Cara Ringkas Solat/Sembahyang Jenazah





1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)

Haiwan Pelik/Rare Seakan Alien yang Sukar Di Temui Di Pahi, Bunohan Mahupun Disneyland


Red-Lipped Batfish
Haiwan yang di jumpai di kepulauan Galapagos. Tinggal di dalam laut sedalam 30 meter dengan nama saintifiknya Ogcocephalus darwini. Meskipun tinggal di dalam air, namun ia bukanlah spesis yang lincah berenang tetapi menggunakan sirip pektorial yang ada untuk 'berjalan' bersiar-siar di dasar lautan.Usah risau beliau bukan kerana tergigit bibir mahupun di comolot mak nyah

Red-Lipped Batfish

Mitsukurina Ostowi (Goblin Fish)
Adakah ikan ini selalu diternak dijepun atau menjadi hidangan resepi sushi masyarakat jepun ? Mungkin ada kaitan, kerana semestinya nama seakan jepun ini semestinya banyak dijumpai di jepun. Turut di gelar Goblin fish kerana bentuk fizikalnya seakan penjahat goblin dalam spiderman mungkin. Biasanya akan mudah ditemui sekitar 100m ke bawah. Tanduk di hadapan mukanya bukan sekadar hiasan namun menjadi sonar untuknya menangkap mangsa untuk santapan ketika berbuka nanti.

Mitsukurina Ostowi

Mutilidae
Berpandukan dari gambarajah di bawah kita tidak akan sesekali mengatakan dengan mulut kita bahawa ini adalah spesis penyengat seangkatan dengan lebah, serta tebuan. Ia seolah-olah spesis semut. Jika betul wujud alat seumpama dalam cerita honey i shrunk the kid, maka amat kayalah pengeluar gillette kerana serangga ini berbulu seperti seorang lelaki yang baru putus cinta selama lapan abad setengah. Sehinggakan yang memiliki bulu hitam dan putih diberi gelaran 'panda ant'. Banyak didapati di sekitar gurun dan sukar ditemui di Pahi, Kuala Krai.

Mutilidae


Venezuelan Poodle Moth
Dari nama pangkal kita sudah yakin dan takbur mengatakan spesis rare berasal dari negara sinetron, venezuela. Boleh dikatakan agak baru ditemui kerana pengkhazanahannya adalah pada 2009. Jika di sekali imbaskan ia seakan kacukan biri-biri dan lebah tetapi merupakan spesis kupu-kupu.

Senarai Maksud Simbol Kerosakan Pada Kereta : Jangan Tertipu Dengan Pomen/Mekanik





Definisi Inovasi dan Plagiat Menggunakan Contoh Logo JDT dan TRW



Ramai antara kita kurang mengerti akan istilah inovasi dan plagiat. Jadi bagi mengelasifikasikan dua istilah yang sama asasnya tetapi berbeza kewujudannya kita gunakan bolasepak malaysia yang bertaraf division tiga ini sebagai perumpamaan dan metafora.

Dalam bahasa chow kitnya, 

Inovatif bermaksud melakukan sesuatu yang sedia ada tetapi tidak menirunya secara membabi buta dan ciplak.

Plagiat pula meniru seketul sehingga menjadi berketul ketul setelah ditambah dengan yang asal.

Kita telusuri diagram di bawah yang telah dicipta oleh pengguna internet lain :



Anda faham diagram antara 'inovasi' dan 'plagiat' di atas ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...