Header Ads

Travelog: Restoran Thai/Siam BBB Tom Yam, Bandar Baru Bangi, Selangor

"Triple B Tom Yam"

Bangi. Sebagaimana bermulanya sebuah bandar satelit di Malaysia yang lain. Mula terbentuk dari sebuah pekan kecil dan di'hibrid'kan kepada sbuah bandar baharu.

Memlalui pemerhatian bandar baharu mula dibentuk apabila wujudnya kawasan pendidikan (universiti, kolej) atau kawasan perindustrian.

Bandar baharu Bangi memiliki kriteria ini yang membawa kepada bilangan pemastautin yang kian bertamabah. Perumahan mula bertambah. Memandangkan perumahan adalah kawasan tinggal manusia yang memiliki mulut, esofagus, perut dan usus. Maka keperluan untuk wujudnya kedai makan amat menggalakkan.

Salah satu restoran berkonsepkan siam dengan 'trademark' tomyam Restoran BBB Tom Yam Seafood. Gedung menjamu selera dan mencuci mata bagi pemastautin yang ingin mencari jodoh kerana merupakan salah satu 'port' untuk segenap pelajar sekitar bandar baharu Bangi mengenyangkan perut mereka.


Usah kita jelaskan panjang lebar akan 'keperibadian' kedai ini, kita jadikan beberapa unsur dibawah sebagai 'benchmark' sebagai panduan bersama. Cekidaut, kipidap!

Nama Restoren : Restoren BBB Tom Yam Seafood
Kawasan :Seksyen 1 Bandar Baru Bangi, Selangor
Harga Nasi Goreng Kampung : Rm 4.50/pinggan*
Harga Bandung Cincau : Rm 2.50*
Pelayan : Gadis Siam boleh lal dan jejaka kelate
Pasang Bola : Tidak/Cerita melayu ada
Kecepatan Hidangan Sampai : 1/4 Batang Rokok Dunhill 
Average Kesedapan : 3.5/5


Lokasi:

Google Maps




Foto:

Mercu tanda. Semasa penulis masih mengunjungi kedai ini pada zaman dahulunya, lampu kelip kelip kadang-kadang berfungsi dan tidak. Setelah sekian lama khabar berita mengenai lampu ini penulis gagal menegetahuinya.




Anda fikir anda tahu Travelog: Restoran Thai/Siam BBB Tom Yam, Bandar Baru Bangi, Selangor ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



4 ulasan:

  1. mana gambar makanan?? saya mahu gambar makanann!!:P:P
    okey da masuk dalam my 'to-try-list'..:)

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Ada contact number tak? Please give me.

    BalasPadam

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.