Header Ads

Syukurlah Malaysia Masih Aman : Sedozen Kes Bunuh Dalam Sebulan



Dalam memperkatakan "Syukurlah Malaysia Masih Aman", hal ini merujuk kepada betapa amannya malaysia (lah sangat) sebagaimana frasa "bukak jendela tiada peperangan". Dengan adanya 'slogan' yang berbaur mudah berpuas hati dengan 'keamanan' yang sedia ada dan tidak mahu langsung mengubah kepada yang lebih baik sememangnya malaysia masih aman dalam erti kata tersurat, meskipun yang tersirat sudah terbelit dan terkusut adanya.

Mengapa kita selalu dimomokkan dengan keamanan dengan peperangan semata-mata sedangkan istilah aman dan damai bukan hanya kerana kita berada dalam sebuah negara yang berkecuali dan tidak berperang dengan segala anasir luar, seperti kata sesetengah orang, tanpa peperangan yang membabitkan grenade, bom, serta AK-47 apa lagi M16 dan Bull-Pup (Styr).

Usah melalut dan merepek lebar dan angkuh lagi cuba selusuri kronologi kes (yang direpot) yang berjaya dinikmati negara yang aman (lah sangat) ini dalam sebulan iaitu Jun-Julai 2013:

2 Jun 2013
Seorang budak lelaki dipukul sehingga mati oleh teman lelakinya sebelum mayat mangsa di tanam dikawasan hutan di Gunung Berinchang, Cameron Highlands

4 Jun 2013
Seorang pencuci kereta maut dan dua orang lagi rakannya cedera setelah diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di Jlan Merdeka Ria 3, Kampung Baru Ampang, Selangor


18 Jun 2013
Seorang lelaki pengutip barangan lusuh maut selepas pipi kiri, kening kiri, belakang leher ditetak menggunakan parang oleh sekumpulan lelaki di Taman Simpang Bersatu, Taiping. Kedua-dua belah tangan mangsa juga hampir putus

20 Jun 2013
Seorang lelaki berpewatakan wanita dijumpai mati tertiarap di atas tilam rumahnya dalam keadaan leher dijerut di pangsapuri di Lorong Jugra, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

24 Jun 2013
Che Siah Wan Nik, 75, ditemui maut dengan kesan tikaman gunting di rusuk kiri dan disamun oleh pembantu rumahnya sendiri warganegara Indonesia di Taman Serindit, Jalan Langgar, Alor Setar

27 JUn 2013
Mayat pemandu lori, Mohd Zainuddin Mohd Yusoff, 42, dtemui dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai dipukul dengan objek keras di kawasan lapang berhampiran stesen minyak Shell Jalan Kuantan - Bypass, Kampung Chendering, Kuantan

1 Julai 2013
Mayat lelaki berusia lewat 20-an ditemui hampir reput dan berulat di dalam longkang dekat Apartment Inang, di Taman Impian Ehsan, Balakong dalam keadaan tanganya diikat ke belakang dan lehernya dijerut dengan tali pita pelekat.

5 Julai 2013
Tiga beranak ditemui mati di kediaman mereka di Taman Perumahan Pulau Li Hua, Sibu

7 Julai
Penolong kanan hal ehwal murid, Hashim Mat Zain, 48, mati ditembak ketika memandu keluar dari perkarangan SK Beris Panchor, Bachok

21 Julai 2013
Mayat lelaki berusia 40-an dipercayai mangsa bunuh dengan kesan tetakan di leher, kaki dan pergelangan tangan serta hentakan di kepala ditemui terapung di dalam tasik berhampiran kawasan perumahan Aman Perdana

29 Julai 2013
Pengasas AmBank Berhad, Hussain Ahmad Najadi (gambar kecil), 75, yang berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur hari ini sementara isterinya cedera terkena tembakan.

Seorang lelaki cedera parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam, Nibong Tebal


Dalam tempoh kurang sebulan sudah hampir sedozen kes jenayah berat yang membabitkan pembunuhan (tidak kisah apa motif setiap kes) . Perlukah ada peperangan seperti di Gaza, Syiria, Somalia dan lain lain tempat yang berperang untuk mengkategorikan bahawa malaysia sudah tidak aman ?


Syukurlah Malaysia Aman ?


Oleh itu, sudah-sudahlah menyebut "syukurlah malaysia masih aman" meskipun yang tersiratnya sememangnya tidak aman, jangan jadikan kata-kata tersebut sebagai jalan mudah untuk kita berpuas hati. Sedangkan betapa goyahnya sistem keselamatan negara dari domestik mahupun dari ancaman luar, namun apa yang menjadi pertanyaan seperti..

Persoalan
1. Mudahnya berurusan dengan ancaman ?
2. bekalan untuk pembunuhan mudah didapati di mana-mana ?
3. Pihak berkuasa tidak pernah belajar dari kesilapan ?
4. Apa sudah jadi dengan organisasi keselamatan negara ?

Oleh itu, jangan pula memberontak dan menidakkan jika ada statistik mengtakan Malaysia merupakan negara paling tidak selamat di dunia. 

Punca
Bagi penulis, puncanya bermula dari cara pemerintahan yang sedia ada yang kurang efisien dalam mengurus ekonomi, dengan hutang negara yang bertambah kerana ingin menyuap ke mulut kroni-kroni, maka wujudlah hutang kepada negara, bagi 'cover' kembali hutang yang ditanggung mereka menaikkan harga barangan dan cukai, bagi mengaburi mata rakyat mereka menyogok golongan yang bekerja kerajaan dengan habuan (kerana pekerja swasta TIDAK PERNAH membayar cukai), dengan harga barang melambung, duit menjadi raja, dari sini lah timbul kes jenayah, demi menstabilkan keperluan masing-masing, yang miskin tertindas, maka akan terdesak dengan merompak, menyamun, yang kaya makin megah dan sombong seterusnya mencipta musuh. 

Perbezaan jarak antara yang paling kaya dan paling miskin inilah (kapitalis) yang mewujudkan jenayah di tengah-tengah. Usah melihat kepada perusuh mahupun penunjuk perasaan di jalanan, memberontak tidak semestinya di jalanan. Sebenarnya kita sendiri yang mencipta jenayah, umpama syarikat anti-virus mencipta virus untuk melariskan software mereka.

anda fikir anda tahu Syukurlah Malaysia Masih Aman : Sedozen Kes Bunuh Dalam Sebulan ?
anda fikir sekali lagi...

assalamualaikum...

Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.