Pedoman dari Secebis Nota Bunuh Diri Pelajar Unimas 30.03.2011

Mungkin agak kurang enak dan kurang sesuai jika aku membuat entry ini tetapi moga entry ini dapat menjadi panduan pada kita yang masih berpegang kepada agama dan masih lagi percaya BUNUH DIRI ADALAH DOSA BESAR.

Dari apa yang aku amati dari 'nota bunuh diri' dari blognya..ya! dia mempunyai blog, aku mengetahuinya dari seorang rakan maya yang juga merupakan bekas graduan dari unimas.

Jika benar itu blognya, memang ada terselit dua entry terakhir sebagai bukti yang dia benar-benar nekad untuk bunuh diri dan ia sedikit sebanyak seiras apa lagi 'kembar' seperti yang aku sedang alami.Cuma yang membezakan aku masih hidup untuk menaip dan dia...



Petikan entrynya bertajuk 'I Just Realized.....'

In this life, there is nothing that you hoped will actually come true as you imagine…

All the frustration I had in these past few weeks had merge my body and soul for the longest period of time since for so long…

I only hoped that this will not become my breaking point and I can continue to Contribute..

But as matters worsens, I may do things in a suicidal compulsion…

I just hoped it won’t be too quickly..

Anyway.. anyone that reads this.. If I finally departed.. I wish to make sure my family knows EVERYTHING there is to know about me… Even if it was the worst of me.. that was who I am…

God would send me to hell for all that I’ve done but who cares when it was too late anyway…

so that will be my good bye and I hoped it wouldn’t be soon but not too long as well… Living is HARD…

*Perhatikan tarikh ia di post dan tarikh kematian..sebulan..so, tiada siapa yang peduli..




Tidak dinafikan dilema kami meamng sama, sebijik.Lagipun tadi merupakan kemuncak bagi masalah aku dan aku berjaya melepaskannya meskipun seorang diri dengan berjalan kaki sejauh 5 km demi menghilangkan sedikit beban dibahuku.Aku lepaskan dengan ke sebuah cyber cafe untuk bermain 'left4dead2' sehingga menghabiskan RM 7.50 semuanya.


Sebagaimana yang di katakan arwah pada ayat pertama "In this life, there is nothing that you hoped will actually come true as you imagine…" memang, aku sidah kehilangan segalanya juga yang aku impikan.Seluruhnya.Entahlah mungkin masalahnya lagi besar itu Allah sahaja yang tahu.Sesungguhnya arwah sudah tahu 'God will send me to hell' tapi bila kita sudah putus harapan/asa memang begini, kita akan terima semuanya, aku faham sebab aku sedang alaminya.

Setiap kali ke dapur aku melihat pisau, setiap kali ke luar rumah aku memandang kilat.Hanya Allah sahaja yang tahu dan hanya dia sahaja dapat membantu aku sekarang.Satu sahaja penyelamat aku sekarang iaitu SOLAT.Betul kata orang sempurna solat seseorang semua bende akan selamat.

Aku bukan nak kata aku rajin solat ke hape (lagipun memang wajib), tetapi setiap kali bisikan dari syaitan yang direjam datang aku cepat-cepat berwudu' dan ternyata ia terus padam.Ya, sekarang aku memang lemah.Cuba bayangkan dalam beberapa minggu bertimpa masalah datang hanya Allah yang tahu.

Artike ini aku tulis hanya untuk mengingatkan diri sendiri semoga tidak terjebak sehingga begitu.Selagi kepercayaan aku terhadap Allah masih ada selagi itu aku akan selamat.Amin.

Anda nampak sahaja aku gembira tetapi....


TOLONGLAH BAGI SESIAPA YANG SENASIB DENGAN KAMI, JANGAN CEPAT MENGALAH DAN JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA DENGAN ALLAH KERANA ALLAH TIDAK PERNAH PUTUS ASA DENGAN KITA =)

sedekahkanlah al-fatihah kepadanya semoga dia diampunkan kerana Allah maha mengampuni.


p/s: sedang cuba memulakan hidup baru dengan perlahan-lahan.Hadapi masa sukar seorang diri memang CELAKA!! =)


70 ada idea nak komen:

Catat Ulasan

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...