5 Fakta Mengejutkan Mengenai Tasik


" Fakta Tasik"                       

1.Terdapat 117 juta tasik di muka bumi, di mana meliputi 3.7 peratus permukaan bumi seluruh benua (tidak termasuk Antartika, Greenland dan laut kaspian). Kira-kira 90 juta daripada keseluruhan tasik ini berukuran antara 0.5 dan 2.5 ekar.

2.Jika kesemua tasik-tasik ini di cantumkan,kawasan pesisirnya (perimeter) secara kasarnya 250 kali panjang equator bumi di mana equator bumi berukuran 12,756 kilometer panjangnya.

3.Kebanyakan tasik ini dijumpai di kanada, rusia, alaska, sweden dan finland.Meskipun kawasan negara bertropika memiliki pelbagai jenis tasik, kawasan hemisfera utara memonopoli bilangan tasik terbanyak kerana kawasan hemisfera selatan mungkin secara geografinya kekurangan permukaan tanah.Terima kasih kepada penempatan tektonik bumi kepada statistik bilangan tasik yang banyak di hemisfera utara.




4.Kebanyakan tasik-tasik ini berada pada paras yang rendah.85% daripadanya berelevasi kurang daripada 1600ft atau 500m di atas paras laut.Terdapat dua teori yang menyokong keadaan ini, pertama, keadaan bentuk mukabumi gunung ganang yang menghalang pembentukkan tasik yang elok dan negara-negara yang memiliki maksimum bilangan tasik telah diratakan permukaan buminya oleh glasier ketika zaman air batu.


5.Tasik datang dan pergi. Tasik yang baru telah tiba-tiba muncul berdekatan Gafsa, Tunisia, pada ogos 2014. Berpunca dari air bawah tanah yang muncul ke atas atau takungan dari air hujan.Di kawasan permafrost sekitar rusia dan alaska, tasik disitu kering dan hilang kerana suhu yang tinggi dan proses permafrost. Di mongolia, lebih daripada 100 buah tasik hilang sehingga tahun 2000 kerana kemarau dan penggunaan air tasik untuk pelbagai bidang oleh masyarakat setempat.

baiklah, itulah sahaja kita berbincang mengenai tasik. Entah mengapa aku tiba-tiba mahu membincangkan mengenai tasik. Mungkin kerana sudah mengalami sindrom (blogustodomainlessmania : sejenis penyakit yang muncul akibat dari kehilangan domain blog kerana gagal membayar domain name).

Mungkin juga berpunca dari cerita oh my english oleh itu aku mula menjalankan misi translation dari sebuah website science yang keseluruhannya adalah dalam bahasa inggeris dan sudah diterjemahkan kedalam bahasa persuratan melayu malaysia.
Diharap perkongsian tentang tasik ini mampu memjadikan kita rakyat malaysia yang prihatin dengan tasik dan lombong.

anda fikir anda tahu 5 fakta mengejutkan mengenai tasik ?

anda fikir sekali lagi....

assalamualaikum...

Catat Ulasan

0 Ulasan