Kebaikan Meminum Teh Dalam Kehidupan Seharian



1. Teh mengandungi anti-oksida.Seperti cat Rust-oleum yang menghindari perabut yang ditinggalkan diluar rumah dari lusuh dan berkarat, sifat anti-oksida yang terdapat dalam teh mampu melindungi badan manusia dari kerosakkan dari proses penuaan dan kesan dari pencemaran sekeliling.

2. Teh mempunyai kurang caffeine dari kopi.Kopi secara puratanya mengandungi tiga kali lebih sukatan caffeine berbanding teh, namun jika anda seorang peminat Morning Thunder iaitu peminat kopi yang sudah mengubah cara kopi disediakan seperti menambah herba dalamnya ia tidak mengapa.Jika kopi memberi kesan yg tidak elok kepada kesihatan anda, jadi bertukarlah kepada teh.

3. Teh boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Strok dan serangan jantung biasanya terjadi apabila darah bergumpal apabila lebihan kolestrol bertemu dengan platlet darah. Dengan mengamalkan meminum teh, teh mampu melancarkan saluran arteri dan bebas dari gumpalan seumpama salur longkang yang sentiasa menjaga arus dalam paip air di dapur. Mengikut kajian dari Belanda, mendapati, 70% subjek kurang mendapat risiko serangan jantung setelah meminum dua atau tiga cawan teh berbanding sesiapa yang tidak meminumnya.

4. Teh boleh menjaga tulang. Bukan hanya susu yang dicampur ke dalam teh yang mampu melindungi tulang. Satu kajian membandingkan subjek yang tidak meminum teh dan mereka meminum teh lebih dari 10 tahun memiliki lebih kekuatan tulang, meskipun telah melakukan pelbagai usaha lain bagi mendapatkan tulang yang kuat. Ini disimpulkan kerana teh mempunyai manfaat phytochemicalnya.




5. Teh menjaga gigi. Mungkin anda merasakan teh juga boleh menjadi punca kepada kerosakan gigi kerana gula atau susu yang ditambah di dalam suatu hidangan teh tersebut, namun oleh kerana terdapat fluoride dan tannins dalam daun teh ia boleh menjauhkan masalah plak gigi dari berlaku. Minum teh tanpa sebarang penambahan gula boleh menjadi herba.

Bagaimana Pesawat Airbus Dilahirkan ?



Mungkin ada di kalangan kita, walaupun amat sedikit di malaysia ni, tertanya-tanya bagaimanakah sesebuah kapal terbang atau pesawat terbang mula muncul. Dari sekeping kerajang aluminium sehinggalah mampu membawa beratus-ratus penumpang dalam satu perjalanan.Marilah kita sama-sama telusuri detik-detik yang bersejarah bagi setiap burung besi ini dari awal pembuatannya.Kapal terbang bukan terbentuk dalam keadaan sebuah dalam sesebuah kilang pengeluarannya di seluruh dunia. 

Terdapat pelbagai syarikat/vendor yang bekerjasama dengan pengeluar seperti Airbus dan Boeing.Ada vendor yang membuat sistem avionik,bahagian sayap,rudder,fiuslaj dan pelbagai komponen kecil.

Setiap pengeluar bahagian kecil-kecil ini akan membawa setiap komponen pesawat seperti sayap,stabilator,rudder mahupun kelengkapan avionik ke kilang pemasangan menggunakan barge, kereta api pengangkut,atau pesawat yang telah diubahsuai untuk mengangkut setiap komponen untuk dipasang menjadi sebuah pesawat.Di pusat pemasangan pesawat ini, para pekerja aviasi bukan sahaja menjadikan tugasan memasang pesawat sebagai tugasan ruji tetapi disitu juga terdapat jabatan-jabatan yang ditugaskan untuk menguji setiap komponen pesawat yang sampai sebelum di pasang ala-ala robot transformer dalam kotak mainan hasbro.




Selain dari ujian pada tahap kekuatan strength of material setiap komponen, ujian selesai pemasangan juga dilakukan, demi keselamatan penumpang di masa hadapan supaya rancangan air crash investigation tidak lagi menjadi tontonan ramai kerana tiada lagi kemalangan udara.

Dari berketul-ketul komponen dibawa ke gudang pemasangan, diuji ketahanan dan pelbagai ujian aerodinamik,dicantum serta diuji pula dalam wind tunnel sebelum diuji oleh pakar penerbangan dalam test flight maka anda kini boleh sarapan pagi di sydney,makan tengahhari di south korea serta minum petang di karachi jika anda sememangnya mampu berbuat demikian.

Untuk kali ini kita bermula dengan pengeluar pesawat yang mempunyai huruf A di depan iaitu :

AIRBUS

Checklist dan Panduan Penyelenggaraan/Servis Kereta


1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu – setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik – mungkin 7,500km atau 10,000km.

2. Filter – sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa – 5000km
Minyak Synthetic – 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. Spark plug – 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal…benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje…Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji…

4. Bateri kereta – 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan…kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun…kalau selalu lupa topup dan selalu kering…6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya…tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu…so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai… BOSCH, CENTURY… tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!



5. Timing belt – 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik cina sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang Melayu!

6. Clutch plat – Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom “clutch slipping” berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata bila 100,000km baru tukar clutch!

5 Fakta Mengejutkan Mengenai Tasik


                           

1.Terdapat 117 juta tasik di muka bumi, di mana meliputi 3.7 peratus permukaan bumi seluruh benua (tidak termasuk Antartika, Greenland dan laut kaspian). Kira-kira 90 juta daripada keseluruhan tasik ini berukuran antara 0.5 dan 2.5 ekar.

2.Jika kesemua tasik-tasik ini di cantumkan,kawasan pesisirnya (perimeter) secara kasarnya 250 kali panjang equator bumi di mana equator bumi berukuran 12,756 kilometer panjangnya.

3.Kebanyakan tasik ini dijumpai di kanada, rusia, alaska, sweden dan finland.Meskipun kawasan negara bertropika memiliki pelbagai jenis tasik, kawasan hemisfera utara memonopoli bilangan tasik terbanyak kerana kawasan hemisfera selatan mungkin secara geografinya kekurangan permukaan tanah.Terima kasih kepada penempatan tektonik bumi kepada statistik bilangan tasik yang banyak di hemisfera utara.




4.Kebanyakan tasik-tasik ini berada pada paras yang rendah.85% daripadanya berelevasi kurang daripada 1600ft atau 500m di atas paras laut.Terdapat dua teori yang menyokong keadaan ini, pertama, keadaan bentuk mukabumi gunung ganang yang menghalang pembentukkan tasik yang elok dan negara-negara yang memiliki maksimum bilangan tasik telah diratakan permukaan buminya oleh glasier ketika zaman air batu.