Kebangangan dan Kegagalan Dalam SPM 2011 Bukan Penamat Masa Depan



Anda sebagaimana tajuk diatas? Jangan risau.Allah s.w.t telah jadikan setiap manusia didunia ni untuk saling berhubung, ye macam sel-sel otak.Dunia ni memang sudah lengkap, ingat! tiada siapa yang bodoh dan tidak pandai.Itu semua telah dirancangkan Allah


Perlu ke semua orang masuk universiti, kolej, politeknik dan sebagainya.Semua itu tidak perlu.Jika semua jadi doktor, jadi lawyer, jadi pilot, jadi engineer siapa nak jadi pemungut sampah, pencuci, tukang rumah?


Sesungguhnya, rancangan Allah lagi hebat dari 'myplan' entah apa-apa kerajaan

 anda sebangang ini? Jangan Risau


Sebagaimana bos gua di tempat gua kerja sekarang berkata kepada gua "masuk universiti hanya belajar basic sahaja, yang penting pandai menyesuaikan hidup".Itu kata-kata dari seorang lulusan luar negara dan memiliki company oil n gas tempat gua kerja tu.


Gagal dalam spm/spmv dan seangkatan dengannya bukannya alasan nak mengalah.Jangan terlalu dimomokkan dengan anggapan stereotaip yang selalu ada di drama swasta yang selalu mengaitkan kegagalan spm sebagai permulaan kegelapan masa depan.


Percayalah Allah tahu apa yang direncanakannya...

Kerajaan Malaysia Tidak Iktiraf Negara Israel Tapi Kerajaan Malaysia....





Gua sebenarnya malas nak fikir pasal politik malaysia yang sering "cah keting" antara satu sama lain, pembangkang dan pihak kerajaan. Kini timbul pula isu hubungan diplomatik malaysia-israel.



Gua tahu Malayisa "memang" tiada hubungan diplomatik dengan israel itupun bukti dari buku merah (passport) gua la, itu yang tersurat tapi yang tersirat tiada siapa yang tahu kecuali Allah s.w.t.Gua bukan mau menuding kepada mana-mana pihak. Memang jelas israel tu adalah musuh kepada umat islam, oke, sebenarnya yahudi yang menghuni israel adalah musuh islam, musuh yang wajib ditentang dari zaman mereka menolak nabi sendiri lagi.






Apa yang mengganggu kepala otak gua yang hanya memiliki sijil ini, bila gua tertengok satu temuramah seorang menteri di berita terkini tadi, iaitu juga merupakan senegeri dengan gua. Gua amat pelik dengan kenyataannya tadi yang berbunyi..


"Kerajaan malaysia memang tidak mengiktiraf negara israel tetapi kita ada hubungan perniagaan dengan israel..bla..bla..bla..."


Sesiapa yang bukan mempunyai degree mahupun diploma dalam bidang politik pun boleh pelik dengan kenyataan ini. Apa maksud tidak diiktiraf ? Menggunakan kepala otak gua yang berjambul ni iktiraf akan berlaku jika kita menyokong kewujudannya, dalam episod ini negara israel itu sendiri. Bagaimana kita boleh membuat perniagaan/perdagangan dengan negara yang kita sendiri tidak mengiktirafnya. Jika tidak iktiraf, kita anggapnya tidak wujud, tapi boleh pula menjalinkan hubungan perdagangan.Adakah berdagang dengan hantu?