Orang Negeri Sembilan Memang Tidak Boleh Dibuat Kawan



Kekecewaan peminat fanatik kelantan: gomo kelate gomo terserlah semalam kerana kegagalan skuad the red warriors yang bertandang ke stadium paroi tidak dapat mengutip mata penuh setelah diikat oleh pasukan negeri sembilan seri tanpa jaringan setelah mendominasi perlawanan.


Ewah macam best plak gua tulis ayat kat atas, kena bukak website sukan pasni ni.


Itu tidak mendukacitakan lagi kerana setakat mahu mengejar pasukan kendalian K Devan, selangor di puncak liga super bukannya susah sangat.Tetapi game semalam di cemari oleh penyokong negeri sembilan yang memang jakun sebagaimana penyokong perak di stadium ipoh baru-baru ini.


Jika dahulu selangor, dan selepas itu perak dan sekarang negeri sembilan.Dua pasukan terdahulu hanya memainkan sentimen dimulut sahaja provokasinya tetapi bagi game antara kelantan dan negeri sembilan semalam sesungguhnya provokasi yang amat tidak boleh di terima.



Gambar: Bendera Kelantan Dibakar Penyokong Negeri Sembilan

Jika dalam perang terdahulu pemegang panji (bendera) merupakan orang paling penting dan dipertahankan tetapi provokasi dengan membakar bendera seperti ini memang tidak boleh diterima.Berkongsi satu mata sahaja pun bukan nogori ekau kalah, kobau botoi.

anda fikir anda tahu Orang Negeri Sembilan Memang Tidak Boleh Dibuat Kawan? anda fikir sekali lagi..

assalamualaikum.. 

p/s: ini semua ideologi tak bertamadun si usop wilcha 'kite bakor' kite bakor' dari layan tagline begini ada baik layan pak salam erwin joko anwar dari sofi jikan yang lebih lawaknya dari usop wilcha.

Kontroversi: Lagu Luahan Hati Kristal dan Apit


Dalam pada sedang melihat 'inbox' di akaun youtube sendiri gua ada tiba-tiba tertekan satu muzik video yang bertajuk 'Kristal - Luahan hati (MTV) Dis' 10'.Layan kepala otak sebelah kiri best jugak gua cakap kat diri sendiri, ye tak diri sendiri? ya ya kata diri sendiri.



Kristal - Luahan hati

Seperti biasa kalau gua nak tengok sesebuah video gua akan tengok description dan komen dari youtubers dulu kat bawah.Gua pernah terkena banyak penipuan dari tajuk ni, tulis '2012 the movie full' tapi letak ceramah bible dan sebagainnya jadi setelah belajar dari pengalaman lalu gua tengok description dan comments dulu.

Sudah menjadi kebiasaaan mungkin video dari malaysia ni ramai sahaja yang mudah 'butthurt'.Hari tu masa gua layan video 'Exists - Seperti Dulu', timbul jugak isu yang sama.Jenis yang pandai menaip tapi otak letak kat tandas, mungkin.Banyak komen yang mengatakan isu ciplak lagu dan 'tiru gaya artis' oke, ayat ni tak berapa sesuai.

Mungkin ada yang tak kenal kan sebuah band pop sekitar tahun 90-an yang bernama 'Rialto' yang menyanyikan lagu 'monday morning 5:19' (boleh tahan jugak lagu ni.Dikatakan exist meniru lagu ni dari lagu tersebut menjadi lagu 'seperti dulu'


Jika Aarif Rahman (Aarif Lee) Itu Muslim, Mungkin Bruce Lee...

Aarif Rahman, secara skeptikal dan stereotaipnya mesti masyarakat kita akan menganggap nama sebegitu hanya untuk orang melayu dan arab.Sebagaimana nama robin van persie yang dikatakan islam, kalau islam kenapa namanya robin?Jika anda berkata sedemikian sememangnya anda seorang yang tipikal dan agak-agak dalam dunia yang praktikal ni boleh lah berubah.

Aarif Rahman atau juga dikenali sebagai Aarif Lee sebenarnya nama seorang cina yang mempunyai bapa yang melayu (malaysia),arab dan kantonis (cina) dan ibu seorang hong kong.Dia merupakan seorang penyanyi dibawah naungan leon lain di hong kong.
Penyanyi dan pelakon Hong Kong ini mula menjadi artis sekitar 2009.Pada tahun 2010 anak muda yang lahir pada 26th februari 1987 ini telah memenangi 'Best New Performer' di 29th Hong Kong Film Festival, dari filem 'echoes of the rainbow'.

Aarif Rahman a.k.a Aarif Lee
Aarif Lee menjadi topik perbualan setelah dia membintangi filem biografi terbaik pernah dicipta yang berdasarkan buku dari adik bruce lee sendiri iaitu 'Bruce Lee,My Brother'.Dia yang memegang watak sebagai bruce lee sendiri yang sememangnya agak kena dengan namanya serta personalitinya.

Tentang agama islam atau muslim kah dia itu tiada sumber yang boleh memberi kepastian...mungkin dengan meng'add'nya di facebook atau twitter boleh mengetahuinya.

Kerana di zaman sekarang kebanyakan islam dan muslim hanya pada nama dan bukan mempraktikkannya.Jadi jangan la terlalu skeptikal dan stereotaip bila seseorang itu mempunyai nama islam tetapi tidak mempraktikkannya..seperti artis-artis bollywood..

mengikut dari sumber pembacaan di forum-forum dia ada memiliki anjing dalmatian dan tiada siapa dapat membuktikannya ia perlu keluar dari mulut orang itu sendiri.

Aku dapat rasa mamat aarif rahman ni akan jadi fenomena kat awek-awek yang minat korea, jepun dan cina kerana mukanya yang mix seakan-akan 3 bangsa tersebut.Dia bangga menggunakan nama arab sebagai stage name lagi kenapa bukan kita ye dak cik sally (salimah), kak jean (jenab) serta mak cik moon (maimun)

Just wanted to clarify. Aarif is part Muslim. He has Muslim blood. We know him as Aarif Lee, but his real last name, the name he uses for his films is Aarif Rahman. Aarif and Rahman are both names derived from Arabian and Muslim ancestry. Thus, Aarif is Muslim (I think his dad is Arabian, Malaysian Chinese). But he does not practice any thing to do with the Muslim religion. But he is muslim

 He is Muslim only by birth. I have not seen him, but he was in an interview where he talked about his family and his background, and says that although his dad's side of the family is muslim by blood, he doesn't practice anything in that religion, but he his still proud to have that ancestry. Also in the interview he says that he is Christian, he was raised Christian and his family is Christian for the most part.
quote by his friend

Dengan kata lain dia cuma adalah seorang muslim dari namanya kerana keturunan bapa tapi bukan muslim yang sebenar kerana tidak mempraktiskan islam itu sendiri.

Anda fikir anda tahu Jika Aarif Rahman (Aarif Lee) Itu Muslim, Mungkin Bruce Lee...?

Anda fikir sekali lagi...

assalamualaikum...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...