Haiwan Pelik/Rare Seakan Alien yang Sukar Di Temui Di Pahi, Bunohan Mahupun Disneyland


Red-Lipped Batfish
Haiwan yang di jumpai di kepulauan Galapagos. Tinggal di dalam laut sedalam 30 meter dengan nama saintifiknya Ogcocephalus darwini. Meskipun tinggal di dalam air, namun ia bukanlah spesis yang lincah berenang tetapi menggunakan sirip pektorial yang ada untuk 'berjalan' bersiar-siar di dasar lautan.Usah risau beliau bukan kerana tergigit bibir mahupun di comolot mak nyah

Red-Lipped Batfish

Mitsukurina Ostowi (Goblin Fish)
Adakah ikan ini selalu diternak dijepun atau menjadi hidangan resepi sushi masyarakat jepun ? Mungkin ada kaitan, kerana semestinya nama seakan jepun ini semestinya banyak dijumpai di jepun. Turut di gelar Goblin fish kerana bentuk fizikalnya seakan penjahat goblin dalam spiderman mungkin. Biasanya akan mudah ditemui sekitar 100m ke bawah. Tanduk di hadapan mukanya bukan sekadar hiasan namun menjadi sonar untuknya menangkap mangsa untuk santapan ketika berbuka nanti.

Mitsukurina Ostowi

Mutilidae
Berpandukan dari gambarajah di bawah kita tidak akan sesekali mengatakan dengan mulut kita bahawa ini adalah spesis penyengat seangkatan dengan lebah, serta tebuan. Ia seolah-olah spesis semut. Jika betul wujud alat seumpama dalam cerita honey i shrunk the kid, maka amat kayalah pengeluar gillette kerana serangga ini berbulu seperti seorang lelaki yang baru putus cinta selama lapan abad setengah. Sehinggakan yang memiliki bulu hitam dan putih diberi gelaran 'panda ant'. Banyak didapati di sekitar gurun dan sukar ditemui di Pahi, Kuala Krai.

Mutilidae


Venezuelan Poodle Moth
Dari nama pangkal kita sudah yakin dan takbur mengatakan spesis rare berasal dari negara sinetron, venezuela. Boleh dikatakan agak baru ditemui kerana pengkhazanahannya adalah pada 2009. Jika di sekali imbaskan ia seakan kacukan biri-biri dan lebah tetapi merupakan spesis kupu-kupu.

Venezuelan Poodle Moth

Thorny Dragon
Haiwan ini tiada kaitan dengan Tony Jaa meskipun namanya seakan akan aktor tersebut. Bagi yang bercita cita menjadi seorang trainer dragon umpama kisah ' how to train your dragon' haiwan inilah yang boleh dikatakan sesuai dengan keinginan eksotik anda tersebut. Usah bimbang, tidak akan didapati di sekitar uptown shah alam mahupun danau kota kerana haiwan yang boleh hidup mencecah umur 20 tahun ini boleh dijumpai di tanah tumpah steve irwin iaitu Australia

Thorny Dragon

Umbonia Spinosa
Berbekalkan nama umbonia bukan beerti haiwan ini suka makan gulai umbut atau memiliki barangan jenama bonia, namun, ia adalah nama yang bermaksud serangga berduri dalam bahasa itali. Kebanyakkannya tinggal di ranting-ranting dan pokok-pokok kecil seumpama mentadak mentadu mungkin kerana sifatnya yang seakan serangga pemakan daun. Parasit ini telah lama ditemui dikatakan sudah dijumpai seawal  tahun 1953.

Umbonia Spinosa

Lowland Streaked Tenrec
Haiwan yang agak panjang namanya ini seolah olah seekor landak yang baru sahaja lepas make up dihadapan cermin tidak banyak bezanya dengan landak yang sedia ada. Meskipun kita boleh terserempak di sekitar kepulauan madagaskar tetapi rasanya kurang menonjol dari seekor zirafah yang berkasihan dengan seekor hyppo dalam filem tersebut. Kegemaran ? Suka buat bising dan menyakitkan hati.

Lowland Streaked Tenrec

Glaucus Atlanticus
Jika diperdengarkan kepada nenek moyang kita, secara teorinya mereka akan mengatakan yang ini tikus kerana bunyi atlanticus tersebut namun, salah. Haiwan rare ini yang mungkin akan diklasifikasikan sebagai dajal kerana matanya yang satu. Mungkin ada yang akan mengaitkannya dengan new world order illuminati. Walau apapun gelaran yang diberi, namun dengan ketabahan yang jitu haiwan yang dikelaskan dalam golongan siput ini tetap maintain berlegar-legar dalam air dan mungkin menjadi haiwan penyengat yang menyakitkan.

Glaucus Atlanticus


Blobfish
Namanya yang agak melucukan dan semestinya juara haiwan paling pelik dan rare ini telah dimiliki oleh spesis ini. Dengan memiliki wajah seakan-akan seorang tua yang sudah kehilangan gigi palsu haiwan yang tinggal di dasar laut australia dan tasmanian ini boleh hidup di kedalaman 600-1200m. Jika pihak perikanan seluruh dunia bersatu padu dengan matlamat yang jitu, mungkin haiwan ini boleh menjadi sumber pengeluaran gelatin yang besar menggantikan gelatin babi yang sering ter'ada' dalam makanan kini. Diamati secara halus menyerupai squidward tentacle.

Blobfish


Anda fikir anda tahu  Haiwan Pelik/Rare Seakan Alien yang Sukar Di Temui Di Pahi, Bunohan Mahupun Disneyland ?
anda fikir sekali lagi...

assalamualaikum..





Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Banyak haiwan pelik yang tinggal di bawah dasar laut. Banyak belum kita teroka.

    BalasPadam