Memang Semua Boleh Terbang Tetapi Tidak Semua Boleh Jadi Juruterbang





Akhir-akhir ini banyak pula cerita-ceriti yang berkaitan juruterbang atau pilot ditayangkan di kaca tv. Tidak kurang juga aku yang juga pernah 'terkena' dengan aura dari 'kehebatan' seorang juruterbang sehingga berjaya berdekatan serta berada di dalam kokpit pesawat ringan seperti TB-10, Cirrus Sr-20 dan Eagle.



Dari pemerhatian yang gua lihat, perempuan akan kagum dengan lelaki berpakaian putih serta bertali leher sambil memakai topi, lelaki pula akan cemburu dengan manusia yang berpakaian sedemikian. Apa yang sering didengar adalah 'kehebatan' seorang pilot a.k.a juruterbang.


Meskipun gua tidak berjaya sampai memiliki Commercial Pilot License with Instruments Rating (CPL I/R) yang membolehkan sesiapa yang memiliki lesen tersebut boleh berada di dalam pesawat mengikut rating (kategori) masing-masing dengan bermula dari 2nd officer (duduk sengsorang belakang, dengan jalur di kot 1 garisan), kemudian 1st officer a.k.a co-pilot berada di sebelah kanan Captain/Pilot (memiliki 3 jalur di lengan kot).


Memang padan jika mereka-mereka ini di bayar paling minimum RM 6k untuk sebulan kerana 'azab' latihannya hanya mereka dan gua sahaja yang tahu.


Sebelum anda betul-betul ingin mendalami bidang ini, pertama jangan terlalu taksub untuk terbang dan termakan pujuk rayu sekolah-sekolah yang hanya mahukan wang dari anda semata-mata. Dianggarkan untuk memiliki lesen sehingga melayakkan anda boleh menyertai mana-mana syarikat penerbangan jumlah yang perlu anda bayar adalah sekitar RM 250k minimum (tidak termasuk surcaj bahan api kerosin yang semakin hari semakin meningkat kerna kekurangan bahan api tersebut)


Gua mengeluarkan post ini bukan untuk memomokkan sesiapa yang bercita-cita untuk 'menyentuh' awak sirus, cumulus mahupun menyedup udara nipis oksigen setinggi 36000 kaki tetapi supaya bersedia untuk bergelar seorang pilot bukan semata-mata untuk dikerumuni wanita, dikerumuni wang dan populariti.


Gua mengaku, gua tersilap, matlamat pertama gua menjadi pilot adalah untuk mengelilingi dunia, itu sahaja.Sebenarnya bukan hanya menjadi pilot anda boleh mengelilingi dunia banyak lagi cara. Benda pertama sekali kepada pertama di atas adalah gua sukakan kapal terbang, mana tidaknya dari lahir gua dibesarkan bersebelahan lapangan terbang sultan ismail petra pengkalan chepa.


dari analisis gua sendiri sebenarnya gua sepatutnya melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan aeronautikal bukan menjadi seorang juruterbang.Jadi bagi sesiapa yang ingin menjadi juruterbang cuba anda fikirkan apa matlamat anda sebenarnya.


Last Appearance in Uniform wakaka




Jika anda mampu...

Memang Perempuan Bertudung Pun Bukan Baik Semuanya Tapi...





..yang sememangnya tidak bertudung sebenarnya adalah lebih tidak baik dari yang bertudung meskipun dia sememangnya baik lah sangat dihatinya pun. Menutup aurat termasuk bertudung memang telah diwajibkan oleh Allah s.w.t kepada umat islam.



Firman Allah a.w.j


1) "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

2) "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)


Di atas adalah antara firman Allah dengan kata lain PERINTAH DAN SURUHAN Allah, maka SEWAJIBNYA lah kita sebagai hambaNya kena patuh dan ikut. Kalau kita sudah sedia maklum barangsiapa yang tahu tapi tidak mengikutnya termaktublah kita dalam golongan kufur dan munafik sudah boleh ditafsirkan sebagai kafir



Contohnya lah, jika anda seorang secretary a.k.a setiausaha, jika bos menyuruhnya berbuat sesuatu tetapi dia tidak mengikutnya walaupun dia sudah tahu yang itu tanggungjawabnya marahlah bos tersebut, inikan pula Pencipta kita iaitu Rabbul Jalil, Allah s.w.t


Orang islam (pada nama) sepatutnya memang sudah tahu yang menutup aurat (disini bertudung) adalah suruhan dariNya tapi boleh lagi berkata 


"yang pakai tudung pun bukannya baik sangat"


Ya memang, tapi anda terang-terang sudah kufur dan mungkin kerana syaitan yang sedang bersuka ria bertenggek dan bergantung pada setiap helaian rambut anda yang tidak di tutup itu akan 'merasuk' anda untuk menjadi seorang wanita/gadis yang sanggup mengeluarkan perkataan seperti 'babi' dan sebagainya


Yat Bertudung dan Juga Fan Arsenal lalalalala



Ingatlah perempuan yang tahu akan menutup aurat bagi perempuan itu wajib tetapi buat-buat tak wajib sambil mengatakan alasan seperti di atas, itu sudah beerti anda tahu yang menutup aurat itu wajib tapi anda mengingkarinya itu lebih hina dari yang bertudung tetapi mungkin melakukan kesilapan...