Memang Semua Boleh Terbang Tetapi Tidak Semua Boleh Jadi Juruterbang





Akhir-akhir ini banyak pula cerita-ceriti yang berkaitan juruterbang atau pilot ditayangkan di kaca tv. Tidak kurang juga aku yang juga pernah 'terkena' dengan aura dari 'kehebatan' seorang juruterbang sehingga berjaya berdekatan serta berada di dalam kokpit pesawat ringan seperti TB-10, Cirrus Sr-20 dan Eagle.



Dari pemerhatian yang gua lihat, perempuan akan kagum dengan lelaki berpakaian putih serta bertali leher sambil memakai topi, lelaki pula akan cemburu dengan manusia yang berpakaian sedemikian. Apa yang sering didengar adalah 'kehebatan' seorang pilot a.k.a juruterbang.


Meskipun gua tidak berjaya sampai memiliki Commercial Pilot License with Instruments Rating (CPL I/R) yang membolehkan sesiapa yang memiliki lesen tersebut boleh berada di dalam pesawat mengikut rating (kategori) masing-masing dengan bermula dari 2nd officer (duduk sengsorang belakang, dengan jalur di kot 1 garisan), kemudian 1st officer a.k.a co-pilot berada di sebelah kanan Captain/Pilot (memiliki 3 jalur di lengan kot).


Memang padan jika mereka-mereka ini di bayar paling minimum RM 6k untuk sebulan kerana 'azab' latihannya hanya mereka dan gua sahaja yang tahu.


Sebelum anda betul-betul ingin mendalami bidang ini, pertama jangan terlalu taksub untuk terbang dan termakan pujuk rayu sekolah-sekolah yang hanya mahukan wang dari anda semata-mata. Dianggarkan untuk memiliki lesen sehingga melayakkan anda boleh menyertai mana-mana syarikat penerbangan jumlah yang perlu anda bayar adalah sekitar RM 250k minimum (tidak termasuk surcaj bahan api kerosin yang semakin hari semakin meningkat kerna kekurangan bahan api tersebut)


Gua mengeluarkan post ini bukan untuk memomokkan sesiapa yang bercita-cita untuk 'menyentuh' awak sirus, cumulus mahupun menyedup udara nipis oksigen setinggi 36000 kaki tetapi supaya bersedia untuk bergelar seorang pilot bukan semata-mata untuk dikerumuni wanita, dikerumuni wang dan populariti.


Gua mengaku, gua tersilap, matlamat pertama gua menjadi pilot adalah untuk mengelilingi dunia, itu sahaja.Sebenarnya bukan hanya menjadi pilot anda boleh mengelilingi dunia banyak lagi cara. Benda pertama sekali kepada pertama di atas adalah gua sukakan kapal terbang, mana tidaknya dari lahir gua dibesarkan bersebelahan lapangan terbang sultan ismail petra pengkalan chepa.


dari analisis gua sendiri sebenarnya gua sepatutnya melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan aeronautikal bukan menjadi seorang juruterbang.Jadi bagi sesiapa yang ingin menjadi juruterbang cuba anda fikirkan apa matlamat anda sebenarnya.


Last Appearance in Uniform wakaka




Jika anda mampu...



1. menduduki pelbagai jenis peperiksaan sehingga terpaksa pergi ke DCA, Putrajaya (presint 4). Dengan menghafal serta memahami pelbagai subjek dari setiap lesen yang akan anda miliki seperti Air Law, Principle of Flight, Metereology, Radio telephony..dan banyak lagi..dengan jayanya..passing mark 75%


2. menghafal checklist untuk setiap pesawat yang akan anda gunakan ketika latihan yang paling kurang 3 muka surat dengan istilah-istilah teknikal yang mungkin sukar ditemui anda seumur hidup.


3. menahan sikap instruktor yang sememangnya stress (lepasan/bersara dari TUDM) dan memang memiliki stress yang melampau, mungkin ada masalah dengan pihak sekolah yang lewat bayar gaji, masalah anak-anak dan sebagainya yang menyebabkan sedikit kesilapan mampu membuatkan telinga anda berdarah ditumbuk.


4. menahan mental ketika diudara dengan pelbagai task/tugasan yang perlu anda selesaikan ditambah pula jika hari panas dan berada bersama instruktor yang tengah bengang dan mungkin perut tidak selesa sehingga mengeluarkan aroma yang menarik.Orang kata bebal, tahan maki.


5.bersabar dengan delay, kerosakan pesawat dan kerenah birokrasi akademi sehingga membuatkan anda terpaksa 'stand-by' untuk menjalani latihan


6. bersabar dengan kawan-kawan yang sememangnya datang dari golongan kaya raya (bagi yang miskin), kerana memang bidang ini dipelopori ideologi kapitalis, yang kaya semakin kaya, yang miskin akan terus miskin dan mungkin tersingkir


7. mengawal diri sendiri. kerana memang betul lah, musuh sebenar kita adalah diri sendiri, bila kita sudah memakai uniform putih, memiliki wing di atas kocek, memiliki appoulette (cane nak eja malas nk gugel) automatik rasa meninggi diri akan terbentuk umpama awan cumulus bertukar menjadi cumulonimbus seterusnya menjadi petir menyebabkan microburst dalam diri.


Jika anda memiliki kesemua, ya kesemua aspek-aspek diatas yang mampu dijaga, bukan salah satu tapi kesemua. Bolehlah anda lawati laman web dca.gov.my atau dapatkan info di flylah.com


Tapi jika anda tidak mampu menangani 7 situasi diatas (SEMUA) nescaya carilah karier yang sepatutnya kerana mengikut keadaaan semasa dengan kekurangan bahan api, serta campurtangan politik dalam bidang penerbangan di malaysia karier sebagai juruterbang/pilot jika boleh dielakkan


Gua juga berfikiran yang peluang kerja jika kita menjadi seorang juruterbang adalah tinggi, namun salah, untuk pengetahuan ketika post ini ditaip, sudah banyak syarikat berkaitan aeronautik mengalami kemerosotan dan ramai di kalangan kawan-kawan gua yang sama-sama belajar di sekolah penerbangan hanya 0.1% yang berjaya dalam bidang ini itupun anak kepada pilot (kroni a.k.a kabel) dan bekerja dinegara pendapatan kecil yang tidak mengutamakan keselamatan seperti indonesia dan filipina


Post ini bukan ingin mematikan matlamat anda untuk terbang, tapi supaya anda berfikir melihat/menjadi seorang juruterbang bukan hanya berlandaskan kata-kata seperti..


"Ohoi! Cerekarama tadi buat I nak carik pilot as boyfie. Can ah? Anyone?!.."






anda fikir anda tahu Memang Semua Boleh Terbang Tetapi Tidak Semua Boleh Jadi Juruterbang ? Anda fikir sekali lagi..


Assalamualaikum...

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. cari keyword pilot and then jumpa this blog and this entry. Nice! and I'm one of them yg terpengaruh dgn cerekarama tu. haha. btw, nice blog!

    BalasPadam