Header Ads

Kesan Leap Second Terhadap Kenaikan Harga Minyak 10 sen Kepada RM 2.15 Ron 95


Ramai yang kalut membincangkan pasal kenaikan minyak tidak kira di facebook, twitter mahupun google plus. Maka tidak hairanlah jika rejim putarjaya mahu menaikkan harga petrol setelah duit gst di 'kokak' mereka untuk membeli perhiasan lembu cantik bagi pertandingan lembu cantik di mana baru-baru ini wakil dari rejim putarjaya memenangi tempat kedua. 

Apa ada hal sangat dengan penindasan dari rejim putarjaya, dalam kesibukkan news feed media sosial, tiada seorang pun yang cuba atau mahu mengongsi pasal apa yang berlaku semalam dan dua tiga hari sebelumnya. Nampak sangat orang kita ni masih lagi di dalam kota bukan di luar kotak, macam mana mahu melihat ada kereta terbang-terbang, baju besi ada LED dan rambut pacak-pacak ala imaginasi cerita zaman dahulu mengenai tahun 2015-2020 kalau pasal 'LEAP SECOND' pun tidak tahu.

Mungkin orang kita tidak sedar bahawa pada 30 Jun 2015 bumi yang kita diami ini memerlukan sesaat lebih untuk melengkapkan putaran 24 jamnya atau sehari. Secara bahasa kampungnya leap second berlaku pada minit-minit terakhir bulan jun 2015, satu minitnya adalah 61 saat bukan 60 saat seperti tabi'inya. Dengan hanya satu saat semestinya begitu kerdil untuk dirasai oleh kita. Fenomena seperti ini bukannya asing bagi yang meminati sains namum dengan kekerapan yang berlaku semakin berkurang maka ia menjadi suatu fenomena terpencil berbanding kenaikan harga petrol dan kos sara hidup yang sering berlaku setiap bulan. 



Fenomena Lap Second berlaku apabila putaran bumi pada paksinya tidak seiring atau hanyut dengan masa sebenar iaitu masa yang diukur secara atomik. Bagi mengukur masa, terdapat makmal di seluruh dunia yang ditugaskan untuk mengukur waktu. Bagi mengelakkan berlaku ralat pada pengukuran waktu, para saintis yang dibayar untuk mengukur waktu perlu mengukur waktu dalam bentuk lain supaya dapat diselarikan dengan ukuran melalui putaran bumi. Dengan segala usaha akhirnya mereka berjaya menjumpai kaedah lain untuk mengukur waktu iaitu dengan atomic time.



Ketidakselarian waktu antara putaran bumi dan atomic time inilah yang menyebabkan berlakunya fenomena leap second. Dalam kes ini putaran bumi adalah lambat satu saat berbanding atomic time.

Maka pada 30 jun 2015, terdapat waktu 23:59:60 pada jam digital yang kebiasaannya selepas 23:59:59 akan menjadi 0:00:00 . Dengan kata lainnya jika rakyat malaysia yang sedang mengisi petrol pada 23:59:59...mereka mempunyai satu saat berharga untuk mengisi minyak pada jam 23:59:60.

anda fikir anda tahu Kesan Leap Second Terhadap Kenaikan Harga Minyak 10 sen Kepada RM 2.15 Ron 95 ?

anda fikir sekali lagi...

assalamualaikum...



     

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.