Kontroversi Ujang dan MOY Publications Plagiarism, Copyright dan Penipuan



"To steal ideas from one person is plagiarism, to steal ideas from many is research"

Dahulu majalah ujang dan gila-gila merupakan peneman tidur aku masa zaman kanak-kanak walaupun tadika belum masuk lagi (kes tengok gambar sahaja).Majalah ujang dan gila-gila yang lahir sekitar tahun 80-an dimana aku masih lagi menaiki kereta kuda kaler pink pusing-pusing dua batang pokok mempelam (pauh ringan).Awal 80-an jugakla dalam tahun 1987 dimana majalah gila-gila yang menjadikan watak kartun din beramboi sebagai maskot majalah humor tersebut.

Banyak karya hasil lagenda kartunis malaysia ini yang menggunakan nama ujang atau nama sebenarnya ibrahim anon yang tinggal di juasih, negeri sembilan.Antara koleksi majalah yang berjaya dihasilkan olehnya majalah gila-gila (kartun pertamanya Loose si tenggang), Aku budak minang, Aca, Intelligence Blues Club, dan Jibam (sambungan dari novel Jibam).Aku masih ingat buku berbentuk bibliografi berkartun Aku Budak Minang bewarna ungu kavernya, kerana itulah buku pertama dalam hidup aku baca dan hadiah hari jadi kedua selepas karipap tiga ketul dari kakak kedua aku (sekarang guru).Dua tu sahaja gua dapat hadiah besday sepanjang hidup kihkihkih.



Zaman kegemilangan Ujang adalah pada tahun 90-an, ketika mula-mula melukis untuk majalah gila-gila pada tahun 1984 dan meletak jawatan 10 tahun kemudian pada 1994.

Kemanakah ujang menghilang?


Itu antara soalan aku pada suatu hari ketika sedang asyik membaca bumper puasa ujang, dibelek-belek pada ruangan editorial sudah tiada lagi nama ujang di dalam majalah tersebut.Rupa-rupanya ada kisah di sebalik kehilangan ujang dalam industri kartun tanah air.Oke, kite flashback lagi...

Setelah meletak jawatan melukis di majalah gila-gila, ujang menjadi pengarah pemasaran di kharisma pictures sdn bhd dan terbitnya majalah ujang.Dari keluaran pertama majalah ujang ketika itu yang bermaskotkan din beramboi (dibawa ujang dari majalah gila-gila) majalah ujang dapat dijual sebanyak 300,000 unit sebulan.

Majalah Ujang Keluaran Pertama (1994)

Pada masa itu juga allahyarham din beramboi telah ada di dunia hiburan kita dan oleh kerana ujang gagal mem'paten'kan hakcipta (copyright) terhadap maskot din beramboi, maka allahyarham din beramboi menang dan sebab itulah kita nampak sekarang maskotnya bukan bernama din beramboi tetapi pak cik din (pcd).

Pada tahun 1997, ujang keluar dari kharisma pictures dan menubuhkan syarikat sendiri iaitu Multi Tripple Vision sdn bhd dan menubuhkan majalah Varia Lawak. pas tu aku pun tak clear apa yang berlaku, dengar citer ada masalah copyright lagi dan terpaksa tukar nama majalah tersebut kepada lanun. Dan dengar cerita Ujang juga hilang segala copyrights terhadap semua kartunnya gara gara sign agreement tanpa membaca terlebih dahulu atas dasar pecaya pada kawan. sebenarnya Ujang ada baca draf agreement tersebut tapi kawannya batalkan draf dan tukar kepada yang lain tanpa pengetahuan ujang.

Setelah menandatangangi dan ditipu oleh kawan dari kharisma (yang kini sebagai MOY publications), segala watak-watak kartun didalam majalah ujang serta nama 'ujang' itu sendiri sudah bukan milik ujang.Sehingga itu lenyaplah legasi ujang dalam majalah ujang dan kartun-kartunnya seperti pak cik din, usop sontorian dan watak ujang itu sendiri.

Tidak terhenti disitu sahaja,pada 2006 ujang ingin membuat fiem 'jibam' iaitu salah satu daripada karyanya yang 'akan' dibintangi oleh jalil hamid dan khatijah tan.Tetapi malang ujang tidak lekang dari berbau dari situ setelah FINAS sudah meluluskan skrip timbul pula konflik antara penulis skrip, pangarah, produser, creative enterprise dan Ujang sendiri.

Walaupun begitu entah macam mana jika anda perasan sebelum ni kat TV2 hari Selasa pukul 8.30 malam ada drama Aku budak minang drama yang diadaptasikan dari kisah hidup kartunis Ujang.

Sebenarnya aku bukan minat sangat dengan ujang tetapi kisah ini ada sangkut paut dengan kartunis idola aku iaitu UBI, yang terpaksa menghentikan kisah kegemaran aku iaitu 'Aku,Dia dan Volkswagen" serta "Aku Budak Hostel".Dari masalah ini juga kartunis ubi terpaksa menghentikan karyanya.Untuk lebih mengetahui sila klik ini.

Kisah ini memberi pengajaran kepada kita blogger:
1.Jangan mengamalkan plagiarism KECUALI kebenaran pemilik
2.Sebarang perjanjian mestilah diteliti
3.Jangan TERLALU percayakan sesiapa walaupun adik-beradik
4.Jangan MENIPU kerana ada balasannya nanti
5.Hakciptakan karya anda dalam hal ini letak DISCLAIMER yang boleh memberi panduan.

Aku memang menjadikan ubi sebagai idola aku, kalau dia ingin menurunkan ilmu alhamdulillah.Mungkin anda tidak percaya yang aku boleh la sedikit melukis kartun tapi pada masa lapang ketika di asrama mrsm kota putra dahulu anda boleh tanya membe seasrama kartun apa yang banyak di dinding bilik aku yang menjadikan "Aku Budak Hostel" sebagai rujukan.Sehinggakan rakan-rakan PLKN beringin resort Langkawi memanggil aku UBI kerana setiap malam sebelum nyanyian lagu negaraku aku akan melukis kartun untuk melelapkan mata.


Untuk mengetahui perkembangan ujang like fans pagenya: ujang fans page

Isu dengan Upin Ipin: [Pautan]

Anda fikir anda tahu Konspirasi: Ujang dan MOY publications,Plagiarism, Copyright dan dot dot dot 

Anda fikir sekali lagi..

Assalamualaikum.


Catat Ulasan

28 Ulasan

  1. ooo..sian gak kat ujang..bermakne yg ade jual kat pasaran skrg nie da tak ori ke?

    BalasPadam
  2. oh..
    patot lah gua tak dapat baca sambungan kisah "Aku, Dia dan Volkswagen" tu..
    gua pon minat itu cerita..

    BalasPadam
  3. ujang skrng dah takde identiti..dah makin merapu dengan lawak yang dah tak berapa nak antarabangsanya... teringat lagi waktu zaman kemuncak Ujang, memang takde mana2 majalah kartun yang boleh celen dorang.... my first ujang is in year 97..

    BalasPadam
  4. gua sebagai member seasrama mije menyokong statement diatas...haha...

    BalasPadam
  5. ujang best sbb ade mat despatch, gile2 dh boring..

    BalasPadam
  6. first stroke lukisan aku dulu pun banyak daripada ujang gak, tu pun sblum knal dengan manga, hehe

    BalasPadam
  7. mjalah ujang skrg ni dh kurang best..
    aku suka kartunis bawang.. kisahnya byk teladan..

    BalasPadam
  8. macy pernah dengar pasal tu. sedih jugak. katun ubi tu pun m fav. entah lah. byk pengajaran dlm kisah ni. copytight, erti kawan tu sendiri. haih..

    BalasPadam
  9. masa tu kak jie tgh lalui zaman suwetsebentin - tgh tunggu spm tu.... dok angan2 baca " Tiga Dara Pinggitan" dan persahabatan dengan Jai

    BalasPadam
  10. Harap Ujang akan kekal sampai bila2

    BalasPadam
  11. Kesian kat Ibrahim Anon.. Sampai nama Ujang pun tak boleh digunakan....

    BalasPadam
  12. hrp anda semua faham. dulu2 org xtau psl HAK CIPTA, PATEN. bukan maksud xtaula tp. kurang ambil peduli..sekrg nie baru org sedar. situasi dlu berbeza dgn sekrg..kita hanya pecaya atas dasar kawan..

    BalasPadam
  13. kes yang sm gak berlaku pada Aie (blues untuk aku)...aku penah bacer Lanun dan Ujang sendiri ader luahkan perasaan tak puas ati sebab "diklepet" kawan sendiri...

    BalasPadam
  14. Majalah ujang sekarang ntah ape2 ntah lawaknya! Layan facebook lgi baik!

    BalasPadam
  15. tp APO? pun under MOY gak kan..

    BalasPadam
  16. Wa'alaikumussalam

    BalasPadam
  17. kemna hilangnya PENDEKAR TANGAN BERAPI

    BalasPadam
  18. Sebenarnya perkara ni salah. Yang sebenarnya nama UJANG telah dipatenkan sejak Ibrahim Anon berada di Kharisma lagi. Dipatenkan oleh Michael Lum (Pak Lum) MOY pada waktu itu cuma General Manager dan tinggalkan Kharisma atas beberapa sebab dan memulakan sykt engineering (kalau x salah).

    Ibrahim Anon telah keluar dari Kharisma secara tiba2 dengan membawa semua kartunis dan menerbitkan majalah LANUN di bwh MTV.Buikan itu saja, artwork yg telah dibayar oleh Kharisma juga dibawa bersama. Sebab itu beberapa keluaran nama dan karektor watak sewaktu artwork tersebut diterbit dlm Lanun. Karektor tiba2 pakai songkok (tacap pakai marker, nama ariyon jadi abuyon (takut disaman kharisma). Kesannya Kharisma Publications terpaksa ditutup operasi.

    Beberapa rakan telah memujuk moy utk ambik alih Kharisma kerana potensi syarikat itu sgt besar. Setelah dikaji, moy ambil alih Kharisma (lepas tu ditukar nama jadi moy publication) BERSERTA dengan hutang pengedaran dan percetakan sebanyak RM4 juta lebih dan menawarkan gaji yg agak besar kepada kartunis spt aie, nik dan sebagainya untuk meneruskan majalah UJANG.

    Oleh kerana maskot Din Beramboi adalah hakcipta Kharisma maka moy menghantar surat kepada MTV supaya tidak menggunakan karektor tersebut (BUKAN MELARANG GUNA NAMA PENA UJANG. SEBAB TU IBRAHIM ANON SAMPAI SEKARANG GUNAMA NAMA PENA UJANG).

    MTV degil dan masih menggunakan Din Beramboi. Atas sebab itu maka beberapa siri saman telah dibuat atas kedegilan tersebut (Dari segi harta intelek moy x salah kerana nama itu diregister atas nama syarikat awal2 yang sudah tentu kosnya bukan murah).

    Persoalanya sekarang:-
    -Ibrahim Anon keluar dari gila-gila kerana kecewa dengan hak cipta. Jadi kenapa ambil mudah pasal hak cipta sewaktu di Kharisma?
    -Kenapa perlu marah moy sedangkan moy seorang pekerja di kharisma? dan telah lama berhenti dari syarikat sebelum ibrahim anon keluar dan menerbitkan Lanun. sepatutnya marah kepada michael lum yg bijak dan tahu berkenaan penting harta intelek.
    -Adakah salah jika syarikat yg diambil alih dgn kos yang tinggi menuntut hak harta intelek dibawah syarikatnya?
    -Jika betul moy tu jahat sangat kenapa dia membiarkan ibrahim anon guna nama pena ujang. Beliau juga langsung tidak saman Ibrahim Anon atas sebab menyebarkan keaiban Moy?
    - Kenapa Ibrahim Anon tidak ambil alih syarikat kharisma yg bangkrap itu sekaligus mengambil nama majalah UJANG yg dh diregister atas nama syarikat itu?
    -Selepas MTV tutup Ibrahim Anon masih berpeluang oleh syarikat percetakan. Beliau diberi sebuah syarikat utk diuruskan iaitu ARENA 2000 dan boleh menerbitkan seberapa banyak majalah, kenapa beliau masih dengan sikap sambil lewa, pegi mancing dan biarkan syarikat tersebut tanpa diurus? hasilnya syarikat itu juga tidak kemana. Takkan itu juga salah nasib? Kenapa tidak belajar dari kesilapan?

    Banyak lagi benda kita tak tahu jadi jgn sebarkan cerita. Takut nanti jadi fitnah. Yang kita nampak depan mata tak semestinya betul. Kurang kesedaran terhadap intelek adalah punca ujang, aie, ubi jadi seperti ini. Moy tidak salah. Gila2 juga pegang harta intelek utk aku budak minang, 3 dara pingitan dan sebagainya.

    Ini yg saya dengar dari beberapa org yg pernah berkhidmat dlm kharisma dan beberapa org yg berkhidmat dlm moy hari ini. Wallahualam.

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum... kita sebenarnya tidak akan dapat mengetahui apa yg telah berlaku kepada Ujang, MOY, Karisma, kartunis-kartunis serta semua pihak dan individu yang terlibat dalam hal ni. Makin kita baca, makin kita rasa berserabut kerana kita yg pasti tak tau the real facts. Yg pasti, ada 2 elemen besar mengapa semua ini berlaku. Satu; Sdra Ibrahim Ainon sendiri sangat mengambil mudah akan perihal hakcipta, harta intelek dan sebagainya. Sikap saudara yg 'bersangka baik' sebenarnya adalah sikap yg tidak sesuai jika kita ingin menjadi usahawan sebab dalam biz besar, kawan boleh jadi lawan dan ada ketikanya kita perlu pula bersekutu dengan lawan untuk satu objektif yg utama dalam biz iaitu $$$$$ dan more $$$$.. Yg Kedua; yang ada sangkut paut dengan fakta 1, pihak-pihak yg terlibat dalam permasalahan ini tidak mahu menjadi pihak yg akan menanggung rugi tapi dalam masa yg sama mereka juga adalah risk taker yang nampak ada potential dalam biz majalah2 lawak. Risk sememangnya lumrah dalam biz. Bagi mengurangkan risk yg ingin dihadapi maka timbullah aspek-aspek perundangan, saman menyaman dan mungkin tidak terkecuali ada unsur2 penipuan di sana sini sebab dalam biz besar kadang akan wujud elemen menghalalkan cara bagi mencapai tujuan. So, cam tu lah. Jual nasik lemak tepi jalan pun akan problem jika tidak berhati2, yg pasti, banyak bebonar keto yg lalu lalang akan akan bilo2 maso menghontam penjua nasik lomak yg dilihat innocent.... cam tu lah yo...

    BalasPadam
  20. Anon :3 Julai 2013 4:21 PTG

    Ujang tu nama khas untuk dipatent dan publish ke atas profit term? so sesiapa pun berhak guna nama ujang sebagai nama gelaran,nama manja..so berapai ramai la ye akan kena saman

    syarikat yang bangkrap perlu ke ujang itu ambil alih? walaupun patern tu satu hal, syarikat baru yg ambil alih itu perlu ke beli dengan mahal untu beli syarikat bangkrap? kalau la faham lohong kosong, dan pemahaman undang2...patern, label tu atas nama je... cuba tukar tajuk karya (patern) label (buku)... perlu ke disekat,dicantas,didiamkan? atas nama apa syarikat sesebuah syarikat tu perlu buat sesuatu keadaan macam tu? just remember, KFC itu merujuk kepada Kentucky Fried Chicken (brand) incik sandler pencipta resepi... so royalti tu kemana? hak syarikat yang menjalankan pengurusan, ada bahagian, pencipta resepi ada bahagian. ROYALTI! kalau kita cipta lagu pun, orang tau lagu tu kita cipta, kita tak patern pun atas nama kita, atas nama pengeluar...tapi ada hak keatas karya...ini kes sebenarnya boleh settle luar, tapi dah makan tahun..orang untung dan orang orang teranaya bezanya...pendapat 1 sen... sebab macam ni, negara lost orang berbakat...tak salah syarikat kaya makan sikit-sikit, kalau fikir bab negara...kalau fikir bab untung dia tak peduli dah sapa hang!

    BalasPadam
  21. Sesiapa yang inginkan pencerahan boleh terus menelefon dan berjumpa sendiri dengan saya-termasuk tanpa nama yang menulis tanpa fakta yang soheh.
    ujang : 012 974 7995

    BalasPadam
  22. Undang2 patent memang banyak loophole dan di gunakan oleh penipu yang berniat jahat untuk kepentingan sendiri. Jelas dalam kes ini, memang ujang di tipu atas tujuan mengaut keuntungan.

    BalasPadam
  23. saya baca berulanng2 tak bosan

    mmg buat tido
    heheh

    BalasPadam
  24. Mungkin sebab tu la jugak majalah APO dah tutup, sebab tak berkat..huhu

    BalasPadam
  25. Weh, sekolah emaresem Kota Putra jugak ker? Samalah kita. dengar citer sekolah tu dah tukar jadi sekolah agama. Student tahun bila?

    BalasPadam