Kereta yang Sesuai dan Compactible dengan Gadis-gadis



Di zaman sekarang saya dapati kebanyakan peminat kereta, menitikberatkan penggunaan kereta bukan sahaja hanya tertumpu kepada lelaki.Mungkin kerana sekarang wanita sudah mula bebas bekerjaya dan mereka kini sudah tahu apa yang diingini dari pendapatan yang diperoleh.

Walaupun seorang pekerja am dan bukan berjiwa kereta seperti nurul alis dan yang lain-lain.Wanita sekarang perlu lebih prihatin dengan kenderaan mereka, dalam hal ini keretalah kaddang-kaddang pompuan gunakan moto,ye dak.
Dari pengamatan saya semasa bersiar-siar di sekitar putrajaya yang rata-ratanya 90% daripada golongan yang bekerja di sana, adalah perempuan.Jika anda tidak percaya silalah melawat putrajaya pada masa mula kerja dan habis kerja, anda akan mendapati hanya sedikit sahaja lelaki yang dapat anda lihat di sana.

Oleh itu saya ingin menunjukkan kereta yang sesuai dengan makhluk Tuhan yang memang di anugerahkan dengan sifat lemah-lembut dan ayu ini hehe...


MyVi Limited Edition pink







Warnanya sudah menunjukkan betapa ayunya si pemilik.Dengan harga lebih kurang RM 48,600, model ini sudah berpatutan dengan seorang perempuan.Terbukti secara pengalaman yang myvi adalah sebuah alternatif yang bagus kerana penjimatan minyaknya di masa negara di kejutkan dengan kenaikan harga minyak yang berkadar terus setiap tahun.

Oleh kerana ia limited edition maka ia sukar di perolehi, disini saya bukan mahu memberi tahu hanya edisi pink sahaja sesuai dengan perempuan tetapi myvi yang biasa cukup relevan bagi perempuan.


Myvi Extreme 1.5
 Bagi yang sukakan sporty, anggun dan performance dalam masa yang sama myvi 2011 extreme 1.5 litre amat sesuai apa lagi dengan padanan warna kuning.Menampilkan nilai urban dan sporty ditambah dengan enjin 1.5 litre yang mungkin lebih berkuasa.

 Sesuai dengan 'Lagi power, Lagi best'...myvi extreme 1.5 boleh dimiliki dengan harga sekitar RM 50,900-RM 61,700



Rekabentuknya yang kecil dan senang di kendali serta harga berpatutan memang sesuai bagi wanita bekerjaya mahupun tidak


Honda Fit (jazz)



Dahulu saya ada juga memasang angan-angan untuk memiliki model honda ini.Setelah di fikirkan ia terlalu kiut untuk saya yang tak hensem ni.Jadi, ia sesuai jika perempuan yang memilikinya.Dengan harga sekitar RM 60,000 ia masih boleh dikatekan masih relevan bagi perempuan yang bekerjaya.Ini harga bersih (baru) second hand apa kurangnya kan.

Rekabentuknya yang smooth dan didatangkan dengan warna lembut memang sesuai bagi seorang perempuan.Jika jazz biasa untuk lelaki pun sesuai, tetapi model fit ini lebih sesuai di pakai perempuan.

Nampak comel dan cute jer pemilik dan kereta hehe


suzuki swift



Harga yang boleh di dapati di malaysia sekitar RM 71,000 ini memang popular di kalangan awek-awek untuk ke pejabat mahupun berjimba dan entah apa lagi ayat derang hehe.Senang di kendalikan kerana saiznya yang cukup cinonet iaitu kecil.Kebanyakan masalah yang saya tanya pada sesiapa (perempuan) mereka bermasalah dalam parking ni, dari cara parking pun dah tahu laki ke perempuan hehe.

Bagi jenis yang suka merata-rata atau sibuk dengan bisnes kereta ini amat sesuai dengan mereka kerana ianya umpama sebuah basikal portable dan melambangkan kecomelan pemiliknya juga.

Mini Cooper


Mungkin memang sudah azali lagi kalau comel di kaitkan dengan saiznya yang kecil.Kereta seterusnya ini juga amat sesuai bagi perempuan.Seperti yang diperkatakan saya tadi di atas iaitu senang parking,senang di kendali dan barangan spare part pun mudah di perolehi kereta ini juga memiliki specs yang sama.

Dengan harga sekitar RM 47,000 RM195,888 ia juga di klasifikasikan sebagai model yang mungkin mampu dimiliki.Jika saya mempunyai awek yang memiliki kereta model ini, terus cairlah, kalau ada awek kan haha

Banyak orang bertanya saya mengenai kereta mini cooper ni, dan itu tandanya mini cooper sememangnya sebuah kereta yang cukup terkenal.



Polo Volkswagen



Mungkin anda pernah melihat satu iklan di televisyen di mana seorang lelaki dapat memikat seorang awek di dalam iklan tersebut dengan menggunakan kereta volkswagon di atas dengan akhir iklannya berbunyi "das auto", tahu bukan, jadi apa kata si awek pula cuba memikat lelaki menggunakan kereta ini.

Sepertimana kereta-kereta yang di sebutkan sebelum ini kereta ini juga padan dengan pemilik perempuan.Tetapi harganya agak la boleh tahannya dan kureng sesuai kot bagi yang kurang berkemampuan dengan harga RM 108,000.

Tapi kalau anda mampu apa salahnya jadi pemilik kereta ini




Itu adalah antara kereta-kereta yang saya cadangkan 'mungkin' sesuai dengan perempuan.Dalam memilih kereta ni sebenarnya kita kena lihat pada kemampuan kita bukan pada kehendak kita, kerana kereta lama-lama harga akan turun juga.Ye dak? =)



dan ini adalah senarai kereta di pasaran malaysia:malaysia car prices

7 ada idea nak komen:

APi berkata... Reply To This Comment

weh..
kalau mini cooper tu RM47k aku dah beli dua la weh..

Nava Krishnan berkata... Reply To This Comment

I will go for the Mini Copper but wonder if its worth the money looking at the size of the car.

missnadira berkata... Reply To This Comment

really mini cooper 47k??

I'm torn between jazz and swift for quite sometimes now..

meimei berkata... Reply To This Comment

i'cant aford 2 buy it...argh...

Zulaikha Ismail berkata... Reply To This Comment

pd yg da miliki mini cooper, boleh tau x brapa panjang kete nih?? takut x muat msuk porch..

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

[p]Some huge cash retreats [url=http://www.kevindurantshoeszoom.com]nike kd 4[/url] into research and growth of this footwear . When [url=http://www.kevindurantshoeszoom.com]Nike Zoom KD IV[/url] you find yourself seeking shoes on your toddler, you desire the perfect for the puppy because both comfort and show off is significant . The older and younger generations both can understand why sneaker [url=http://www.kevindurantshoeszoom.com]cheap kevin durant shoes[/url] for it has to offer . Whoa!Possibly there is anything left we aren't happy with and wish to remove?Or am I praoclaiming that there's some natural association between this litany of supposed negatives and professional sports? [url=http://www.kevindurantshoeszoom.com]kevin durant shoes sale[/url] The fact is obviously no . You can find areas that could inform you when a particular dating site is legit . Actually, it's going to [url=http://www.kevindurantshoeszoom.com]kevin durant shoes[/url] only transform your Nike jordans profile in case you are all set to give other newbies some tips and suggestions to assist these to achieve their promotions . Vtech do a fantastic job using this type of product and it's also another success story for these people . First off, you're going to get to appear on the many makes of those irresistible sneakers.[/p]

Nurnadia Islamia berkata... Reply To This Comment

Cantik juga car Polo Volkswagen nie
dahla red colour
aku paling minat merah huhu

harga Mini Cooper nie brpe
47K or 195K

Catat Ulasan

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...