Enjin :

Misteri Logo Malaysia Airlines Dalam Mission Impossible dan Transformers Dengan MH370 dan MH17


"illuminati Malaysia Airlines"

Bila bercakap dan berimaginasi tentang Illuminati, new world order maka akan keluar beberapa teori konspirasi yang luar pada kota dan pelbagai definisi dari pelbagai sumber. Illuminati banyak tertumpu kepada suatu pertubuhan dalam mewujudkan suatu 'world order' yang baru. Usah fikirkan sangat tentang hal ini, sebagai umat islam yang bertamadun kita semestinya perlu percaya akan munculnya dajjal, Imam Mahadi dan kemunculan nabi Isa.

Usah khuatirkan hal lain tunaikan 5 perkara dalam rukun islam, 6 perkara dalam rukun iman. In sha Allah, mengikut ahli sunnah wal jamaah maka tergolong dari satu jalan dari 73 jalan.

Jika anda pernah menghayati video 'the arrival' yang dahulu cukup popular yang menceritakan kisah Illuminati sehinggakan nasi lemak yang berbentuk segitiga menjadi ketakutan masyarakat, anda akan tahu bahawa penyebaran ideologi illuminati bermula di Hollywood, melalui nyanyian dan lakonan.

Hendak dijadikan sebuah teori konspirasi, ada terdetik untuk penulis menekan butang 'tv' pada remote control sebuah dekoder astro. Memandangkan Mission Impossible IV lakonan Tom Cruise sedang galak di pawagam-pawagam maka dua siaran tv 'AXN asia' dan 'Kix HD' juga galak menayangkan filem francais Mission Impossible terdahulu, termasuk filem Mission Impossible III.

Apa yang menarik hati penulis adalah, (semua ini berlaku dengan penghayatan pada skrin dengan jitu kerana agak lewat malam) terdapat satu babak di mana penulis 'terserempak' dengan perkataan yang biasa dilihat ketika sedang mempraktikkan hobi sebagai #planespotter di KLIA iaitu logo MALAYSIA AIRLINES.




Panduan Menjadi Seorang #Planespotter di Malaysia


Di zaman berteknologi tinggi dan bermultimedia super corridor ini, untuk memiliki sebuah kamera bukannya susah. 

Jika kita kembali ke zaman paleolitik, mesolitik, mahupun neolitik, paling dekatnya zaman 90-an. Pada zaman-zaman tersebut
sesiapa yang memiliki kamera merupakan pekerja stesen television atau seorang astornaut.

Namun kini dengan kebangkitan teknologi di mana jika dahulu untuk menjadi seorang photographer adalah seorang yang mempunyai ayah berpangkah Tan Sri
tapi kini anak petani moden juga boleh menjadikan photographing sebagai hobi di mana dahulu photographing adalah satu pekerjaan.

Pelbagai skop dalam fotografi. Dari seorang 'nature photographer' hinggalah 'wedding photographer. Namun di Malaysia, istilah #Planespotter atau 'Aircraft Photographer'.
Beberapa kelengkapan yang perlu ada ketika ingin menjalankan aktiviti ini yang sememangnya sudah popular di luar negara namun masih seperti 'cikedis' di Malaysia.


Pic Courtesy of Instagram @c4d3t

1. Kamera
Barang wajib lagi mewajibkan ada. Jika benda pertama ini tiada maka tiadalah lagi harapan anda menjadi seorang planespotter. Tidak perlu DSLR Canon mahupun Nikon yang mahal-mahal.
handphone yang mempunyai kamera sudah cukup. Tetapi apa yang membezakannya nanti adalah kualiti dan kuantiti gambarnya nanti.

Punca dan Anatomi Nahas Udara Indonesia Trigana Air IL267/TGN267


Trigana Air TGN 267 (IL 267) merupakan pesawat ketiga selepas Air Asia QZ8501 dan Tentera Udara Indonesia C130 nahas di Indonesia. Trigana Air IL 267 adalah penerbangan menggunakan pesawat ATR 42-300 yang membawa 54 penumpang termasuk anak kapal sebagai 'person on board.


PK-YRN Trigana Air ATR 42
Penerbangan IL 267 dijadualkan berlepas dari Sentani Airport di Jayapura menuju ke Oksibil. TGN 267 telah terputus hubungan dengan Air Traffic Controller selepas 33 minit berlepas. 10 minit sebelum dijadualkan tiba di destinasi, juruterbang ada meminta untuk 'descend' sebagai rutin untuk 'approach' dan mendarat di Oksibil.

Namun, selepas itu pesawat tersebut gagal dikesan. Tiada 'distress call' dari juruterbang.

Kak Ma Nasi Kak Wok Masakan Pantai Timur Kota Kemuning


Kebanjiran kedai-kedai makan menggunakan nama sama kini kian meningkat seumpama membela sepasang ikan gapi dan akhirnya berpinak-pinak anak beranak mereka.
Sistem francais. Ya, seumpama sistem francais. Siapa tidak kenal akan 'kak wok', malah mat saleh juga boleh mengenali dari perkataan 'wok' yakni 'kuali.Kuali untuk memasak.Kalau memasak tentulah makanan.

Kedai nasi ala-ala kak wok sudah mula berkembang biak dengan cemerlang. Tidak pasti hanya sekadar nama atau francais dari kedai nasi kak wok original dari negeri the red warriors, Kelantan.



Ramai yang mengutuk rakyat kelantan, tetapi akhirnya memasukkan nasi hasil tanakan masyarakat kelantan juga. Lupakan semua itu, mari kita telusuri kemandirian spesis kedai ala-ala kak wok ini.

Lokasi

Kelahiran Semula Majalah Ujang bersama Bekas Kartunis Moy Publication dalam Majalah Gila-Gila


Dengan berkuburkannya Moy Publications sdn bhd semua rakyat Malaysia semestinya merasakan telah kehilangan sumber untuk membasahkan gusi.

Ada hikmahnya di sebalik kejatuhannya sehingga tahap penutupan operasi : Moy Publications sdn bhd Tutup Operasi Disahkan Kartunis Ubi. Boleh menjadi ikhtibar kepada setiap bangsa melayu khususnya supaya harta bukan segalanya sehingga berlaku penindasan terhadap rakan sendiri.

Kenali Perbezaan Single Overhead Cam (SOHC) dan Double Overhead Cam (DOHC)


Jika di universiti atau sebarang teknikal institusi dahulu anda pernah belajar tentang subjek "thermodynamic" maka hal ini sonang sajo bak kata seorang mat moto di tepi kali di daerah jempol, negeri sembilan.




Di bahagian otto cycle chapter akan terdapat sumber pengetahuan mengenai DOHC dan SOHC. Ade satu subjek minor tahun akhir engineering yang bercerita tentang cam profile, rocker dan sebagainya.

Tips Jimat Cermat Waktu Siang di Tempat Kerja

Maka betullah kiasan dan perumpamaan hidup ini umpama roda. Maka di zaman millenium ini kita kembali hidup di zaman paleolitik menghampiri zaman neolitik setelah zaman jentik-jentik.

Meskipun menghampiri wawasan 2020 (la sangat), kehidupan warga Malaysia yang sudah dirundung malang dengan kenaikkan harga rumah, kenaikkan harga minyak, tol di setiap penjuru bandar serta kos barangan dibebani GST.

Maka pelbagai cara hidup alternatif untuk meneruskan kepelbagaian bio di muka bumi Allah ini.



Flightradar24 Mengesan Sebuah Kereta Terbang ?

Wow..adakah flightradar24 telah berjaya mengesan kereta boleh terbang ?
Maka gambaran yang digambarkan oleh orang terdahulu pada 70-an, 80-an dan 90-an adalah benar.

Dunia semakin maju berkadar terus dengan kepelbagaian bio dunia yang kian kacau bilau.

Benarkah kereta boleh terbang ditemui ?



Koleksi Lawak Kartunis Lambok Tribute Lawak Antara Benua Majalah Apo?


"Lawak Lambok"

Reminder: Illustrasi Gambar komik di bawah 'best view' menggunakan Desktop, iPad dan media gajet skrin bersaiz Tablet dan ke atas



Moy Publications Sdn Bhd Tutup Operasi Disahkan Kartunis Ubi


"MOY Terkubur"

Maka pada 6 ogos 2015 dari kisah yang (dipaparkan pada artikel : Konspirasi: Ujang dan MOY publications,Plagiarism, Copyright dan .... ) maka dengan itu berakhirlah riwayat MOY Publications SDN BHD (Mohd Othman Yusof) dengan kata lain terkuburlah juga majalah Ujang dan Apo?



Sebagaimana yang dikisahkan oleh bekas kartunis ujang feveret, Kartunis Ubi di laman sosial Facebooknya.



MH17 Malaysia Airlines Bukan Pesawat Komersil Pertama Ditembak Jatuh


Korea Airlines KAL 007
Sebuah pesawat Boeing 747-230B yang digunakan oleh Korean Airlines telah ditembak jatuh oleh pesawat pemintas tentera USSR (Kini Russia) Sukhoi SU-15 pada 1 September 1983. Serpihan pesawat di temui di sekitar berdekatan Pulau Maneron di Laut Jepun. 

Penerbangan KAL007 yang bermula dari JFK International Airport, Amerika Syarikat itu menuju ke Gimpo International Airport, Korea Selatan. Kesemua 269 penumpang dan anak kapal disahkan telah terkorban dalam nahas.Setelah melalui beberapa siasatan mengenai kes tersebut, para penyiasat telah mendapati laporan dari Cockpit Voice Recorder (CVR) dan Flight Data Recorder (FDR) telah membuktikan juruterbang telah melakukan kesilapan.Kesilapan navigasi. 

Mengikut prosedur rutin biasa dalam penerbangan, sebagai panduan navigasi, juruterbang seharusnya membawa pesawat memintas setiap checkpoint atau waypoint yang telah ditetapkan koordinatnya oleh ICAO.

Namun dalam kes ini, juruterbang telah mengambil mudah dalam mengendalikan pesawat supaya mengikut 'heading' yang sepatutnya sehingga menyebabkan pesawat telah 'drifted' dan telah berada pada 'track' yang salah. Bukan berpandukan flight plan yang sudah dihantar.




Misteri Tragedi Nahas Pesawat Malaysia Airlines Boeing 737 MAS 653 di Tanjung Kupang, Johor Belum Terjawab


Ramai rakyat Malaysia yang tidak mengetahui bahawa sebelum kes MH 370 dan MH 17 terdapat satu insiden kemalangan pesawat membabitkan Malaysia Airlines (MAS). Penerbangan domestik MAS 653 yang dijadualkan tiba dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur (ketika itu Subang International Airport) telah diisytiharkan terhempas di Tanjung Kupang, Johor pada 4 Disember 1977. Pesawat boeing 737-200 tersebut membawa 93 penumpang dan tujuh anak kapal. Kesemua penumpang dan anak kapal terkorban dalam nahas.

Jika di google "air crash investigation malaysia airlines tanjung kupang" tiada bukti konkrit yang dapat menjelaskan punca berlakunya nahas.

Apa yang digembar-gemburkan adalah kerana rampasan. Rampasan yang dibuat ketika pesawat menghampiri Subang airport, dan perampas memaksa juruterbang untuk meneruskan perjalanan ke singapura.




Apa yang menghairankan setelah 38 tahun punca sebenar masih samar. Identiti perampas pesawat tidak dapat dikenalpasti dan sebab mengapa pesawat dirampas lenyap bersama identiti perampas.

Yamaha LC 150 FI: Yamaha Jupiter MX King 150 FI dan Yamaha Exciter 150 FI Spesifikasi


Keghairahan yamaha terhadap pasaran motor cub sudah mencapai tahap ketagih. Jika mereka sudah memiliki paten model berkapasiti 150cc, yamaha FZ 150cc pelbagai varian. Kini mereka ingin mencabar moped dan underbone yang berkategori motor cub berkapasiti enjin 150cc dengan mengeluarkan satu lagi varian 150cc selepas yamaha fz iaitu Yamaha LC 150 FI.

Jika sebelum ini varian LC hanya berkapasiti 135cc, yamaha cuba menawan hati para pelanggan tetap mereka dengan menaik taraf kapasiti enjin LC kepada 150cc. Bertitik tolak apabila yamaha vietnam telah melancarkan seumpama model konsep yang diberi nama Exciter. Jika diperhatikan model ini adalah hibrid gabungan yamaha LC135 dan satu lagi rakan liquid coolernya iaitu Yamaha Nouvo LC yang gemuk gedempol.Cuma mak mereka biru bukan hijau.




Yang menariknya, seperti honda sonic 150 dan honda dash yang menggunakan livery repsol, dikhabarkan model yang akan dikenali di Malaysia sebagai Yamaha Jupiter MX King di'air-brush'kan dengan livery movistar ala-ala yamaha movistar di pertandingan motogp dunia.



Yamaha Jupiter MX king 150 FI sebenarnya nama model bagi keluaran Indonesia. Tidak pasti apa nama yang akan diberi pada varian ini di Malaysia mungkin Musytari.Tetapi melalui sumber, yamaha indonesia akan memasarkan buatan mereka di fasiliti yamaha indonesia kepada pasaran Malaysia dan Filipina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...