Header Ads

Pesawat Latihan Asia Pacific Flight Training (APFT) Kota Bharu Call Sign 9M-NRN Terhempas DI Taman Perumahan Kurnia Jaya



Dari pemerhatian awal kawasan nahas, pesawat cuba melakukan crash landing/ emergency landing kerana kawasan sekitar adalah spot untuk after take-off crash landing/emergency drill. Ketika menjalani rutin penerbangan solo, cadet pilot apft terselamat namun mengalami kecederaan parah. 










Teori Awal Nahas :

Jika diteliti dari tempat pesawat piper terbabit terhempas, boleh disimpulkan bahawa cadet pilot tersebut dengan niat untuk melakukan emergency landing engine failure after take off, yang sepatutnya adalah rutin latihan menjadi keadaan sebenar.

Melihatkan keadaan pesawat yang agak remuk, pesawat jatuh dalam keadaan rigid atau statik ini terhasil apabila pesawat tersebut dalam keadaan 'stalled' ketika beberapa ketika sebelum menjunam ke tanah.

Stall berlaku apabila airspeed pesawat hilang kemampuan untuk mewujudkan sayap pesawat yang berbentuk aerofoil menghasilan daya angkat hasil dari prinsip bernouilli.

Ketika kegagalan enjin pesawat berfungsi, airspeed juga turut berkurang sehingga mencapai tahap sifar, memandangkan ketika kejadian pesawat dalam keadaan mendaki, dengan full throttle dan dengan rate of climb tertentu. Stall mudah berlaku ketika ini kerana angle of attack pada pesawat sudah tidak dapat mengaplikasikan prinsip bernouli yang menghasilkan stalled.

Dengan keadaan pesawat ketika mendaki (climbing) dimana muncung pesawat dalam keadaan nose up, dan altitude yang kurang dari 1500 ft, stall recovery agak tipis. 

Meskipun pesawat juga berfungsi sebagai glider namun pada ketinggian seperti situasi ini, pesawat tidak lagi menjadi glider tetapi hanyalah gabungan beberapa kepingan logam dan aluminium yang akhirnya jatuh ke bumi.

Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.