Kontroversi Ujang dan MOY Publications Plagiarism, Copyright dan Penipuan



"To steal ideas from one person is plagiarism, to steal ideas from many is research"

Dahulu majalah ujang dan gila-gila merupakan peneman tidur aku masa zaman kanak-kanak walaupun tadika belum masuk lagi (kes tengok gambar sahaja).Majalah ujang dan gila-gila yang lahir sekitar tahun 80-an dimana aku masih lagi menaiki kereta kuda kaler pink pusing-pusing dua batang pokok mempelam (pauh ringan).Awal 80-an jugakla dalam tahun 1987 dimana majalah gila-gila yang menjadikan watak kartun din beramboi sebagai maskot majalah humor tersebut.

Banyak karya hasil lagenda kartunis malaysia ini yang menggunakan nama ujang atau nama sebenarnya ibrahim anon yang tinggal di juasih, negeri sembilan.Antara koleksi majalah yang berjaya dihasilkan olehnya majalah gila-gila (kartun pertamanya Loose si tenggang), Aku budak minang, Aca, Intelligence Blues Club, dan Jibam (sambungan dari novel Jibam).Aku masih ingat buku berbentuk bibliografi berkartun Aku Budak Minang bewarna ungu kavernya, kerana itulah buku pertama dalam hidup aku baca dan hadiah hari jadi kedua selepas karipap tiga ketul dari kakak kedua aku (sekarang guru).Dua tu sahaja gua dapat hadiah besday sepanjang hidup kihkihkih.



Zaman kegemilangan Ujang adalah pada tahun 90-an, ketika mula-mula melukis untuk majalah gila-gila pada tahun 1984 dan meletak jawatan 10 tahun kemudian pada 1994.

Kemanakah ujang menghilang?


Itu antara soalan aku pada suatu hari ketika sedang asyik membaca bumper puasa ujang, dibelek-belek pada ruangan editorial sudah tiada lagi nama ujang di dalam majalah tersebut.Rupa-rupanya ada kisah di sebalik kehilangan ujang dalam industri kartun tanah air.Oke, kite flashback lagi...

Setelah meletak jawatan melukis di majalah gila-gila, ujang menjadi pengarah pemasaran di kharisma pictures sdn bhd dan terbitnya majalah ujang.Dari keluaran pertama majalah ujang ketika itu yang bermaskotkan din beramboi (dibawa ujang dari majalah gila-gila) majalah ujang dapat dijual sebanyak 300,000 unit sebulan.

Majalah Ujang Keluaran Pertama (1994)

Pada masa itu juga allahyarham din beramboi telah ada di dunia hiburan kita dan oleh kerana ujang gagal mem'paten'kan hakcipta (copyright) terhadap maskot din beramboi, maka allahyarham din beramboi menang dan sebab itulah kita nampak sekarang maskotnya bukan bernama din beramboi tetapi pak cik din (pcd).

Pada tahun 1997, ujang keluar dari kharisma pictures dan menubuhkan syarikat sendiri iaitu Multi Tripple Vision sdn bhd dan menubuhkan majalah Varia Lawak. pas tu aku pun tak clear apa yang berlaku, dengar citer ada masalah copyright lagi dan terpaksa tukar nama majalah tersebut kepada lanun. Dan dengar cerita Ujang juga hilang segala copyrights terhadap semua kartunnya gara gara sign agreement tanpa membaca terlebih dahulu atas dasar pecaya pada kawan. sebenarnya Ujang ada baca draf agreement tersebut tapi kawannya batalkan draf dan tukar kepada yang lain tanpa pengetahuan ujang.

Setelah menandatangangi dan ditipu oleh kawan dari kharisma (yang kini sebagai MOY publications), segala watak-watak kartun didalam majalah ujang serta nama 'ujang' itu sendiri sudah bukan milik ujang.Sehingga itu lenyaplah legasi ujang dalam majalah ujang dan kartun-kartunnya seperti pak cik din, usop sontorian dan watak ujang itu sendiri.

Tidak terhenti disitu sahaja,pada 2006 ujang ingin membuat fiem 'jibam' iaitu salah satu daripada karyanya yang 'akan' dibintangi oleh jalil hamid dan khatijah tan.Tetapi malang ujang tidak lekang dari berbau dari situ setelah FINAS sudah meluluskan skrip timbul pula konflik antara penulis skrip, pangarah, produser, creative enterprise dan Ujang sendiri.

Walaupun begitu entah macam mana jika anda perasan sebelum ni kat TV2 hari Selasa pukul 8.30 malam ada drama Aku budak minang drama yang diadaptasikan dari kisah hidup kartunis Ujang.

Sebenarnya aku bukan minat sangat dengan ujang tetapi kisah ini ada sangkut paut dengan kartunis idola aku iaitu UBI, yang terpaksa menghentikan kisah kegemaran aku iaitu 'Aku,Dia dan Volkswagen" serta "Aku Budak Hostel".Dari masalah ini juga kartunis ubi terpaksa menghentikan karyanya.Untuk lebih mengetahui sila klik ini.

Kisah ini memberi pengajaran kepada kita blogger:
1.Jangan mengamalkan plagiarism KECUALI kebenaran pemilik
2.Sebarang perjanjian mestilah diteliti
3.Jangan TERLALU percayakan sesiapa walaupun adik-beradik
4.Jangan MENIPU kerana ada balasannya nanti
5.Hakciptakan karya anda dalam hal ini letak DISCLAIMER yang boleh memberi panduan.

Aku memang menjadikan ubi sebagai idola aku, kalau dia ingin menurunkan ilmu alhamdulillah.Mungkin anda tidak percaya yang aku boleh la sedikit melukis kartun tapi pada masa lapang ketika di asrama mrsm kota putra dahulu anda boleh tanya membe seasrama kartun apa yang banyak di dinding bilik aku yang menjadikan "Aku Budak Hostel" sebagai rujukan.Sehinggakan rakan-rakan PLKN beringin resort Langkawi memanggil aku UBI kerana setiap malam sebelum nyanyian lagu negaraku aku akan melukis kartun untuk melelapkan mata.


Untuk mengetahui perkembangan ujang like fans pagenya: ujang fans page

Isu dengan Upin Ipin: [Pautan]

Anda fikir anda tahu Konspirasi: Ujang dan MOY publications,Plagiarism, Copyright dan dot dot dot 

Anda fikir sekali lagi..

Assalamualaikum.


28 ada idea nak komen:

Catat Ulasan

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...