Pengalaman Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Masuk ke Dalam Ka'abah






Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.
Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.
Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah.


Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada

Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)

Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”


Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.
Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.





Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.

Kelas "Offside Interfering With an Opponent " kepada Geng Penyu Terengganu, Setelah Tewas 3-1 Kepada TRW


"Offside"

Dalam kehangatan acara sukan paling digemari oleh rakyat Terengganu iaitu acara berjalan kaki dari terengganu ke putrajaya, rupanya masih ada lagi game yang menjadi bualan geng geng penyu. Namun jika dilihat dari page - page bola serta sukan negeri mereka, kekurang cerdikan mereka bukan hanya dilihat dari ketaksuban bernazar berjalan kaki ke putrajaya sahaja namun mereka juga boleh dilabel kurang cerdas dalam sukan lain terutama bolasepak.

Dari pengamatan, mereka hanya tahu rules atau undang-undang bolasepak hanya dari sudut basic semata-mata seperti penalti, sepakan sudut, dan gol. Jika ditanya apa fungsi bulatan tengah padang, guna petak D dan 6-yards board lagi la ternganga seperti penyu menangis apa lagi di tanya apa itu OFFSIDE INTERFERING WITH AN OPPONENT, jangan katakan peminat mereka, mungkin pemaian serta pegawai mereka sendiri tidak tahu apa maksud ayat yang di'caps lock' tadi.

Se'basic-basic' offside dalam bolasepak adalah diistilahkan sebagai 'jaga ayam', iaitu yang biasa di mainkan oleh bebudak di kampung yang tidak ada referee bersama mereka, iaitu dengan semalas nuneznya akan berdiri menunggu bola sedangkan dia sudah melepasi defender terakhir pasukan lawan. Ini adalah maksud offside biasa.

Bagi mereka yang hanya pandai membaling botol air kepada ref kurang ilmu dalam undang-undang perlawanan bolasepak mereka tidak akan tahu terdapat satu lagi jenis offside, undang-undang ini sudah sekian lama, namun kerana kebanyakkan beruk-beruk yang ke stadium mana ada masa mahu google apa maksud offside sedalamnya melainkan membaling objek ke padang seperti malam tadi.

Jika diamati Law 11 yang dikeluarkan The International Football Association Board, untuk kefahaman mengenai isu offside, maka mereka telah mengkaji balik dan mengeluarkan penggunaan definis baru seperti ini pada 1 Julai 2005


 "A player in an offside position may be penalized before playing or touching the ball if, in the opinion of the referee, no other teammate in an onside position has the opportunity to play the ball."  Further, "If an opponent becomes involved in the play and if, in the opinion of the referee, there is potential for physical contact, the player in the offside position shall be penalized for interfering with an opponent."  Finally, the Board confirmed the requirement that the indirect free kick restart for an offside offense is taken "from the initial place where the player was adjudged to be in an offside position."
- sumber 

Jenis-Jenis Pengeluaran Wang Dari Akaun Simpanan KWSP anda




Akaun KWSP anda dibahagikan kepada dua iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 mengikut pecahan seperti berikut:

  • 70% untuk Akaun 1
  • 30% untuk Akaun 2



Jenis-Jenis Pengeluaran
  • Pengeluaran Umur 50 Tahun
  • Pengeluaran Umur 55 Tahun
  • Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
  • Pengeluaran Hilang Upaya
  • Pengeluaran Meninggalkan Negara
  • Pengeluaran Pendidikan
  • Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan
  • Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli
  • Pengeluaran Membina / Membeli Rumah
  • Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta
  • Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
  • Pengeluaran Kematian
  • Pengeluaran Perumahan Fleksibel
  • Pengeluaran Kesihatan
  • Pengeluaran Haji

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...