Header Ads

Penutupan Media Sosial Facebook, Twitter, Instagram, dan Whatsapp Bukti Ketakutan Rejim Kapitalis Malaysia dengan The Fifth Estate



Ketakutan terhadap "The Fifth Estate" oleh puak kapitalis Malaysia kian memuncak apabila segala sekatan seperti menaikkan harga petrol, kadar tol di tambah serta pindaan akta hasutan telah dilakukan.Kini rejim kapitalis Putrajaya sudah mula tertekan dengan kebanjiran sumber maklumat secara telus bersumberkan media sosial. Salah seorang dari pemegang portfolio komunikasi cuba menggertak netizen Malaysia dengan penutupan dan larangan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, bahkan Google Plus juga mungkin tersenarai. 





Jika puak kapitalis ini berjaya mengenakan sekatan secara halusan kepada penduduk pedalaman dari menerima maklumat yang pelbagai dari media sosial dengan hanya menjadikan media konvensional yang telah ditapis rejim ini maka rancangan terbaru pula sudah dirancang bagi menjadikan netizen Malaysia terkurung di dalam minda sendiri. 
Jika dibandingkan antara media sosial dan media arus perdana, sumber maklumatnya agak berbeza dari segi penyampaian. 

Segala maklumat yang datang dari media sosial datang dalam bentuk 'raw material'. Datang dari pelbagai sumber dan 'whistleblower' yang bervariasi. Maka disinilah pentingnya media sosial. Tempat netizen mendapatkan pandangan dari pelbagai pihak dan bukan hanya mendengar pandangan dari sebelah pihak sahaja. Dengan hal demikian, netizen dapat menggunakan kewarasan dan rasional dari pemikiran sendiri dalam menyerap 'raw material'.

 Dengan meneliti sumber dari dua atau lebih pihak maka netizen mampu mencari logika dan melihat sesuatu pandangan itu dari pelbagai sudut bukan hanya di suap bulat-bulat seumpama yang dilakukan media arus perdana yang sedia ada. Media arus perdana yang sedia ada hanya memberikan sebuah pandangan dan skrip yang sudah digubah dan dicipta oleh puak kapitalis Putrajaya ini. Maka netizen sukar untuk menilai yang mana mencapai tahap logikanya serta hanya sebuah retorik bagi mengaburi apa yang sebenarnya berlaku. 


Perbezaannya sudah amat ketara sekarang. Netizen yang tinggal di bandar-bandar yang mampu mendapatkan maklumat dari media sosial sudah terbuka minda mereka meskipun ada yang masih lagi menjaga tittle 'macai' dalam diri terhadap rejim kapitalis ini walaupun sudah terbentang luas bukti-bukti yang menunjukkan betapa rosaknya sistem pemerintahan masa kini.

 Berbeza pula dengan rakyat marhaein yang tinggal di pekan-pekan ceruk-ceruk kampung yang tiada sebarang sumber maklumat yang pelbagai. Jika dilihat pada kemampuan negara untuk menyediakan fasiliti berinternet yang maju di kawasan ini, memang sudah boleh dilakukan. Namun ketakutan terhadap kebangkitan rakyat sebagaimana yang berlaku pada rakyat yang tinggal di kawasan bandar telah menyebabkan puak kapitalis ini menyediakan sebuah tempat yang hanya boleh mengakses aplikasi word document serta power point dan beberapa menu internet yang hanya membolehkan email dan capaian akhbar online dari ciptaan puak kapitalis itu sendiri. 

Terima kasih kepada gelombang smartphone yang kian tersebar dengan cepatnya di mana bukan sahaja golongan netizen yang mendiami bandar-bandar sahaja yang mampu mengakses media sosial tapi netizen yang tinggal di kawasan-kawasan terpencil juga mampu menikmatinya. 

Namun hanya golongan muda sahaja yang mendapat tempias dari gelombang smartphone ini sedangkan golongan veteran serta tua masih lagi bergantung kepada media konvensional yang bulat-bulat menyokong rejim kapitalis ini. Seperti buluh, golongan ini sudah amat sukar untuk dilentur, jika dipaut juga dengan sumber baharu maka patahlah dan objektif untuk memberikan maklumat yang betul kepada golongan ini gagal, apa lagi apabila penutupan media sosial di Malaysia. Maka umapama mengambil sebiji tempurung gergasi menutup keseluruhan muka bumi Malaysia dari sebarang maklumat. Negara komunis seperti Korea Utara telah menjadikan ini senjata. 

Jadi, mahukan negara ini mengikut jejak langkah Korea Utara sehinggakan rakyatnya hidup umpama robot-robot yang sudah di program mindanya. Di Malaysia kini sudah ada perca-perca 'brainwash' melalui media konvensional seperti televisyen-televisyen dan akhbar-akbar pasca rejim kapitalis. Malanglah bagi mereka yang hanya bersumberkan media konvensional ini. Hati mereka sudah keras meskipun dihimpit dengan pelbagai kenaikkan kos sara hidup dan cukai yang menjadi periuk nasi puak kapitalis untuk terus memerah rezeki rakyat yang sememangnya hanya cukup untuk dijadikan alas perut. 

Jika tiada apa yang mahu disorokkan mengapa harus ditutup ? Adakah benar segala apa yang tersebar di media sosial sehinggakan ketakutan mereka sehingga mahu menutupnya ? Jika tiada apa yang benar maka apa yang perlu ditakutkan. Maka benarlah apa yang diperjuangkan oleh julian assange pengasas wikileaks. 

Di zaman berteknologi tinggi ini yang tidak lagi menggunakan burung merpati serta asap untuk berkomunikasi golongan kapitalis sudah sukar untuk melakukan kegemaran mereka dan sukar untuk berlindung, maka dengan penutupan media sosial umpama membina tembok pada sebuah sungai yang sedia ada di mana airnya tetap mengalir mesti pun dihalang kerana kebenaran akan menang juga dipenghujung. Banyak lagi persoalan yang bermain di minda netizen yang mahu menggunakan sel-sel otak yang berhubung jika penutupan media sosial adalah cara untuk menutup rahsia yang selama ini di rahsiakan. 

Sesuatu konspirasi akan terbongkar secara berantai misalnya isu yang hangat sekarang 1MDB, terbongkarnya salah laku dari setiap ceruk organisasi dari Tabung Haji hinggalah isu hartanah MARA. Penutupan kebebasan menerima/menyebar maklumat (the fifth estate) umpama menutup bangkai dinasour dengan sehelai tisu muka 

anda fikir anda tahu Penutupan Media Sosial Facebook, Twitter, Instagram, dan Whatsapp Bukti Ketakutan Rejim Kapitalis Malaysia dengan The Fifth Estate ?

anda fikir sekali lagi.....

assalamualaikum....

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.