Header Ads

Kebangangan dan Kegagalan Dalam SPM 2011 Bukan Penamat Masa Depan



Anda sebagaimana tajuk diatas? Jangan risau.Allah s.w.t telah jadikan setiap manusia didunia ni untuk saling berhubung, ye macam sel-sel otak.Dunia ni memang sudah lengkap, ingat! tiada siapa yang bodoh dan tidak pandai.Itu semua telah dirancangkan Allah


Perlu ke semua orang masuk universiti, kolej, politeknik dan sebagainya.Semua itu tidak perlu.Jika semua jadi doktor, jadi lawyer, jadi pilot, jadi engineer siapa nak jadi pemungut sampah, pencuci, tukang rumah?


Sesungguhnya, rancangan Allah lagi hebat dari 'myplan' entah apa-apa kerajaan

 anda sebangang ini? Jangan Risau


Sebagaimana bos gua di tempat gua kerja sekarang berkata kepada gua "masuk universiti hanya belajar basic sahaja, yang penting pandai menyesuaikan hidup".Itu kata-kata dari seorang lulusan luar negara dan memiliki company oil n gas tempat gua kerja tu.


Gagal dalam spm/spmv dan seangkatan dengannya bukannya alasan nak mengalah.Jangan terlalu dimomokkan dengan anggapan stereotaip yang selalu ada di drama swasta yang selalu mengaitkan kegagalan spm sebagai permulaan kegelapan masa depan.


Percayalah Allah tahu apa yang direncanakannya...




Zaman sekarang orang tidak hanya bergantung kepada otak bijak sahaja tetapi pandai membuat kerja yakni berkemahiran..


Korang tidak percaya?Oke la, gua ceritakan pengalaman gua.Meskipun gua hanya ada sijil kemahiran, dari kemahiran itu gua boleh demand untuk hidup.Malahan boleh menyaingi golongan yang mempunyai diploma dan degree.Walopom gua hanya seorang drafter gua dah diberi kepercayaan untuk menjadi designer (atas kepada drafter) untuk design sesuatu drawing.Kesimpulannya KEMAHIRAN apa yang dicari sekarang.


Banyak institusi yang ingin membantu golongan 'kurang berjaya dalam akademik'.Contohnya Akademi Binaan Malaysia yang merupakan sebuah akademi yang melatih sesiapa sahaja, rakyat malaysia yang kurang dalam mengadap buku.Dibawah CIDB (Construction Industrial Developments Board) ABM mempunyai 5 cawangan


ABM wilayah utara
ABM wilayah tengah
ABM wilayah selatan
ABM wilayah timur


Untuk maklumat lanjut, layari CIDB .Jika susah hubungi mana-mana cawangan cidb terdekat.


Kursus Ditawarkan di ABM:


Elektrikal
Arcitectural drafting
Crane Mobile
Backhoe (jentolak keto case)
Welding
Wet Skill (ikat bata)
Building Operation
....banyak lagi 


Gua cuma tak mahu mentaliti bangsa kita terlalu stereotaip, terutama golongan dikampung-kampung, terutama ibubapa.Jika gua ditakdirkan mempunyai anak, gua akan aplikasikan 'bapa melayu,mentaliti barat.Harap sudah ada anak wakaka.

2 ulasan:

  1. fuiyoo..abam ni keje oil and gas laa..ejas keje satu

    BalasPadam
  2. btol3.. skrg ni kemahiran lg penting.. jgn putus asa.. soal cinta pun jgn putus asa tau :D, bunga bkn mak kuntum eh silap sekuntum

    BalasPadam

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.