Aku Terima Nikahnya



"Jodoh"

 jodoh dan kahwin itu misteri



Satu perkataan yang amat misteri.Boleh ditakrifkan definisinya secara objektif iaitu dengan pilihan dan boleh didefinisikan secara subjektif, sesuatu yang sukar dilihat apa lagi difahami.

Ada yang pernah berkata ianya datang dari syurga.mempertemukan dua jiwa yang berlainan tetapi seiring dalam satu aspek bukannya sesuatu yang boleh dikira logiknya, seperti debunga yang diterbangkan angin dan tiba-tiba terlekat pada stigma (salah satu bahagian reproduksi pada pokok) terus menjadi buah yang ranum.

Mungkinkah antara kita yang pernah terfikir, iaitu bagi yang cintanya diterima.Dengan hanya melafazkan suatu kata dua jiwa terus bersama, datang dari manakah semua itu?.Bagi aku ianya sukar untuk dimengerti kerana aku tidak pernah mengalaminya.Apa tidaknya jika asyik bertepuk sebelah tangan melainkan ada kompang di sebelah lagi.

Aku berkata dua jiwa yang bersatu dalam maksud perkahwinan.Aku sendiri masih tertanya-tanya bagaimana modus operandi yang menyatukan dua jiwa,hanya yang mengalaminya yang dapat menjelaskannya.

Bertuahlah bagi mereka yang telah dipertemukan dan mencintai jodoh sendiri dengan meneruskan hubungan yang  dari tiada apa-apa ikatan kepada kekasih yang halal disentuh, halal bersama dan halal menghabiskan sisa-sisa hidup ke akhinya.

Tetapi ada pula yang mengakhirinya dengan penceraian.Bagi golongan ini adakah mereka pernah terfikir betapa beruntungnya mereka pernah dipertemukan dengan suatu cara atau kombinasi methodologi yang amat misteri bagi aku.

Kenapa misteri?
Seperti yang aku katakan tadi bagaimana dua jiwa yang berlainan boleh mempunyai connection, dalam kata lain mutual connection iaitu suatu hubungan saling berkaitan di mana kedua-dua jiwa tersebut mempunyai suatu kerelaan untuk bersama.

Oleh itu, bagi yang bertuah dipertemukan dengan  jodoh yang  misteri ini,yang mana telah di’draft’ di syurga walaupun tidak sempat di’publish’ ketika perkahwinan.   

Hargailah hubungan yang tercipta ini dan jangan pula sia-siakannya, kalau boleh cubalah sedaya-upaya untuk memulihkannya kerana masih ada manusia yang tidak mempunyai peluang untuk mengungkap kata keramat…..





…aku terima nikahnya.


reff: 
kenapa jodoh orang yang kita sayang itu perlu gembira, senang hati, tidak resah sedangkan kita merana, kecewa, bersedih dan resah....


dipetik dari teks ceramah:  ustaz al mizan al sheik keh kepala

kalau dia bukan jodoh kita, dan kenapa jodohnya tidak seperit kita?

14 ada idea nak komen:

Catat Ulasan

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...