China Pelopor Traffic Jam Paling Lama Di Dunia Merupakan Pengeluar Orang Gila Terbesar Dunia


Seumpama memelihara ikan gapi dan ikan molly. Semakin banyak kereta dikeluarkan dan tiada inisiatif untuk melupuskan yang sudah lama, maka kepadatan kereta terhadap ruang yang sedia ada bertambah.Negara China mempunyai pasaran automotif yang hebat. Situasi ini akan bertambah kerana China memiliki kos pelaburan yang murah ini akan menarik para pengusaha kenderaan tidak kira yang underground mahupun yang upperground selain dari pelbagai insentif yang disediakan oleh kerajaan jika membuat pelaburan di China.

Kepadatan kenderaan di China boleh dibuktikan dengan terjadinya suatu fenomena misteri, di mana pada bulan ogos 2010, China berjaya memecah rekod sebagai 'ibu' kepada kesesakkan trafik di dunia dengan panorama trafik selama 12 hari dan sepanjang 100km (62Mile). 




Tempat bersejarah itu berlaku di Lebuhraya Beijing-Tibet dekat Beijing. Ironiknya, kesesakkan mega ini berpunca dari trak-trak pembaikkan lebuhraya yang sedang membawa barangan/peralatan bagi melancarkan sistem trafik di lebuhraya terbabit tersekat di exit lebuhraya.


Beberapa kajian sudah dilakukan para pengkaji.Kesesakkan trafik mampu merosakkan otak seseorang manusia. Sebagaimana yang sedia diketahui, kesesakan trafik mampu memberi kesan fizikal kepada tubuh badan manusia dengan terkurung di dalam kenderaan dan sedupan gas-gas yang tidak sihat dari kenderaan.

Kesan Kepada Otak

1.Kemerosotan Keupayaan Mental 
para saintis di Belanda telah mengeluarkan kesimpulan jika terdedah lebih dari 90 hari dengan kesesakkan trafik sudah cukup untuk merubah kestabilan DNA seseorang. Malah, untuk jangka masa 30 minit sahaja, perjalanan elektrik didalam sudah mula berkurang, dengan kata lain sel-sel otak sudah kurang berhubung seperti meminum susu Dumex. Kehilangan keupayaan untuk sel-sel berhubung mampu memberi kesan seperti hilangnya daya membuat keputusan yang betul dan hilang daya waras dan logik.

2.Alzheimer's dan Parkinson 
hasil dari kesan pendedahan yang lama dengan gas-gas dan pencemaran sekitar, penyakit-penyakit ini mudah untuk 'berdamping' dengan seseorang hasil dari sel-sel otak yang sudah rosak dari pendedahan terhadap pencemaran semasa kesesakkan trafik berlangsung.

3.Sedutan Gas Karbon Dioksida
Bertambahnya gas karbon monoksida di dalam udara sekeliling maka berkuranglah juga udara bersih yaksi gas oksigen yang mampu disedut. Kesan seperti gagal membuat keputusan yang betul dan masalah pada sistem refleks tubuh. Dalam senario ini kesan lain seperti tertekan, berdebar-debar dan rasa bimbang mula timbul. Pendedahan yang lama terhadap gas karbon monoksida mampu mengurangkan kebolehan sabar, kepekaan mental dan menggalakkan seseorang menjadi pemarah seumpama kiki dengan sterenglocknya.

4.Gangguan 'Bengang' Sekejap
Ahli psikologi telah disebabkan kemarahan jalan untuk menjadi contoh seketika kemarahan atau kesan sekejap Gangguan Letupan ( ungkapan yang melampau kemarahan ) . Apa sahaja yang mungkin menyebabkan, kemarahan jalan adalah ledakan yang tidak sihat marah apabila dalam kesesakan lalu lintas. Dalam beberapa kes sebenarnya, ia mungkin juga sempurna semula jadi ( psikologi ) , walaupun tidak betul dan harus dielakkan .

5.Traffic Stress Syndrome
Merupakan suatu penyakit mental yang jarang ditemui pada orang-orang gila yang kusut masai di bandar-bandar tapi wujud ketika musim balik kampung. Sindrom ini agak berbahaya kerana seumpama bom jangka yang mampu meletup apabila sampai di suatu tahap. 

Kebiasaannya penghidap akan mula berasa panik dan merasakan semua benda termasuk keaadaan sekeliling bergerak begitu perlahan.  Apabila bom jangka tadi sudah tidak boleh dijangka maka penghidap akan mula bersikap agresif dengan memotong lorong kiri tanpa kisah apa yang terjadi meskipun bergesel side window, memandu dengan mengkhinzir buta dan beberapa jenis haiwan liar yang buta lagi. Lagi teruk jika penghidap adalah pemandu treler ataupun backhoe mungkin cerita death race akan berulang lagi.

Kejadian traffic jam lama di China mungkin sukar berlaku di Malaysia. Namun, bagi yang tinggal di bandar-bandar besar seperti kuala lumpur dan selangor yang setiap hari terjebak dengan fenomen kesesakkan lalu lintas setiap hari tidak kira pergi kerja atau balik kerja, hal ini boleh menjadi suatu masalah yang berat bukan lagi seperti masalah perparitan yang amat lambat untuk diperbaiki. 

Dari hal inilah banyak berlakunya sistem sosial yang semakin rosak pembuangan anak, penderaan anak serta pelbagai jenayah membabitkan mental muncul di Malaysia. Musim perayaan merupakan musim orang gila sedang membiak hasil dari kesesakkan lalu lintas tidak kira di jalan persekutuan mahupun lebuhraya-lebuhraya meskipun bayaran tol masih mahal.

anda fikir anda tahu China Pelopor Traffic Jam Paling Lama Di Dunia Merupakan Pengeluar Orang Gila Terbesar Dunia ?

anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum...
   

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Hahaaaa... traffic jam antara penyebab orang gila. Mungkin juga?

    BalasPadam
  2. Saya kalau jam sekejap pun dah rasa bengang sangat,, ini kan jam dalam 12 hari..huhu..memang tepu otak jadinya.

    BalasPadam
  3. Owh mak ai jem punyalah panjang..memang stress kalau balik raya jem panjang sebegitu rupa..

    BalasPadam
  4. Dahsyat sungguh penangan kesesakan trafik ni yea...

    BalasPadam