Faktor-faktor kekalahan Arsenal fc kepada Barcelona fc dalam versi peribahasa

Mari kita pelajari kenapa arsenal asyik kalah dengan barcelona dalam versi peribahasa freebahasa.Ayuh kita ke bilik sukan sekolah rendah agama al-sheikeh kepala lutut...


 Uefa champions league arsenal fc vs barcelona fc


1.Harapkan guruh dilangit, air tumpah tiada yang ceduk
Jika biasanya punditer-punditer barclay premier league sentiasa menyebut team besar lawan team kecil mereka bandingkan dengan goliath dan david arumugam.Bermula mei 2006 arsenal mula bertemu di final champions league.Mereka terlalu yakin dan merasakan mereka boleh menewaskan barca dengan satu gol dihadapan.

Maka bermulalah bermain secara agresif yang menyebabkan jens lehman dibuang padang dan robert pires digantikan (penyebab pires keluar dari arsenal).

2.Monyet di zoo diberi nasi, anak sendiri masak megi
Dilihat dari statistik arsenal sentiasa menjadi penjaring dahulu, arsene wenger mudah berpuas hati meskipun hanya satu gol.Lalu tanpa was-was dan ragu-ragu beliau akan menggunakan tektik marilah berkhemah di depan pintu gol.

Adakah wenger masih tidak belajar yang si kaki magnet a.k.a lionell messi tu memang ada gam di kaki?Setakat 1-2 ela gap antara player arsenal tu umpama anak itik menyelinap pagar kayu.Dah la makhluk lionell messi tu playmaker mereka.Cuba lah tukar mentaliti menyerang meskipun sudah mendahului gol. 

3. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jaring jugak yang carik 
Benda ni sudah lama diutarakan apa lagi ditimurkan oleh peminat serta pemerhati arsenal.Persatuan tangkai-tangkai jering bersatu dunia pun tak sekedekut encik intan payung arsene wenger.Kalau permulaan tahun 2006, 2007 dan 2008 boleh lagi diterima kerana baharu berpindah dari highbury ke ashburton groove a.k.a emirates stadium.

Bukan ke baru-baru ini arsenal merupakan kelab yang banyak untungnya walaupun setelah berhutang untuk membina stadium baharu.Ce teka, duit banyak-banyak tu nak buat apa?Apa salah beli defender yang cemerkap ni stok-stok 10 juta ke bawah jugak yang di cari.Sekarang ni mana ada barang kualiti murah, nak masuk jamban yang ada bau lavender pun kena bayar mahal.
saya malu jugak kadang-kadang dengan fan manchester di sebelah ------->





4.Sepandai-pandai tupai melompat, pandai lagi kanggaro menendang
Satu lagi starategi yang nampak kurang menjadi adalah perang psikologi.Contoh untuk malam tadi punya game.Gembar-gembur robin van persie injured tak boleh main lawan barcelona, tiba-tiba tersenarai dalam lines-up.Itu tak mengapa menjadi kira terkejut jugak la pep guardiola sekejap.Walaupun kena buang padang 2 minit lepas 2nd half.

Sudah tahu mahu lawan team berkelas dunia, diletak juga pemain pilihan kedua, paling nampaknya adalah abou diaby, ya Allah, kalau tv plasma mamak tu boleh tembus ke padang memang bocor jugak kepala diaby kena segelas air neslo ais yang aku baling.Wenger ni kalau dia nampak satu game player main bagus terus jadi pilihan pertama contohnya niklas bentner, tadi kalau memang betul-betul striker kita sudah menang. 

5.Sudah tertypo (silap taip) baru nak tekan backspace
Ini satu lagi cara arsene wenger yang aku tak puas hati jenis payah nak ubah cara main.Kalau first half defending, defending sampai 45 minit lebih.Kalau nak menyerang, menyerang 45 minit lebih.Cuba la jangan ikut sangat 'attractive football' tu, aku suka arsenal memang sebab attractive and beautiful football tetapi kalau attractive tak dapat apa-apa baik tak payah masuk competition

Kalau boleh, kalau boleh la, aku pun bukan pandai jadi manager, setakat urus team west bromwich albion dalam football manager 2011 masuk champions league tu boleh la, cuba la fikir macam mana nak menang dulu, dah rasa selesa dengan scoreboard lantak la nak passing banyak mana pun.Tapi tadi possession statistic barcelona 67%, arsenal 33%.Adoyai... 


Itulah antara luahan 'kebengangan' seorang fan arsenal, dah 6 tahun kita tiada apa-apa,aku dah rimas dengan fan manchester united yang asyik berlagak ni.

Tapi tak mengapa kira kita boleh fokus kepada FAcup dan Barclay Premier league tittle, tu pun bersaing dengan manchester lagi.Kalau nak tengok live streaming FA cup 13 march 2011 dan arsenal fc vs manchester united live streaming premier league 1 may 2011, anda cari la sendiri..

Arsenal fc 1-3 Barcelona fc (uefa champions league 9 march 2011, nou camp)

anda fikir anda tahu Faktor-faktor kekalahan Arsenal fc kepada Barcelona fc dalam versi peribahasa? anda fikir sekali lagi..



assalamualaikum...

kesinambungan dari: surat untuk wenger

8 ada idea nak komen:

Captain berkata... Reply To This Comment

xpe2.. try agi next season.. tp dgr2 cite wenger nak wat rekod 10 seasons tnpa piala.. pastu leh kot mng.. sbb almari piala man u dah penuh.. mls nk mng dh..

wakakaka.. (nie bantai gelak dlm hati je.. mke still siyes time komen nie konon2 simpati)

antudegil berkata... Reply To This Comment

pasukan ART sentiasa gitu. Ditambah cekgu ART yang sentiasa mengajar budak-budak muda. Susah nak faham falsafah ART yang dibawa oleh cekgu ART.

Wafiy Suzly berkata... Reply To This Comment

wohohoho, kalah menang adat bertanding..tapi takpa, lepas ni cuba improve,kasi tau kat wenger tu,haha

wanbu berkata... Reply To This Comment

ala ciannya kalah ek? ekeke.... (gelak setan)

nsb baik pg tadi x larat nak tengok.. kalau tak rugi kilang bijih timah (taik mata) aq haha...

kalah sekali bukan bermakna boleh menang pasni haha... GGMU ^_^

Kujie berkata... Reply To This Comment

mlm tadi b4 offline ternampak status sapa entah kat fasbuk....meraban sakan!

kehkeh...erk....

faiz berkata... Reply To This Comment

btol tu..aku rase mmg patut arsenal sekarang cari defender yg lebih experience...

east berkata... Reply To This Comment

ok ok..penin lalat cket baca entry ni..haha..yeke fan MU berlagak? kte tak

Fazli berkata... Reply To This Comment

arsenal byk berjimat. amik player muda2. perlawanan dengan barca dan manu baru2 ni nampak takde semangat.

Catat Ulasan

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...